MELANCONG KE KEDAH !

MELANCONG KE KEDAH

Melancong ke kedah.

Assalamualaikumm….

     Bila kita nak travel mana-mana sekalipun, benda yang penting adalah keberanian. Duit boleh kumpul, tapi kalau tak berani, memang jadi katak di bawah tempurung laa.. 

     Aku ni bukannya berani pun. Nak naik bas pun, aku takut. Aku bukan takut kena ngorat (puihh!), aku takut accident. Kan banyak kes sekarang melibatkan, bas dan jalan raya.

     Nak travel naik bas daripada Bukit Mertajam ke Kluang, johor pun aku tak berani. Bayangkan penakutnya aku. Apa yang penting, keberanian!

      Jadi… Aku travel ke mana ? Alur Janggus! HaHaHa.. dekat mak haih daripada bukit mertajam ke Alur Janggus. Tu pun kira melancong ke ? 1 jam lebih je, tu pun takut. Aku pergi sana sebab tunang aku kawin. Okay typo! Actually kawan aku tunang…

     Aku pergi sana awal pagi. Bangun pukul 6 lebih, bersiap dan ikut ayah aku. Kami pergi sarapan, dan pergi  bus station, Jeti. Sampai sana, beli tiket ke Sahab Perdana, terus naik bas. Senang. Tak payah tunggu. Bas setiap jam ada. 

     Nak dijadikan cerita, aku mengantuk sangat. Tapi disebabkan tak pernah pergi naik bas ke Kedah nun, jadi aku tahan mata aku daripada tidur. Aku takut terlepas bas atau apa-apa. Rupa-rupanya, memang bas tu turun Sahab Perdana pun.. Aku takut, tak tau pasai apa 🙁 Aku ingatkan kalau nak pergi Sahab Perdana tu, kena berhenti then ambil bas lain.. Sadis!

     Kawan tunang pukul 4 lebih. Cantik sangat! dah macam orang kawin gitu. 

MELANCONG KE KEDAH

MELANCONG KE KEDAH

     Aku bagi hampa makan 2 gambaq ni je naa.. 🙂  Sebab gambar dalam pendrive tak boleh display. Btw, tahniah sayang! Semoga kawin cepat-cepat naa..

p/s: Jangan beli pendrive kingston yang banyak2 GB tu dengan harga murah nak mampuih, sebab ianya tipu. Sekian

Rasa nak melancong ke Kedah lagi, tapi tempat lain. Langkawi ? Maybe 🙂

19 Comments

  1. nazirahsays: Reply

    langkawi best, tapi kena pandai survey harga, takut tertipu…;-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/melancong-ke-kedah.html/trackback

PAGE TOP