MENGAPA OTAK LELAKI BERSIFAT KHUSUS?

Last updated : April 8, 2014

Mengapa lelaki hanya dapat melakukan satu perkara pada satu masa?

      Pernah tak anda bercakap dengan ayah anda semasa dia sedang memandu. Tiba-tiba dia terlupa destinasi yang hendak dituju atau terlajak jalan? Sudahnya, kena patah balik.

     Macam geli pulak duk anda anda ni.. haha. Aku pernah alami banyak kali. Banyak kali tau. Lepas tu Father ‘J’ kata “ni akak lah ni punca. Cakap dengan ayah buat apa“. Nanti aku pun jawab “mana ada. Orang ingat ayah nak belok sini

Situasi ni normal pada LELAKI. Normal! Menurut kajian, otak lelaki bersifat khusus pada satu-satu masa.

     Lelaki tidak akan dengar apabila dia sedang membaca surat khabar ataupun mendengar televisyen kerana mereka fokus pada satu kerja. Tapi perempuan boleh buat banyak kerja pada satu masa. Sambil tengok tv dia boleh membebel, lipat kain, susun buku dan sebagainya.

     Semasa berus gigi, lelaki mengikut arahan otaknya iaitu hanya memberus gigi. Mereka memberus gigi sambil kepala bergerak ke hadapan dan kebelakang mengikut pergerakan berus. Pada kebiasaan,kelajuan memberus juga mengikut kelajuan air paip yang terpasang.

Kalau perempuan?? Sambil berus gigi dia boleh lap sinki, susun berus gigi, berjalan dan sebagainya.

Memang tak mustahil, cuma bagi lelaki ianya sukar dan tak mudah macam perempuan.

     Aku baru test. Aku cakap dengan seorang lelaki ni. Dia tengah taip/baca something kat komputer, bila aku tanya dia something, dia tak respond. Terlalu fokus. Bila dia nak bercakap, dia akan pandang aku dan jawab pertanyaan aku. Dia tak boleh jawab soalan aku dalam pada masa yang sama memandang laptop.

      Haritu, aku cakap dengan seorang cikgu perempuan yang sedang bukak pc, kami boleh berbual cerita itu ini. Kami oleh berbual dalam pada masa yang sama dia sedang melalkukan kerjanya. Dia lakukan 2 kerja dalam satu masa. 

cikamal.com

     Normal kalau lelaki takkan dengar apa yang awak cakap semasa dia sedang melayari internet, menonton televisyen, memandu, membaca dan sebagainya. Kalau dia menjawab soalan yang telah anda ajukan, jangan marah mereka jika awak kena marah, terlajak jalan, lupa destinasi yang hendak dituju atau anda tidak diendahkan. Hal ini kerana, otak lelaki bersifat khusus.

14 Comments

  1. Paling benci kalau tengah best2 layan movie…
    tertiba ada orang yang datang ajak sembang
    [nama] recently posted…Hello world!My Profile

    • haha..klu ajak sembang skejap, layan je laa… tapi kalau lama2, semua org pun stress..haha

    • amal pun baru tahu bila baca buku motivasi mengenai lelaki dan perempuan 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/mengapa-otak-lelaki-bersifat-khusus.html/trackback

PAGE TOP