kawan kawin, kita yang nangis

assyahirah-azrul-raikan-cinta

IMG_1177

Seminggu aku bertapa kat Pahang. My bestfriend kawin, excited kemain lagi. Hadiah beli awal, baju beli awal, design awal, sanggup hantar pada tailor kat Johor semata-mata nak baju yang bakal dipakai nanti, cun.

Tapi.. Cun ke?

IMG_1300

Alhamdulillah baju tu okay. Cuma ada sedikit kesilapan daripada aku. Tapi still okay.

Masa akad nikah, beria-ia aku nangis macam penangan Mohabatein. Nangis lepas tu lap kat tisu, nangis lap kat tisu, nangis lap kat tisu. Aku yang gagah perkasa, jiwa kental, ahli bina badan, badang dan sebagainya last sekali aku yang menangis. Macam luntur title “ganas” aku tau.

Alhamdulillah semua selamat.

Terpikir.. Aku bila lagi?

Urm..Entah laa…

IMG_1243

NEXT-BRIDE-TO-BE

Mohon ada pewira naik kuda putih sambil bawa pedang dengan berpakaian besi serba lengkap datang menziarahi aku yang sedang berada di satu bangunan batu yang sangat tinggi.

*Berangan

Akad nikah berlangsung pada 30/5/2014. Masa bersanding dan makan beradab 31/5/2014

IMG_1304

Masa hari bersanding, ingatkan tak menangis.

Urm.. Sudahnya..                                                                    

Tengah-tengah kunyah nasi, boleh pulak menangis. Bayangkan tengah makan, semua menangis. Eija, ita dayah dan aku.. Perempuan katering semua pandang pelik siap “bercakap-cakap” lagi, nape boleh menangis bila tengah makan.

 

Kalau sorang 2 takpe lah jugak, ni semua menangis. Orang sekeliling pun pelik.

 

Yang start menangis, aku. Sebabnya, ada yang flash back cerita zaman kami bersama. Mana tak touching. Bestfriend kawin woii.. Mesti lepas ni lagi susah nak jumpa.

 

 


IMG_1156 IMG_1161
IMG_1198 IMG_1200

IMG_1293

 

Kami ni jenis gila-gila. Malam pertama pengantin lepas nikah, kami kol pengatin. Saje bakar line.. Haha. 

22 Comments

    • hahha.. nasib baik sy xde no phone akk, kalau tak, saya kacau akk jugak 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/kawan-kawin-kita-yang-nangis.html/trackback

PAGE TOP