JBT sebagai pakej pelancongan pilihan ke Jepun

Semua sedia maklum, yang aku merupakan TOP 10 blogger yang masuk ke peringkat akhir yang menawarkan hadiah pakej pelancongan ke Jepun oleh Japan Budget Trip. First, aku sangat-sangat terkejut bila dapat email daripada pihak JBT sendiri. Sebab macam mimpi. Siapa taknak pergi Jepun kan? Jepun merupakan tempat perlancongan yang paling aku nak pergi.

Japan Budget Trip

Tergamam aku dengan email tersebut. Nak masuk dalam senarai TOP 10 pun aku dah bersyukur. Apatah lagi jika berpeluang pergi melancong ke Jepun bersama Japan Budget Trip. Okay, stop cerita. Tak boleh lebih-lebih, nanti accited aku jadi overdose.

Kenapa aku pilih Japan Budget Trip (JBT)?

1. Kepercayaan

Untuk memilih JBT sebagai pakej pelancongan pilihan ke Jepun, aku sangat-sangat cerewet. Nak pergi luar negara, kalau kauorang main cincai je pilih Agen perlancongan, memang hancur hidup. Kena tipu teruk-teruk, duit lesap, keselamatan tak terjamin, berkemungkinan tak boleh pulang ke Malaysia dan macam-macam lagi. Aku mohon sangat-sangat pada semua orang, kalau nak pergi ke luar negara, sila pastikan keselamatan korang terjamin dahulu. Pastikan agen-agen perlancongan yang kauorang ambil sangat-sangat selamat.

Apa yang perlu korang buat sebelum memilih pakej perlancongan daripada mana-mana agensi perlancongan? Sudah tentu kredibiliti dan review-review daripada orang lain mengenai mutu perkhidmatan agensi tersebut. First sekali apa yang aku buat adalah stalker hidup-hidup pakej perlancongan ni. Daripada instagram dia, fanpage dia, blog dia dan sampaikan personal facebook pun aku stalker. Dasyat tak aku? Sekali pun aku tak pernah naik kapal terbang, apatah lagi pergi luar negara. Jadi, kebolehpercayaan aku terhadap agensi perlancongan sangat-sangat tipis.

Kejam?

Kauorang boleh cakap aku kejam. Sebab sampai macam tu sekali aku nak tahu sama ada Japan Budget Trip ini selamat atau tak. Tapi korang kena ingat, aku kena fikir jugak daripada A sampai Z, keselamatan aku, ibadah aku, sebab nak melancong ni memang untuk seronok. Tapi dalam masa yang sama aku taknak ianya jadi tragik.

Dan disebabkan aku jenis cerewet teramat-amat cerewet, so aku pun mesej customer-customer JBT sendiri. Nak tanya dengan lebih lanjut mengenai mutu perkhidmatan diorang. Dan aku lagi suka kalau travel guide yang jenis sebelum masuk waktu, dah ready untuk sembahyang. Setelah aku stalker dan siasat habis-habisan, ini merupakan bukti-bukti yang membuatkan aku percaya terhadap JBT.

japan-budget-trip-MURAH

Nama ownernya sejibik macam nama lelaki. Aku tak sangka, ownernya perempuan. Maaf puan 🙁

kepuasan-budget-trip-jepun-murah

Lepas tengok feedback yang baik, aku pun lega. Haha! Tapi aku tetap stalker dan nak dapatkan feedback daripada customer-customer yang lain. Double kejam kan aku?

Sebabnya,

Aku taknak jadi macam kes kat bawah ini. Dia ambil perkhidmatan agensi C********S. Ikuti kisah dibawah:

Sebelum ambil dengan travel agensi ni, entah macam mana terasa yakin. Ada jugak dok tanya-tanya dengan member, tapi biasalah..masalah kecil kecilan boleh dimaafkan. Masa member tu bagitau, dia ada cakap diorang tak dapat hotel yang dijanjikan. Tapi problem solved. Walaupun dapat hotel murah, asalkan ada hotel, diorang maafkan. Fine.

Kes kedua kena pada member lain. Pun masalah hotel. Tapi masa ni aku dah tak boleh cancel sebab dah buat full payment. Masa ni member aku suruh double confirm pasal hotel dengan agent ni. Takut belum book.

