Menggila pada Raya Kedua

Last updated : August 5, 2014

Tajuk tak ada kena mengena dengan situasi raya.

Sebab ?

Sebab tak ada lah best gila.

Cuma, boleh la…

Boleh laaa nak try baju raya yang tak pernah guna lagi.

Jubah a.k.a Blouse.

 

Design baju raya

 baju-raya-zalora-buruk-teruk

Aku nak design cenggini.. Cantik tak ? 

Yang kiri macam lampu tidur, yang kanan macam ombak-ombak gitu

Tapi disebabkan kekurangan kain nak buat yang kembang-kembang tuu, so i prefer buat macam kat bawah je.

IMG_20140729_175153

Okay stop merepek.

Pada raya kedua ni, tetiba datang idea merepek nak buat makan-makan ala-ala orang tak kaya

Nak rasa macam mana orang susah sambut raya. Jadi, kami satu family bersama mokcik-mokcik yang lain buat Sambal telur, ikan goreng, sayur kobis dan daging kicap dan makan kat rumah aku.

IMG_20140729_151831

Siap beralaskan tikar gini lagi. Rare tak? Hahaha

Makan tu aje. Tapi sekali dengan nasi laa… 

Tapi best! Rasa macam lain sambut raya tahun ni. Sebab selalu nak yang grand-grand. Dan kalau u olls nak tau, raya keempat pun kami buat buat benda yang sama kat rumah nenek aku, Nanti aku cerita lain. 

Dan aku cuma nak cakap, best. 

Rasa macam best lah pulak bersederhana ni.

Rasa macam kawin pun nak sederhana jers.

Eh ter sebut KAWIN lah pulak.

p/s : Mana entry raya pertama punya? Yang tu nanti aku publish. Sekarang baca yang ni dulu. Lepas tu duduk diam-diam. Aku malas tulis pepanjang, bukan hampa baca semua, kang lenguh gusi nak baca banyak-banyak.

Korang try lah makan Nasi, ikan goreng dengan kicap. Makan la ramai-ramai, makan masa raya, boleh rasa macam mana orang susah sambut raya.

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/menggila-pada-raya-kedua.html/trackback

PAGE TOP