MATI

Korang pernah tak terfikir bila korang akan mati? Dan dalam keadaan macam mana korang akan mati. Kalau bicara soal mati, susah untuk kau terima yang MUNGKIN 1 minit akan datang tuhan cabut nyawa kau. Dan kau tak boleh beri jaminan 1 peratus sekalipun nyawa kau masih ada.

Tapi yang paling aku takut adalah saat aku rasa nak berubah kemudian aku buka Al Quran tapi sebarang ayat Al-Quran pun tiada. Kau boleh bayang apa kau akan buat waktu tu? Menangis dan meraung minta taubat. Itu pasti.

Pernah kau mimpi kiamat? Kalau belum, mohon sekarang kau doa agar mimpi sebegitu tidak datang dan ganggu tidur kau. Kenapa aku cakap macam tu? Ada sekali aku kena. Aku tersedar dalam keadaan basah kuyup. Baju aku basah lencun. Aku berpeluh seumpama dikejar anjing. Satu badan aku menggigil. Aku ingat lagi keadaan tu.  Kau tahu apa yang aku buat? Aku menggigil dan menggigil. Nak dijadikan cerita

Aku mimpi apa?

Aku mimpi matahari makin lama makin besar. Dan pada waktu tu orang ramai hanya lihat dengan pelik. Matahari tu membesar dan membesar. Sumpah sangat besar. Sampai sekarang aku ingat waktu tu. Dan apa yang aku dan manusia-manusia yang ada pada ketika buat adalah minta taubat. Masa tu aku tak fikir langsung pasal mak ayah aku. Begitu juga orang lain. Sebab yang kau ingat adalah DOSA kau. Bila matahari makin lama makin besar, aku nampak planet-planet berpusing di mengelilingi matahari tersebut. Dan aku tak ingat apa jadi sampai aku terbangun.

Bila bangun, habis baju basah. Menggigil takpayah cakap la. So, korang minta lah jangan sesekali muncul mimpi-mimpi gitu dalam hidup korang. Tak kesah la kalau ianya 1 hidayah daripada Allah atau sekadar mainan tidur, yang pasti, mimpi tu paling aku takut.

Dan baru-baru ni aku ada baca 1 kisah. Ada seorang guru agama mempunyai seekor burung yang pandai ucap syahadah. Satu hari, burung ni mati. Selepas burung ni mati, tuan dia terus kemurungan. Kemudian, anak murid dia tanya dia, kenapa dia bersedih sangat. Guru agama ni pun beritahu “Dia sedih kerana burung yang dijaga selama ini, pandai mengucapkan syahadah, tetapi bila saat Allah ambil nyawa burung ni, tak terkeluar langsung kalimah syahadah yang sering disebut-sebutkan burung tersebut.” Guru agama ni sedih sangat sebab dia takut suatu hari nanti Allah tarik nyawa dia, dan dia sama macam keadaan burung tersebut yang tidak boleh mengucapkan kalimah syahadah saat maut menjemputnya.

Dan bila aku bangun daripada mimpi tu, aku rasa lega sangat. Aku masih hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/mati.html/trackback

PAGE TOP