Full payment rm450 ye. Inclusive all. Transport, insurans, hotel, makanan, tax fees, driver and tourist guide. Tapi yang kami dapat cuma driver, van dan hotel. SAHAJA. Masa mula nak book tu, hari hari mesej minta bank in cepat-cepat. Sebab nak book hotel katanya. Ok..fine. kita pun bayar deposit dulu. Selang seminggu minta full payment. Ok la..kita pun bayar full cuma lagi 3 orang minta nak bayar di hari nak bertolak nanti, which is lagi sebulan lebih dan dia kata ok. Tapi tetiba few weeks lepas tu mesej lagi minta full payment and nak by esok juga. Masa tu aku dah sound dah. Dah la mungkir janji. Lepas tu desak desak nak duit. Tapi kita ni bayarr la jugak.

Tapi kes yg menyakitkan hati bermula dari malam sebelum bertolak tu.

 

  1. Owner janji nak datang ambil di rumah kat alor star. Tapi malam sebelum nk bertolak tu dia mssej yang van xbole nk masuk malaysia.  Jenuh kena cari kereta lain nak angkut semua pi border esok paginya sbb semua dah berkumpul kat aloq star. Huhu dah la kitorang sampai rumah dah jam 5am dengan jem kat highway. Huhu Kalau betul van tak boleh masuk, cakap awal-awal or jangan janji langsung!
  1. Malam sebelum bertolak dia cakap jumpa dia kat bukit kayu hitam. Dia tolong uruskan semua urusan, tukar duit dan urusan di border. tapi pagi2 nak bertolak tu dalam jam 7 pagi dia mesej cakap dia tak pergi, dia bagi je nombor agent thailand suh contact sendiri dan pepandai la kat border nanti. Grrr. Nasib baik kitorang memang tau nak tukar duit kat mana.
  1. Dan yg paling marah sekali adalah pasal pakej yg kitaorang ambil. Pakej ambil full pakej. Termasuk makan, hotel dan jalan-jalan. Tapi bila jumpa agen, agen cakap diorang diberitahu pakej saya ni cuma hotel dan driver sahaja (patutnya ada driver & tourist guide). Bila dah complaint kat driver a.k.a guide tu, dia cakap agent malaysia suruh bayar dulu duit makan dan tiket. Balik malaysia claim dari dia.

Senang kan orang tak bertanggungjawab buat kerja?

Jenuh haku nak menjawab dgn ahli rombongan. Semua bawa duit shopping je. Tetiba kena bayar sendiri, siapa tak marah. solution terakhir, agent akan refund rm800. Duit makan sahaja. Duit tiket, nanti diorang jawab kat akhirat. Kalau boleh jawab la.

Minta refund tu pun macam minta sedekah. Janji nak bank in malam. Esok petang baru bank in. Tu pun lepas haku ugut ugut nak report. Laju je terus bank in. Lepas tu nak jumpa aku lepas habis trip, nak bagi rm500 refund. Untuk apa tah. I tak gila duit hokey. Dan hari ni aku spam penuh fb dia. Laju je delete sambil wassap merayu mnta maaf. Sori laa..sebab dah bengang. Lepas tu offer trip free ke krabi. Sorry la i nak layan. Hati ku telah diguris, sukar nak pulih.

Sebab tu lah aku kejam sangat. Aku tak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sama macam situasi di atas. Aku serius ni! Jangan main-main kalau bab agensi perlancongan. Ada lagi kisah mengenai trip ke China. Duit habis beribu. kejap lagi aku cerita. Tapi ingat, sebelum nak travel, kaji dahulu :

  1. Agen-agen yang kauorang ambil adakah selamat dan bukan kaki tipu.
  2. Kebajikan pelancong dijaga, bukan dari segi makan dan minum yang halal tapi waktu solat dan tempat solat juga perlu di ambil kira.
  3. Banyak lagi. Butiran lanjut, boleh rujuk “Tips Lengkap Untuk Mengembara ke Eropah“. Boleh baca dan ada part boleh digunapakai untuk semua negara.

