KENAPA KANAK-KANAK NAKAL ?

Last updated : October 28, 2013

Assalamualaikum.. Jawab jawab!

     Hari ini bukan nak cerita cara-cara basuh sotong, buang kulit dan sebagainya. Basuh sotong dengan bersih itu salah satu keperluan tapi kalau makan sotong satu kehendak. Tapi nak cerita, kenapa kanak-kanak/murid nakal di sekolah seperti melawan cakap guru atau percakapan melampaui batas.
    Dia ada banyak faktor. Satu, didikan ibu bapa yang diajar sebegitu di rumah. Perkata babi, sial dan sebagainya sudah terbiasa di rumah. Kedua, persekitaran dirumah melibatkan ibu bapa juga.
     Nak dijadikan cerita, ada 5 orang budak yang nakal. Boleh kata saban hari aku marah, bukan aku sahaja, cikgu-cikgu yang lain pun. Tak pelik. Bila marah, tahu saje lah emosi macam mana. Aku kalau cerita, korang akan sebelahkan pihak pelajar, sedangkan bila korang mengajar, korang akan buat benda yang sama. Lagi lah aku ni perempuan, jadi mereka pikir aku boleh dipijak-pijak.
     Aku pelajar UPSI pendidikan awal kanak-kanak. Jadi bab kanak-kanak ni kira mahir sikit lah. Aku tanya salah seorang murid yang aku marah sangat-sangat. Rupa-rupanya mak dia kerja pizza, ayah jual kereta, anak-anak masih kecil dan paling terkejut mak berhenti kerja disebabkan adik sakit jantung.
     Nampak ? Kenapa murid nakal di sekolah berpunca juga daripada rumah. Jumpa guru besar, penolong kanan, cikgu disiplin dan guru kaunseling menjadi kebiasaan. Lagi pula kena rotan. Mereka siap bangga bagitahu aku lagi.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/kenapa-kanak-kanak-nakal.html/trackback

PAGE TOP