Jawatan Kosong Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

Assalamualaikum.. Tak jawab berdosa!

Beberapa hari yang lepas, aku google, mencari dan mencari, tiba-tiba jumpa Jawatan kosong bagi Guru sandaran tidak terlatih Siswazah (GSTT) dimana gaji bulanan Minimum RM 1806.24 – Maksimum RM 3560.08. Banyak bukan ? Ye la.. Sementara korang duduk rumah, apa kata mohon. Mana tau rezekii.

 

Calon – calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) Warganegara Malaysia ;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
c) (i) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi luar negara/tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau ( Elaun Permulaan ialah pada Gred DC41 RM 2149.03 ); atau
(ii) Ijazah sarjana muda am yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi luar negara/tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Elaun Permulaan ialah pada Gred DC41 RM 1944.62 ); atau
(iii) Ijazah sarjana muda luar negara perlu mendapat pengiktirafan JPA;
d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

Ijazah sahaja !

 ( Bidang Bahasa Arab )

( Bidang Pendidikan Islam )

( Bidang Bahasa Dan Kemanusian )

( Bidang Sains Dan Matematik )

( Bidang Bahasa Inggeris )

 

KLASIFIKASI             : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

TARAF JAWATAN     : SANDARAN

GRED ELAUN              : DC41

JADUAL  ELAUN       : P1 Minimum RM 1806.24 – P1 Maksimum RM 3560.08

BULANAN

 

CARA MEMOHON     :

 

a) Sila kemukakan permohonan melalui borang permohonan jawatan yang boleh didapati di Laman Web berikut http://www.lmm.gov.my mulai 27 Oktober 2013 berserta Wang Pos bernilai RM 5.00 dibayar atas nama ‘SETIAUSAHA LEMBAGA MAKTAB MAHMUD’ .

b)   Sila catatkan dengan lengkap nama jawatan serta bidang yang hendak dipohon di dalam ruangan borang permohonan yang disediakan.

c)   Permohonan berikut akan ditolak :

i)   Dokumen yang diperlukan tidak lengkap ;

ii)   Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

iii)  Tidak disertakan Wang Pos bernilai RM 5.00 bagi setiap satu borang permohonan.

Borang yang telah lengkap diisi berserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :-

 

Setiausaha

Lembaga Maktab Mahmud,

Persiaran Sultan Abdul Hamid,

05050 Alor Setar,

Kedah Darul Aman.

( u.p : Unit Pengurusan Sumber Manusia )

 

Tarikh Tutup Permohonan                : 07 November 2013

 

Catatan Am :

i)  Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

ii) Pemohon- pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tersebut tidak berjaya.

 

download borang di sini

Laman web asal di sini

p/s: Cuba dulu, dapat atau tak, lain cerita 🙂

4 Comments

    • Cik amalsays: Reply

      sayang nyaaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/jawatan-kosong-guru-sandaran-tidak-terlatih-gstt.html/trackback

PAGE TOP