2. Tempat perlancongan yang menarik

Apa guna pergi melancong tapi korang tak rasa nikmat melancong. Ada kes tourist guide yang bawak korang melancong tapi dalam masa yang sama kauorang kena ikut buntut diorang ke mana sahaja tempat-tempat tambahan. Tempat-tempat tambahan yang aku maksudkan adalah seperti cerita di bawah :

Since trip kitorang nie dikategorikan sebagai technical visit so kitorang perlu ikut policy government sana dimana dalam tentatif kitorang perlu diselitkan dengan lawatan ke beberapa goverment store. Aku pon x faham sangat sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan technical visit tu. Tapi itulah penerangan dari dua orang guide yang sangat berwibawa habaq ang. For our group, kitorang dibawa ke 7 tempat iaitu Tempat Urut Kaki, Jade, Kristal, Bamboo Charcoal, Kedai Ubat, Kedai Sutera dan Pearl. Sape yang pernah lawat Beijing mesti pernah pergi beberapa tempat yang aku listkan nie. Aku rasa kitorang lagi banyak spent masa kat tempat macam nie berbanding tempat-tempat menarik ex tembok besar, Forbidden City, Summer Palace, Olympic Village. Masa diberikan untuk melawat tempat menarik nie pon lagi singkat berbanding government store tu.

 

Hampir kesemua kedai memanipulasikan harga untuk kaut keuntungan lebih. Tapi paling tragis, paling bengang, paling tension, paling kuang ajaq, paling aku ingat sampai ke ari ini ialah kedai PEARL. Korang kena ingat, kedai PEARL yang terletak di dalam Beijing National Stadium berdekatan Olympic’s Village. Kitorang pergi situ masa hari last. Time tu  hampir kesemua peserta rombongan dah keabesan duit sebab ade yang ditipu di kedai-kedai hari sebelumnya. So masa pergi kedai Pearl nie. Semua macam dah xde mood. Seperti biasa, macam kedai2 lain jugak, bila korang sampai je, akan ada sorang staff yang akan bawak korang masuk satu bilik dan bagi penerangan pasal produk dorang. Sama macam kedai PEARL nie. Tapi staff kat sini sangat kurang ajar. Aku malas nak cerita apa yang dia kurang ajar.  Nanti panjang pulak cerita. Sebelum bagi penerangan tu, beriya dia tanya ada tak diantara kitoang nie yang tahu cakap Cina. Unfortunately, xde sorang pon antara kitoang yg tahu. Yg tahu sikit-sikit tu ada la.

Lepas beberapa minit dia bagi penerangan. Then dia cakap tunggu kejap sebab nak panggil die punya Teacher to give further explanation. Dia buat macam kalut-kalut lepas tu dia datang balik cakap teacher dia busy. Tetiba ada sorang budak lelaki masuk. Lebih kurang baya kitorang masuk dan mengaku yang dia nie anak bos dan bakal inherit syarikat pearl tu tak lama lagi disebabkan ayah die tengah sakit. So dia cerita la sikit pasal Pearl tu, how to distinguish the original pearl and fake pearl. Kitorang nie pon semangat dengar. Anak bos kot yang bagi penerangan mana taknye.

Then drama bermula bila dia tetiba baik hati bagi hadiah kat kitorang  cincin pearl sorang satu sebagai hadiah coz we are his first customer and keep asking us to pray for him and his father. More gives more blessing katanya. Dia kata, lepas nie kalau datang Beijing lagi, tunjuk je cincin tu kat die so that he will recognize us. Orang bagi hadiah free, mana tak sukanya. So semua macam happy giler time tu. Tak abes2x berdoa untuk si apek kat depan tu. Lepas tu, yang lagi meyakinkan, dia bawak kitorang masuk satu bilik rahsia yang dipenuhi dengan barang kemas yang sangat berharga antaranya jade dan Gold Pearl yang dia simpan dalam cermin. Dia siap kuarkan pearl tu dan bagi kitorang pegang. Katanya harga sampai berbillion yuan. Tak dapat beli sentuh pon jadi la.

Lepas tu dia bawak kitorang kat bahagian luar dimana ada beberapa cermin kaca yang penuh dengan barang kemas yang dibuat dari Pearl. Harga memang mahal la. Kalau convert ke duit Malaysia hampir beribu-ribu ringgit. Ada satu bracelet tu harga die 2280yuan = RM1140. Tetiba si apek nie dengan baik hatinya sbb kitorang nie first customer die dan as anak bos yang bakal mewarisi syarikat tu so die pon bagi diskaun kat kitorang dari 2280yuan jadi 400yuan = RM200. Semua staff die yang ade kat depan tu buat muka terkejut sbb terlampau murah. Si apek tu siap cakap lagi kat staff die, “no commission for you”.  Lepas pada tu je, semua macam kena rasuk ngan hantu. Bayangkanlah dari harga beribu-ribu tetiba jadi dua ratus je. So semua berebut pilih design mana yang dorang suka. Yang takde duit pon sanggup berhutang ngan member, ada yang bayar guna kredit kad, debit kad dan duit Malaysia. Hampir kesemua yang beli. Sampai sekarang aku masih dapat gambarkan muka sorang-sorang yang excited giler bila die bagi tahu harga macam tu. Aku antara seorang mangsa yang sanggup berhutang untuk beli benda tu. Untuk future wife kononya. Beli siap-siap. Baik tak aku? Excitednya kitorang siap amik gambar lagi ngan si apek tu kononnya nak show off la balik Malaysia nanti.

