MANGSA ROGOL DAN MEDIA MASSA. KENAPA??

Perbuatan merogol merupakan satu perbuatan terkutuk lagi hina. Perbuatan paling hina di mata masyarakat sekeliling. Tapi sedarkah anda semua, secara tidak langsung, anda semua telah menambah kesakitan yang dihadapi mangsa rogol.

mangsa-rogol-tragik

Assalamualaikum… Entry ini mungkin di bash, dan saya sedia hadapinya… Tapi sila baca sehingga habis. Ini merupakan pendapat penulis. 

Mangsa rogol bukan sahaja disakiti secara fizikal, malah mental mereka juga.

Mengapa saya kaitkan mental mangsa rogol dan Media Massa?

Selepas dirogol, rata-rata mangsa rogol amat berat untuk melaporkan kepada polis. Bagi mereka, ianya memalukan dan membuka aib mereka.

Mengapa?

Sering kali kita lihat di hadapan dada-dada akhbar mempunyai sebaris ayat seperti “Lelaki didakwa Bunuh, Rogol anak“. Kemudian, terpampang muka si perogol. 

Atau “Pelajar perempuan dirogol lima pelajar lelaki

Cuba fikir sejenak….

Apabila muka perogol mahupun mangsa rogol terpampang di akhbar, atau tempat mangsa dirogol telah dinyatakan di akhbar, adakah masyarakat sekeliling tidak dapat cam muka si perogol atau gambar mangsa rogol walaupun di ‘blur’ kan? Adakah masyarakat sekeliling tidak dapat cam langsung gambar sekolah terbabit walaupun dikaburkan?

Jiran-jiran, saudara-mara, rakan-rakan semua akan tahu. Itu tidak termasuk lagi yang menyebarkan cerita. Daripada 5 orang sahaja yang tahu iaitu polis, ibu dan ayah, doktor dan nurse, apabila cerita tersebar, seramai puluhan ribu malahan ratusan ribu boleh tahu mangsa telah dirogol

Hal ini juga melibatkan laman sosial seperti Facebook. Facebook merupakan salah satu platform penyebaran berita semasa. Malah blogger-blogger serta surat khabar juga memainkan peranan penting dalam penyebaran berita.

Setiap artikel yang diterbitkan melibatkan mangsa rogol ada baik dan buruknya.

Yang baiknya, kita dapat lihat masyarakat lebih peka terhadap jenayah yang berlaku di Malaysia terutamanya wanita. Apabila berlaku sesuatu jenayah, mereka akan lebih berhati-hati bukan sahaja di luar, malah di dalam rumah juga.

Yang tidak enaknya pula adalah artikel-artikel yang diterbitkan sering kali memaparkan nama penuh mangsa atau tempat berlakunya kes jenayah rogol. Masyarakat Malaysia yang sangat prihatin ini lambat laun akan tahu siapa mangsa rogol.

mangsa-rogol-teruk

“Perempuan ini lah yang kena rogol hari tu”

“Perempuan ini yang kena rogol kat tempat kerja dia. Itu lah, siapa suruh tak berhati-hati”

“Mesti perempuan ni tergedik-gedik. Sebab tu lelaki tu rogol dia”

“Kesian perempuan ni kena rogol”

Jika berlaku pada anda, tidakkah anda berasa  terhina.

Kenapa saya cakap blogger juga terlibat? Saya tak maksudkan SEMUA BLOGGER. Saya maksudkan blogger yang membuat artikel mengenai jenayah rogol.

Ada di antara blogger yang menerbitkan artikel tanpa menyembunyikan detail terutamanya nama mangsa.. Entry berkaitan mangsa rogol yang telah anda tulis akan kekal di laman carian sampai bila-bila.

Tidakkah ianya akan menambahkan lagi kedukaan buat mangsa.

Cuba bayangkan perasaan mangsa-mangsa rogol, apabila mereka menaip nama mereka di enjen carian, “Si polan binti Si polan”, kemudian terpampang gambar mangsa dan keluar segala kisah tragik mereka, mangsa sudah tentu rasa terhina.

Ingatlah! Jangan terlalu kejar trafik atau pembaca sehingga mengabaikan perasaan mangsa rogol 

18 Comments

  1. Pada pandangan saya, cara pemikiran masyarakat kita masih lagi sukar untuk menangani permasalah rogol ini. Disebabkan sistem kita yang melebihkan lelaki (patriarchal), membuatkan sesetengah masyarakat cenderung untuk menyalahkan wanita sebagai punca kepada kejadian rogol. Walhal, punca sebenar perlu diperluaskan perspektifnya termasuk sosio-ekonomi serta mental para perogol.
    [nama] recently posted…Power of LikeMy Profile

  2. Pendapat sy, rasanya sampai satu masa nanti blogger kene pergi kurusu untuk pentauliahan macam mana nak menjadi penyiar media dengan baik supaya bende macam nie tak berlaku… Kesian kepada yang kena, suka-suka sebar maklumat tanpa pikir apa jadi kat mangsa. -_-
    [nama] recently posted…Cider: Apps iOS ke Peranti AndroidMy Profile

    • tahu xpe… banyak yg kejar trafik daripada memikirkan perasaan mangsa dan keluarga

  3. saya pun rasa macam tu, nak nak pulak kalau mangsanya budak kecik lagi..gila kot sampai print out nama budak yang kena,dengan tajuk yang sensasi..semuanya semata nak kejar trafik/untungkan sales paper..

    mangsa makin terseksa, yang pemangsa takde sikit pun nak rasa takut ke apa..
    [nama] recently posted…Panduan dan cara menyimpan susu perahan (EBM)My Profile

    • Tahu xpe… lagi parah sekali dengan gambar mangsa yang tengah bogel lagi… 🙁

  4. ya. Memang sedih bila benda macam ni berlaku.

    Cuma kekadang, lagi sedih bila tengok orang perempuan macam mintak kena rogol aje..tak kiralah yang bertudung atau tidak.. aduhai..
    [nama] recently posted…Komisen Ke 12 dari Ashadee.comMy Profile

  5. dunia sekarang bila semua melihat hanya pada wang ringgit, ini lah jadinya.. media orang berniaga nak kejar sales, blogger pulak nak kejar trafic..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/mangsa-rogol-dan-media-massa-kenapa.html/trackback

PAGE TOP