Malaysia Best Blog 2015

Last updated : February 26, 2015

Aku suka baca blog tentang kehidupan dan yang positif. Senang cerita, Malaysia Best Blog 2015 yang paling aku suka adalah mengenai mengenai skrip kehidupan. Blog mengenai bagaimana peritnya menjadi seorang yang miskin, blog yang cerita tentang kehidupannya. Blog mengenai susah senang kau hidup di dunia. Jatuh bangun sebagai seorang suami atau isteri. Itu kriteria blog yang aku nak.

10 Malaysia Best Blog 2015 yang sangat best untuk dibaca.

1. Magenta (Made From Vinegar and Ice)

http://magenta-made.blogspot.com/

First, maaf sebab blog anda tak tersenarai dalam Malaysia Best Blog 2015. Kenapa aku pilih blog ini? Sebab penulisan dan ‘feel’ bila baca setiap entry. Ini blog bahasa melayu ya. Cerita-cerita dia tentang kehidupan betul-betul buat aku rasa nak baca, baca, dan baca. Cerita zaman beliau kecil yang bermain permainan ‘Babi hutan’ dengan abangnya, cerita mengenai kasih seorang ayah yang bekerja selama 42 tahun untuk membayar Loan dan setiap cerita-cerita beliau tersangat-sangat lah best! Aku tidak kenal siapa penulisnya, tetapi blog dia merupakan sebuah blog yang paling aku tunggu-tunggu untuk baca.

2. Zack Zukhairi

http://zackzukhairi.blogspot.com/

Blog ini milik seorang jejaka. Terus terang aku cakap dia hensem. Ohmaiii!! Hensem gila woi. Tapi maaf, dia dah kawin. Dan aku harap, yang admire pada dia, tolong jangan doa rumahtangga dia runtuh. Tak baik! Haha. Kenapa aku letak si Zack ni pada tangga ke-3? Sebab kalau baca blog dia, comfirm kau gelak gila-gila sampai keluar air mata. Aku sarankan kalau ter-putus cinta antara pakwe makwe, laki bini atau atok nenek, meyh baca blog ni. Comfirm biul pale otak. Aku gelak dalam bilik sorang-sorang, adik aku kata aku gila. HaHa. Aku tak habis-habis mencarut dengan “bangang betul”, “sengal”, etc.

Malaysia Best Blog 2015

3. Fatin Liyana

http://honeykoyuki.blogspot.com/

Maaf sebab tak menjadikan blog Fatin Liyan yang kauorang minat gila-gila ini tidak berada dalam senarai teratas blog kat Malaysia yang paling Best. Sebab dia layak duduk di tempat ketiga berbanding tempat ke-10. Terus terang aku cakap, aku suka tengok muka dia yang cantik. Dan itu merupakan salah satu faktor aku baca blog dia. Lagi satu sebab kenapa aku minat baca blog dia, sebab life dia menjadi anak orang berada. Tengok sahaja rumah dia.

4. Cursing Malay

http://cursingmalay.blogspot.com/

Cursing Malay ni sebuah blog santai. Kalau tak boleh terima bahasa-bahasa kurang sopan, takpayah baca. Aku tak kenal siapa pemilik blog. Malas nak ambil tahu. Tapi yang aku tahu dia ada anak dua. Dia selalu tulis mengenai kehidupan sekeliling. Sampaikan penyendal pintu pun boleh dijadikan cerita. HAHA. Tapi yang pasti, setiap cerita ada maksud tersurat dan tersirat. Kira macam, lepas kau baca apa yang dia tulis, akhir sekali kau dapat sesuatu. Oh ya! Cerita pasal penyendal pintu, boleh klik “Getah Penyendal Pintu Rumah Kami Yang Berwarna Merah“. Kau agak apa bila baca? Haha. Sebelum terlupa, blog ni ada sikit politik, kalau tak suka politik, terus klik pangkah. Sekian.

