KECUAIAN DALAM TRAIN

Last updated : October 28, 2013
        Semalam, 17/6/2012 amal balik Tanjung Malim,Perak . . Tempat kami belajar kat UPSI nun ~ Bertolak pukul 8.18 pagi mengikut masa tiket ..  hari ni tiba tiba nak puji KTM pulak, sebab train datang lambat beberapa minit jer . . dalam 2 3 minit macam tu lah . . selalunya, lambat sangat sangat. .
             Dalam train, kami duduk sebelah perempuan . . kebetulan dia nak balik UPSI jugak . . Berbual dengan dia . . tanya dia dari mana, nak pergi ke mana . . Peramah tau kami . . (masuk dalam bakul angkat sendiri) HAHA
            Lepas dah lama dalam train tu, kami tidur . .
Tidur
bangun
Tidur
bangun
Yang peliknya, bila kami bangun, perempuan tu dok wat rilex . . .
“Dia ni tak nak tidur ke ?” 
Aku dah ngantuk dah ni
            Dah la kami ni jenis kalau tidur tak duduk diam . .  kejap ke kiri, kejap ke kanan . . Kaki ni tak payah nak cerita lah . . Rasa macam nak tendang jer kerusi depan . .
           Kami ingat lagi, bila kami cakap nak tidur dengan atuk(gegel), dia mesti takk nak . .“Hang tu kalau tidur tak reti dok diam . . Sat sat tendang . . . Sat sat tendang . . sat gi kalau mangkit (bangun) kaki hang ada kat kepala aku . . “ Kesian atuk kami . . Dia dah la tua dah . . Dah lama jugak lah tak tidur dengan dia . .  Mesti dia pasrah ada cucu macam ni . . HAHA . .  Lasak sangat ke hah ?? Kalau kami jadi perempuan yang duduk sebelah kami dalam train tu pun mesti kata “Sengal betul minah ni tidur dalam train ” Tapi masalahnya, perempuan tu tak kata apa . . kami tengok dia baik jer . . hehe
          Dengan mata terpisat pisat sebab terkejut dah sampai destinasi (baru bangun tidur), kami pun cepat cepat ambil beg . . Perempuan tu baik sebab dia volunteer nak angkat beg kecil kami . . Tiba tiba kami pandang kerusi, dan nampak SOMETHING warna silver . . Rupa rupanya handphone kami terselit dekat kerusi . . .
NASIB BAIK KAU MINAH . . CARELESS BETUL !
BAGI PANG SEKALI BARU TAU !
#Ok ok kami janji takk buat lagi  ='(

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/kecuaian-dalam-train.html/trackback

PAGE TOP