KOMBINASI SEKOLAH AGAMA, TULISAN JAWI DAN MALAS

Maaf sayang. Sambungan untuk episod “APA KAU DAPAT JADI ANAK CIKGU? Iaitu best……..” tak ada hari ini, mood tak ada. Ni cerita lain.

Daripada,

Abang Kacak

.

.

Masa aku kecik, aku kena belajar kat 3 institusi. Sekolah Agama, Sekolah Kebangsaan dan Kelas mengaji.  Kalau Sekolah Kebangsaan pada waktu petang, Sekolah Agama pulak pada waktu pagi. Pukul 7 pagi akan ada bas datang ambil aku. Sebab Sekolah agama kita orang dekat bandar sana. Habis Sekolah Agama, terus balik rumah tukar baju. Makan. Dan Pergi Sekolah Kebangsaan pulak. Tak ada rehat. Balik Sek Keb pukul 6 lebih, campak beg dalam rumah terus main dengan jiran. Masa dulu best, makcik-makcik lepak depan rumah, anak-anak main (lelaki perempuan campur). Main galah panjang lah, dan banyak lagi (lupa nama) tapi yang pasti permainan budak-budak lelaki.

Boleh main sekejap je, sebab pukul 7 kena masuk dalam rumah, kena siap-siap pergi mengaji. Tetapi kebiasaanya, mengadap kartun dulu dah kena jerit dengan ibu dulu, baru mandi. Haha. Pukul 8, ayah hantar pulak naik motor pergi kelas mengaji. Kelas mengaji ni bukan macam mengaji dirumah makcik-makcik, kelas mengaji ni macam sekolah, cuma bezanya ianya beroperasi 2 jam sahaja.

Kenapa sekolah bosan

Dulu aku pelik, kenapa nak pergi kelas mengaji dah kalau masuk sekolah agama (alasan taknak pergi sekolah agama). Sebab sekolah agama kena belajar Sirah, Tauhid, Ibadat, Bahasa Arab, Akhlak, Jawi, Pendidikan Amali, Al-Quran dan Tajwid. Lepas tu tiap-tiap tahun kena beli buku teks tu semua. Nampak tak nakalnya aku masa kecik. Nakal sampai taknak pergi sekolah. Kerja aku asyik pertikaikan itu ini lepas tu berangan macam-macam.

senarai-sekolah-agama-Malaysia

Berani lah kau tak lulus. Tak lulus, tak boleh naik kelas. Sebab tu ada darjah 6 kat kelas darjah 3. Benda tu tak pelik. Dan aku selalu syok sendiri yang aku pandai kat sekolah agama. Sebab tu aku selalu naik kelas. Setiap sekolah ada hari anugerah kan? Dan aku selalu pikir, sekolah agama tak pernah ada hari anugerah sebab tu aku tak pernah dipanggil untuk ambil hadiah tempat pertama, kedua, ketiga. Padahal, hari anugerah dibuat, kau tu yang tak datang sekolah. Lepas tu bajet dapat no 1. 

Dan subjek yang paling aku suka masa exam adalah bahasa arab. Sebab start je exam, aku tulis nama, aku tulis nama kelas lepas tu aku main bulat-bulat, kemudian siap! dan  lepas tu aku mula berangan. Dan exam bahasa arab la paling senang sebab semua orang siap awal. 

Kawan-kawan sekolah agama pulak kebanyakkannya kawan-kawan sekolah rendah jugak. Muka-muka yang sama. Sebabnya, kalau kat Johor kau tak pergi sekolah agama, memang pelik. Sebabnya sekolah agama sama penting dengan sekolah rendah. Cuba kau pikir, kau tak pergi sekolah rendah, orang mesti akan tanya “kenapa tak pergi sekolah?”

Nak dijadikan cerita, habis je sekolah agama darjah 6, akan ada darjah khas 2 tahun. Masa aku darjah 6 aku taknak pergi sekolah agama. Sepatutnya daftar sekolah agama, tapi aku taknak pergi. Jadi, aku hanya sekolah agama sampai darjah 5 sahaja. Dan bila aku tingkatan 1, aku free untuk berlatih sukan walaupun sabtu ahad. Satu hari, cikgu pelik, dia tanya “awak tak pergi sekolah agama?”. Aku jawab, aku berhenti sampai darjah 5. Lepas tu dia (macam) marah aku, dan dia suruh aku sambung sekolah. Tak nak aku! Aku dah tingkatan 1, kena masuk kelas darjah 6. Kawan-kawan aku semua dah masuk darjah khas. So aku pun buat tak tau je. Haha

Bila sekolah menengah, Pendidikan Islam adalah subjek wajib. Masa waktu pendidikan Islam, aku paling malas buat nota. Sebab tulisan aku buruk. Tapi sebenarnya aku rajin. Aku buat nota satu muka surat, lepas tu aku koyak muka surat tu, dan buat nota balik. Aku ulang perkara yang sama. Sebabnya, aku nak buat nota dengan tulisan yang cantik. Lastly, aku penat, dan malas nak buat nota. Sadis sangat tulisan jawi aku. 

Aku rasa macam dah bertahun tak tulis tulisan jawi. Since habis sekolah, kemudian aku buang segala benda yang berkaitan dengan ‘sekolah’, melainkan report card yang ada ucapan good luck untuk 3 orang pelajar sahaja daripada pengetua *terharu, dan beberapa buku untuk ditunjukkan pada bakal anak-anak aku dan yang lain-lain aku buang. Kejam tak? Haha. Aku terpaksa buang sebab aku pindah, daripada Johor – Pineng. Yeahh! 

Tapi sekarang aku rindu dengan tulisan jawi. Sampai aku jumpa satu kamus Android, ada tulisan jawi. Macam comel tulisan dia. So, aku conteng atas kertas. Bila aku cari maksud, nanti dia sertakan sekali tulisan jawi.

Dan kamus ni pun bagus.

kamus-terbaik-bahasa-melayu-english

kamus-terbaik-bahasa-melayu-cina

kamus-terbaik-istilah-bahasa-arab

Tulisan jawi tu comel-comel buruk kan? Hehe. I Like! 

 

tulisan-jawi-paling-cantik

Sedih betul tulisan aku 🙁

 

Kalau nak tahu sistem sekolah agama Johor macam mana, boleh layari wesite : Sekolah Agama Kerajaan Johor 

Kalau nak download kamus paling best ni, boleh download sini : Kamus Pro 8

 

p/s: Ingat lagi cerita zaman sekolah Menengah aku yang nakal di Aku, SPM dan A+

5 Comments

  1. Nurul Fazreen Othmansays: Reply

    alhamdulillah..berjaya jugak habiskan sekolah agama sampai darjah khas. Masa tu sekolah menengah form 3. Mula2 xnk smbg lepas darjah 6 tp kene paksa dengan mak suruh masuk darjah khas. Pastu kelas seminggu sekali itupun jarang2 dtg sekolah. hehe..Result exam dpt pangkat 2 je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/kombinasi-sekolah-agama-tulisan-jawi-dan-malas.html/trackback

PAGE TOP