KEBURUKAN RANDOM BY CIK AMAL

Assalamualaikum.. 
     Apa keburukan Random by cik amal yang aku buat sebulan yang lepas? Banyak. Itu Khilaf aku. Daripada sebelum mulanya segmen, semasa dan selepas, ada masalah. Masalah apa?
Pertama. Cari sponsor, tapi tak tau nak mula bila. Sebab tiada keyakinan nak buat. Semuanya gara-gara, “kalau tiada siapa join macam mana“. “Kalau tak dapat sambutan macam mana“,
Kedua. Buat sponsor tertunggu-tunggu. Bila takut, tak mula pun segmen. Bila tak mula, sponsor mula tanya “Bila nak mula?”. Tuhan je tahu macam mana kurang keyakinan aku nak mula Random by cik amal tu, 
Ketiga. Mula segmen tak bagitahu sponsor. Sponsor cuma ada 3 orang sahaja. Aku, Blogger ni dan page ni. Sebabnya, taknak susah-susahkan korang nak kena ikut banyak syarat. Bila dah habis segmen, baru aku bagitahu sponsor page ni bahawa, aku nak umumkan pemenang. Walhal, tak bagitau pun aku dah mula. Semuanya gara-gara sibuk dan terlupa.
Keempat. Lambat senaraikan peserta yang join. Sebab apa lambat? Sebab sibuk

Kelima. Bila umukan pemenang, aku lambat nak pergi daripada satu blog ke satu blog nak uar-uarkan bahawa Random by cik amal dah tamat. Lambat tak bermaksud tak buat.

Keenam. Tak bagi link senarai pemenang kat blogger ini. Dah tu, macam mana lah dia nak tau dengan siapa dia nak contact orang yang dapat hadiah yang dia sponsor. Ini gara-gara terlupa.
Jadi, korang kena ingat, jangan jadi macam aku. Aku bukan nak buka aib aku, tapi aku nak bagitahu korang bahawa, kalau sesiapa yang tiada keyakinan nak mula segmen, buang tiada keyakinan tersebut jauh-jauh. Korang hanya perlu mula, buat sticky post dan promote. Macam aku, dah 3 hari, nak dekat 70 orang yang join walaupun aku promot boleh kira dengan jari. Mula segmen atau GA bila korang free. Macam aku tak boleh nak elak. Sibuk gara-gara bertukar tempat kerja. Sering berkomunikasi dengan sponsor dan jangan biar sponsor yang terhegeh-hegeh tanya kita itu ini. 

Aku nak minta maaf pada peserta dan sponsor atas kekhilafan aku. Aku minta maaf untuk semuanya. Mungkin ini pertama kali aku anjurkan segmen dan selalunya pertama kali itu lah sering berlaku kegagalan, tapi aku tahu, aku datang untuk belajar. Dan akan datang, in sha allah, perkara-perkara sebegini takkan berlaku lagi. 

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/keburukan-random-by-cik-amal.html/trackback

PAGE TOP