Kemerdekaan Dulu dan Kemerdekaan Sekarang

Masa kita kecik-kecik dulu, Hari Kemerdekaan merupakan hari yang paling best! Masa aku sekolah rendah dulu, sekolah akan buat kelas tercantik. Cikgu-cikgu pakat pulun hias kelas. Masa ni lah cikgu-cikgu nak psycho budak-budak untuk menang kelas tercantik. Cikgu tak kesah keluar budget banyak. Asalkan menang. Nama kelas ‘naik’, budak-budak bangga, cikgu lagi lah bangga.

Baru awal bulan ogos, budak lelaki mahupun perempuan, masing-masing dengan tiba-tibanya menjaga kebersihan kelas. Sebabnya, semua orang pulun nak menang Kelas Tercantik. Waktu rehat kena sharp buang sampah. Pastikan tong sampah kosong. Kerusi semua kena angkat letak atas meja. Tarikh dan Hari kena tulis, siap dengan garisan lurus menggunakan pembaris. Tingkap make sure kilat. Papan hitam kena pastikan masih dalam keadaan hijau tanpa cacat cela. Meja kena lurus. Sanggup ambil pembaris panjang warna oren nak susun bagi cantik. Lubang-lubang atas tingkap dipenuhi dengan kertas surat khabar yang dibulat-bulatkan untuk membentuk perkataan-perkataan berunsurkan patriotik.

Pertandingan Kelas Tercantik Sempena Bulan Kemerdekaan

Papan info kat belakang kelas pulak penuh dengan info. Tiba-tiba penuh dengan kertas warna-warni. Lepas tu ada bendera besar-besar distapler kat belakang. Meja budak-budak pulak dipacakkan bendera kecil. Kalau ada 30 orang, 30 Jalur Gemilang ada kat atas meja.

bendera malaysia jalur gemilang dalam kelas

Meja guru pulak dihias dengan bendera Jalur Gemilang yang besar gedabak. Sama ada cikgu nak tempek bendera jadi alas meja mahupun di stapler bahagian tepi. Atas meja guru pulak penuh dengan bendera disusun elok-elok. Dulu, bendera tu diletak atas bumbung kereta. Tapi, cikgu ambil, letak atas meja guru. Disusunnya elok-elok, cantik-cantik. Dinding bahagian atas kiri dan kanan penuh dengan bendera semua negeri. Dinding atas dan bawah papan hitam juga diletakkan bendera besar gedabak. Syiling pun disangkutnya bendera pada tali rapia.

hias kelas tercantik kemerdekaan

Boleh dikatakan, kita dulu pandang kiri kanan belakang depan atas semua nampak bendera. Hangpa boleh bayangkan dak macam mana meriahnya semangat patriotik orang dulu-dulu. Bila balik sekolah, anak-anak bawa semangat patriotik balik rumah. Suruh ayah pasang bendera atas kereta. Jalan raya pulak dipenuhi dengan kereta-kereta yang dihias dengan bendera Jalur Gemilang. Bukan je bendera dipacak, tapi body kereta pun diletakkan kain bendera di bahagian bonet depan dan belakang. Jarang orang hias rumah dengan bendera. Tapi ada yang buat bukan?

Tapi…………………..

Hari ini, sudah pertengahan bulan, bukan sahaja jarang kita nampak rumah dihiasi dengan bendera, malah lagi jarang kita nampak kereta dipasang bendera. Betul kan? Tahniah kepada mereka yang masih kekalkan semangat macam ni. Cuma sama-sama kita doa beramai-ramai, berbaki lagi beberapa hari lagi, jangan lah ada lelaki yang simpan stok kondom awal-awal sebab nak sambut kemerdekaan. Aamiiin.

*Terdengar budak kecil memanggil ayahnya “Ayah berita da start ni. Ada 1MDB

Kredit Gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/kemerdekaan-dulu-dan-kemerdekaan-sekarang.html/trackback

PAGE TOP