KENANGAN BERPRAKTIKAL

Last updated : October 28, 2013

Hari ni merupakan minggu kedua aku praktikal sebagai guru… aku bangga okay sebab aku tak cabut lari sebab tak tahan…hewhew..

Macam macam jadi kat taska tu…dan macam macam jugak lah aku tengok… dan part paling lawak adalah apabila aku tanya seorang budak 3/4 tahun ni..

aku : hey! awak berak ehh?? aku saje je tanya mcm tu,sebenarnya dia tak berak pun…
budak : cikgu..saya tak berak punn.. tengok ni…

dan dengan segala haru birunya budak tu g tunjuk be-bird dia… okay fine… terharu betul aku bila dapat anak murid yang begitu jujur sangat sangat.. Dia tunjuk sebab nak bagitahu aku yang dia tak tipu pun yang dia TAK BERAK

#stop sampai sini

………………………………….

Tapi entry ni merupakan entry paling sakit hati aku !

Tengok ni

 Letak gambar seksi, dan letak no phone aku ! padahal gambar kat atas ni bukan aku !
     Dan semalam aku tidur pukul 1 lebih then pukul 4 something ada orang kol… Tiba tiba handphone penuh dengan mesej “Happy birthday”, “Selamat hari lahir” and etc termasuk calling calling dari lelaki lelaki yang serius aku tak kenal !

Pelik gila ! “Hari ni bukan birthday aku!”

     Masa tu aku dah syak, mesti ada orang duk jaja no phone aku ni . . . Yang aku pelik, nak menjaja pun pergi lah meniaga ke, bukak restoran ke, tak pun kedai mini kalau dah rasa teringin sangat nak menjaja jaja ni … serius sakit hati ! Jaja lah benda berfaedah, ni jaja no phone orang lain !     Dan yang pasti, lelaki mana yang tak nak no phone perempuan lawa yang seksi lagi seksa kan ??? lagi lah friend dia ramai dan subscribers bertimbun, semestinya lah time tu jugak g kol no tu walaupun baru pukul 2 3 pagi … Lelaki lelaki ~~~ sanggup buat ape je (Tapi yang pasti, tak semua okay ! ayah and atuk aku  tak cenggitu ! )

Untuk benda tak berfaedah macam ni lah aku tidur 3 jam je !

Aku dah la serabut tinggal kat terengganu ni.. Dengan masalah takde line internet kat rumah… Termasuk masalah ITU, masalah INI, masalah ITU INI… Aku penat dah la weyhh.. Letih aku macam ni… Pada sesiapa yang buat benda macam kat atas ni, aku takkan maafkan kau ! terima kasih

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/kenangan-berpraktikal.html/trackback

PAGE TOP