5. Diana Ishak

http://www.dianaishak.com/

Ini blog mak orang. Tapi mak ni cun. Aku suka blog dia. Sraight to the point. Blog dia, ada jugak pasal bisnes, dia promote instagram blablabla, tapi aku suka baca personal life dia. Sangat best! Hakak cun ni boleh tahan sempoi la. Aku tak tahu dia ni jenis yang macam mana, tapi aku rasa dia ni gila-gila. Boleh masuk air. Kau baca cerita dia, memang best. Tapi kalau kau kata tak best, baca cerita-cerita dia yang lepas. Tapi kalau kau kata tak best jugak, kau uninstall je google chrome, firefox, internet explorer semua. K bye.

6. Midd Mihat

http://susudalambotol.blogspot.com/

Blog seorang wanita yang mempunyai anak dan bekas suami. Blog personal dan blog kisah rumahtangga. Bukan kisah rumahtangga sangat, tapi lebih kepada pengalaman beliau menjadi seorang yang tabah. Aku betul-betul terkesima dengan ayatnya “Berpisah dengan suami dan ada seorang anak, tak sama kau berpisah dengan boyfriend atau tunang. Totally, dua hal yang berbeza. Jauh beza.” Aku pernah cerita mengenai “SUAMI ANAK EMAK, CURANG DAN MERTUA SUPPORT GILA“. Terus terang aku cakap, kawin dan bercerai yang paling aku seram.

 7. Perempuan Jomblo

http://perempuanjomblo.blogspot.com/

Blog ini macam blog Midd Mihat, boleh rujuk senarai atas Malaysia Best Blog 2015. Cuma bezanya, blog Perempuan Jomblo ini mempunyai dua orang anak kecil. Dia seorang wanita yang cantik, yang pernah merasa bagaimana kehidupan apabila berada di atas dan ketika berada di bawah. Aku suka ayatnya “Aku lagi sanggup berpenat jaga anak daripada penat rindukan mereka.”

8. Kereta Mayat

http://keretamayat.blogspot.com/

Cerita-cerita dia ada maksud tersurat dan tersirat. Kereta Mayat ni macam blog islamik sikit. Tapi tak semua islamik. Ada juga cerita  mengenai pendapat beliau, ada yang politik sikit. Kauorang tak boleh masuk blog ni kalau tak solat lagi. Fuhh! Bahasa-bahasa yang digunakan bukanlah bahasa sopan. Kalau kauorang jenis nerdy, takpayah masuk blog ni. Bukan aku paksa pun.

9. Frust Tapi Malas

http://frusttapimalas.blogspot.com/

Blog ni sempoi. Kadang-kadang bila kau baca blog dia, kau kena baca banyak kali. Baru faham apa yang dia nak cerita. Blog ni, kalau kau baca, serius macam gampang pun ada. Aku gelak keluar air mata bhai. Cuba baca cerita dia “Kalau Aku Ada Doraemon Part 3“. Pendek-pendek je kan? Tapi macam……… HAHAHA

10. Oh duit

http://ohduit.com/

Blog Oh duit ni lah yang nak bagi RM1500 pada pemenang dalam contest SEO dengan kata kunci “Malaysia Best Blog 2015“. Dia lah yang anjurkan contest SEO ni. Tempat pertama sahaja, dapat RM1500. Siapa taknak cuba kan?

Malaysia Best Blog 2015

Malaysia Best Blog 2015

Ini antara senarai-senarai Blog-blog personal tahun 2015 yang sangat menarik untuk dibaca. Ada Blog mengenai personal life, ada blog mengenai rumahtangga, bagaimana seorang wanita tabah menjalani kehidupan dengan tittle sudah bercerai, ada blog yang lawak, ada juga pasal blog politik dan ada blog yang sempoi. Kriteria-kriteria blog yang aku pilih ni, tak sama dengan taste kauorang. Keep calm and choose your best blog to read! Siapa yang nak cuba nasib untuk menjadi kaya sementara dengan mendapatkan RM1500, ayuh join Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

34 Comments

    • Nama pun Malaysian Best blog 2015 🙂 semua best belaka2 😀

  1. sikit benar yang dah dibaca sebab muja mmg pemalas,, k nak baca r ni,, heee

  2. Semoga berjaya untuk kontes yang hebat ini. Saya percaya bahawa setiap mereka mempunyai usaha dan rahsia tersendiri sehingga dinobatkan dalam kategori sebegini. Tahniah semua
    [nama] recently posted…Malaysia Best Blog 2015My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/malaysia-best-blog-2015.html/trackback

PAGE TOP