KISAH ANAK MURID-1

Last updated : October 28, 2013

Assalamualaikum… Tak jawab berdosa !

     Okay, banyak benda nak cerita, tapi bila jari malas menaip, Everything berubah ! Bila dah jadi cikgu, macam2 cerita berlaku. Murid pulak dapat cikgu yang awesome, memang terbaik lah. Okay sila muntah!     Ahad yang lepas, aku ajar budak budak ni, bagi salam jawab salam. Memang bagi korang simple benda tu, takkan la budak tak reti bagi salam jawab salam, tapi yang sebenar benarnya, budak budak ni tahu bagi salam tapi tak reti jawab salam. Tak percaya, cer buat experiment kat adik adik kecil korang 🙂

     Nak bagi menarik dan senang diorang nak ingat, aku pun mengajar guna lagu… Alhamdlillah,diorang boleh buat, kecuali sorang budak baru ni (pendiam). 
     Yang tak boleh blah bila diorang dah terlalu syok dengan lagu assalamualaikum waalaikumussalam, bila waktu mandi kat dalam toilet pun, duk kerja bagi salam jawab salam, bagi salam, jawab salam (versi lagu).
      Terdiam tak boleh kata apa…………..
p/s : Mohon budak budak tu tak nyanyi macam tu time berak kat rumah sudah 🙂 tak pasal pasal aku kena jawab dengan mak bapak diorang kang

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/kisah-anak-murid-1.html/trackback

PAGE TOP