LUKIS DAN AJAR VERSI SEORANG CIKGU

Last updated : March 6, 2014

Assalamualaikum…

 

     Father ‘J’ pandai melukis dan mewarna dan mereka cipta sesuatu. Contoh dia beli polistrin kemudian dia buat kereta menggunakan polistrin tu.. Kreatif sangat-sangat. Suruh lah buat apa-apa, dia boleh buat. Untungnya mother ‘M’ sebab dulu dia jadi guru kelas. So Father ‘J’ lah yang banyak tolong dia hias kelas. Tapi sekarang tak lagi. Now, mother ‘M’ dah Jadi PK Kokurikulum.

      Siapa kata aku tiada bakat melukis ? Ada okay! Ini semua keturunan ayah aku. Aku mewarisi bakat terserlah ayah aku. Cuma bezanya aku punya bakat adalah bakat terpendam. Tak percaya ? Tengok ni:

guru-lukis-gambar-muka-orang

 

Gambar ni aku ajar subjek Sains darjah 4 topik Perwarisan. Aku lukis bagi diorang paham. Aku kata kalau mak ayah rambut kerinting, anak akan mewarisi rambut kerinting. Kemudian aku lukis. Mulut yang kecil, mata dan telinga yang besar. Bagi aku kiut lah jugak.

 

potong-kuku-cara-rasulullah

Masa ni pulak aku kena lukis kedua belah tangan dan kaki. Nak bagitahu murid cara potong kuku ikut rasulullah. Korang ingat main potong je ke ? tangan kiri tu aku rasa comel tapi tangan kanan, macam cacat sikit.. hahaha.

 P/S: Aku baru perasan!! Tangan tu dua-dua rasanya tangan kiri.. hahaha

 

sesiapa yang berminat dengan dropship Muslim Niaga, rujuk sini okey. Meniaga dan dapat untung, yang penting bantu-membantu sesama islam..

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/lukis-dan-ajar-versi-seorang-cikgu.html/trackback

PAGE TOP