Jepun sebagai destinasi pelancongan utama.

Last updated : February 24, 2015

Jepun merupakan satu negara yang mempunyai kesinambungan yang menarik antara tradisi lama dan kemodenan sekarang. Sesetengah orang akan mula belajar Bahasa Jepun kerana kecanggihan teknologi mereka, budaya pop futuristik dan bidang perniagaan. Tetapi ada juga yang tertarik kepada aspek-aspek yang lebih purba dari Jepun itu sendiri seperti tradisi minum teh, seni mempertahankan diri, keindahan adab dan budi pekerti yang sememangnya sudah diketahui sejak dahulu lagi.

Aku sendiri kagum dengan keunikan negara paling maju tu.

Keunikan Jepun Sebagai Destinasi Perlancongan

Kenapa aku memilih Jepun? Di sini aku senaraikan sebab mengapa aku suka Jepun. Dan aku pasti, ada antara korang juga bersependapat dengan aku dalam beberapa hal. Antaranya :

1.  Pakaian Tradisonal

Gambar di atas merupakan Kimono, salah satu pakaian tradisonal yang terdapat di Jepun. Menurut Wikipedia, Kimono bermaksud “Sesuatu untuk Dipakai”. Ki bermaksud “Pakai” manakala Mono bermaksud “sesuatu/benda”. Kalau aku nak melancong ke jepun, mencuba Kimono menjadi suatu kemestian. Kimono merupakan ‘Trademark’ bagi negara Jepun. Tidak kira tua atau muda, semua sedia maklum bahawa Kimono merupakan pakaian tradisional bagi Jepun. Kimono merupakan perkara paling utama yang aku ingin cuba apabila melancong ke Jepun.

 

2. Japanese Village

Kalau tengok pemandangan dari jauh, Japanese Village kelihatan sangat comel. Bentuk rumah dia macam dalam kartun. Serius Comel! Pernah tak korang menjejakkan kaki ke Bukit Tinggi, Pahang? Di sana juga ada Japanese Village tau. Bila pergi sana, korang boleh cuba memakai pakaian tradisi Jepun seperti Baju Kimono dan Baju Samurai sambil menikmati pemandangan yang seolah-olah korang berada di Jepun. Japanese Village merupakan tempat pertama yang aku nak pergi. Walaupun kat Malaysia ada Japanese Village, tapi aku nak rasa sendiri bagaimana suasana sebenar Japanese Village di Jepun.

3. Harajuku pada setiap Hari Ahad!

kawaii hair wigs harajuku fashion toupee wig japenese cosplay  

Untuk pengetahuan semua, Harajuku merupakan sebuah tempat yang terletak di Tokyo dan selalunya pada hari ahad, pelancong bakal melihat ramai remaja keluar berpakaian cosplay dan berjalan di kaki lima antara Stesyen Harajuku dan Yoyogi Park. Di sini, pelancong bebas untuk bergambar dengan mereka. Sudah menjadi suatu kemestian bergambar dengan remaja-remaja ini. Dan disebabkan aku suka benda yang comel, barang yang comel dan orang- orang yang comel, bergambar dengan diorang adalah wajib.

4. Shinkansen (Bullet Train)

Siapa tidak kenal dengan Kereta Api berpeluru Jepun. Menjadi satu kebanggaan apabila negara mempunyai kereta api terpantas di dunia ini. Rata-rata penduduk di Jepun juga gemar berjalan kaki dan menggunakan kenderaan awam berbanding kenderaan sendiri. Tidak hairanlah kereta api jenis ini mempunyai lebih daripada satu. Kalau aku melancong ke sana, naik sekali pun tak pe. Dapat merasa sekali dalam seumur hidup pun dah cukup puas.

PAKEJ PERCUTIAN KE JEPUN SECARA PERCUMA

Terus terang aku cakap, tak pernah dalam seumur hidup aku naik kapal terbang. Kalau naik sampan pun tak pernah, inikan pula kapal yang boleh terbang tu. Jadi, apabila dapat peluang untuk menulis mengenai negara Jepun sebagai destinasi pelancongan utama, laju tangan ini menulis apa yang aku kagum mengenai Jepun. Tambah lagi, kalau ada rezeki aku, aku boleh melancong ke Jepun secara Free.

Penaja Utama : Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati

  1. Travelog.my
  2. Azeni Ahmad
  3. Hawwa Firdaus
  4. Sitizan
  5. eXplorasa
  6. Travel And Foods Blog
  7. Kisahtatie

Hadiah Utama:  1 Package ke Jepun bersama JBT

Hadiah Bulanan

  1. Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
  2. Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
  3. Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
  4. Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
  5. Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

Pakej pelancongan ke Jepun

Satu yang aku kagum, Japan Budget Trip ini orang melayu kita yang punya. Dan lagi mudah bila kita pergi bercuti dan ambil pakej-pakej yang disediakan oleh orang melayu. Sebab mereka lebih memahami tentang keperluan kita. Di mana kita nak makan makanan halal, tempat-tempat untuk menjalani solat dan waktu-waktu untuk menunaikan solat. Segala keperluan ini penting memandangkan kita sebagai muslim, walau di mana kita berada, kewajipan untuk menjalankan ibadah itu dituntut walaupun sedang melancong. Ingat! Makan makanan halal pun satu ibadah juga tau. Di sini aku sertakan juga, info-info penting mengenai Japan Budget Trip. Segala urusan, korang boleh berhubung melalui maklumat di bawah.

Maklumat lanjut boleh whatsapp 013-3417178 atau email kepada japanbudgettrip@gmail.com

facebook : www.facebook.com/japanbudgettrip

instagram : www.instagram.com/japanbudgettrip

twitter : www.twitter.com/japanbudgettrip

 

P/S: Mari cuba nasib di ayaharif.blogspot.com

 

16 Comments

  1. Nurul Fazreen Othmansays: Reply

    wow…bestnya. Jepun adalah salah satu desitnasi impian kite. Kalau ade rezeki dptlah jejak kaki di Jepun. Aamiin…

    • aamiiinnn.. tolong doakan sekali 😀 mana tau termakbul 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/jepun-sebagai-destinasi-pelancongan-utama.html/trackback

PAGE TOP