Kesilapan Itu Tak Bodoh

Nak hidup, bukan buat keputusan untuk dapat hasil yang perfect. Hidup bukan untuk buat keputusan dengan cepat. Inilah masanya untuk membuat kesilapan. Kau salah pilih tarikh tiket flight. Jatuh cinta berkali-kali. Salah pilih kawan. Ambil course engineering walhal kau ingat takpayah belajar matematik. Kau terkentut dalam lif. Ini lah masanya untuk kau buat kesilapan supaya tak ada kesilapan lagi.

Memang aku jenis orang yang nak kerja perfect. Nak hasil perfect. Tapi aku sedar, hasilnya nanti tetap tidak memuaskan. Tapi, ini lah waktunya kau nak hadap masalah-masalah ini. Apa yang kau kena buat adalah, ubah fikiran. Ubah dan ubah dan ubah. Sebab tak ada yang kekal. Kau kena face the problem dan kadang-kadang buat silap tiap kali buat keputusan. Itu normal sayang. Sebabnya, tiap-tiap tahun kau akan cakap “Kenapa bodoh gila muka aku waktu ni?“, padahal kau pakai pomade harga rm50 termasuk GST. Sebab hari-hari kau berubah.

Please. Make something new. Everyday. Sebab hidup ni seronok. Cuma kau kena sedar. Semua orang buat silap. Dan kesilapan itu sebenarnya seronok, bukannya bodoh. Kadang-kadang kalau aku duduk sorang-sorang, aku selalu terfikir benda bodoh yang aku buat. Contohnya…. Okay, aku baru nak taip, benda-benda bodoh ni tiba-tiba hilang. Haha

Jadi, buat lah kesilapan banyak-banyak. Buat bahan untuk kau senyum. Sebab, silap kau yang lepas, buat kau sangat pandai hari ini.

Ayat last, stop compare hidup kau dengan orang lain. Kau hidup dengan hidup kau. Bukan untuk orang lain atau hidup sebab orang lain. Kalau kau terlalu banyak compare diri kau dengan orang lain, please uninstall semua sosial media. Dan pergi jalan-jalan kat hospital. Untuk 2/3 jam. Ianya seronokk!

p/s: Aku buat post ni sebab Khairul Zamri. Sebab kesian dia kena cari post yang dia tak komen lagi, untuk dia komen. Maaf ya. Hamba sangat busy bernafas. hehe

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/kesilapan-itu-tak-bodoh.html/trackback

PAGE TOP