Sebelum pergi airport untuk balik Malaysia, kitorang sempat singgah satu lagi tempat untuk shopping iaitu Silk Market. Kat Silk Market nie macam-macam ade jual. Disebabkan duit aku dah abes masa kat kedai pearl tu, so aku xde mood sangat nak shopping kat situ. Aku pon ikut la member aku nie pergi meronda dalam shopping complex tu. Sampai satu level tu, kitorang pon nampak ade a few kedai yang jual pearl. Kitorang pon sajalah nak try pergi compare harga kat kedai tu ngan barang yang kitorang beli tadi. Tetiba kitorang tengok, kedai kat situ jauh lebih murah. JAUH LEBIH MURAH. Bayangan cicin yang die bagi free, kononya harganya 480yuan iaitu RM240. Tapi kat kedai tu jual 20yuan je iaitu RM10. Untuk sedapkan hati, kitorang anggapla yang tu adalah fake pearl. Tapi tak sedap hati jugak sebab terasa macam kena tipu je. So aku pon tanya la “these are real or fake?”. Penjual tu pon cakap yang tu adalah real, dia siap buktikan lagi yang pearl tu adalah real sama macam apek tadi tu terangkan. Aku rasa macam nak bunuh diri je kat situ.

Cerita di atas, kebanyakkannya aku cut. Moral of this story, pastikan agen yang kauorang ambil itu bukanlah kaki penipu. Pastikan pakej perlancongan yang mereka tawarkan berbaloi. Berbaloi dari segi apa? Sudah tentu dari segi keselamatan, harga, tempat-tempat yang ingin dikunjungi, makan minum terjaga dan juga ibadah.

3. Hanya bawa diri dan segalanya telah diatur.

Kalau menggunakan perkhidmatan Japan budget Trip, segalanya diatur daripada A-Z. Bagi yang tidak pernah pergi keluar negara macam aku, memang perlukan bimbingan. Jika tidak, segalanya akan jadi kucar-kacir. Alhamdulillah, siapa yang pernah menggunakan khidmat Japan Budget trip, mereka akan cakap “tak perlu risau, segalanya diatur“. Sebelum bertolak ke Jepun, diberi briefing. Tak ada lah nanti macam rusa masuk kampung. Kemudian, segala macam Tiket semua dah disediakan, tak perlu nak kalut fikir macam mana nak beli tiket, harganya berapa, nak naik kereta api kat mana, korang hanya perlu menikmati keindahan Jepun dengan sepuas-puasnya. Masa makan pulak, pihak JBT sendiri akan beritahu korang apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak boleh dimakan.

Ini aku stalk salah seorang customer JBT. Cuba tengok review dia dibawah ini.

japan-budget-trip-paling-murah

Jom pergi Jepun dengan Japan Budget Trip – JBT | TheRafim

Sila baca review-review di atas sebagai tambahan apabila kauorang masih ragu-ragu dengan perkhidmatan JBT. Comfirm korang akan setuju :

Japan Budget Trip mempunyai servis berkualiti,  boleh dipercayai, harga berbaloi dengan perkhidmatan dan Terbaikkk!

Penaja Utama :  Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati

  1. Travelog.my
  2. Azeni Ahmad
  3. Hawwa Firdaus
  4. Sitizan
  5. eXplorasa
  6. Travel And Foods Blog
  7. Kisahtatie

Hadiah Utama:  1 Package ke Jepun bersama JBT

Hadiah Bulanan

  1. Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
  2. Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
  3. Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
  4. Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
  5. Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

 

red-mummy-trip-japan

 

Boleh klik gambar untuk tengok blogger famous pun pergi Jepun guna JBT’s Team

Kredit cerita:

Jangan Ditipu dengan Chengalmas Travel & Tours

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/jbt-sebagai-pakej-pelancongan-pilihan-ke-jepun.html/trackback

PAGE TOP