MERUNGUT BANYAK KERJA SEKOLAH

Last updated : October 28, 2013
Assalamualaikum… Tak jawab berdosa!
     Hari ini isnin bersamaan dengan 5 ogos. Okay. Aku cuma nak cakap aku ada jam di laptop. Tu je.. Bila jadi cikgu, mesti ada je pelajar-pelajar tak puas hati. Itu normal beb. Nak puaskan hati semua orang, memang tak lah. Hari khamis lepas hari last bagi kebanyakan pelajar bawak beg sekolah. Sebabnya, hari jumaat ada majlis khatam al-quran.
     Jadi normal kalau aku buka buku latihan sambil buat muka cute then tulis atas papan hitam sambil cakap “Buat muka surat 37, 38, 42, 48(ii) dan bla bla bla”. Masa tu, dengar pelajar cakap “Ala cikgu!!! Banyaknya!!!“, “Cikgu! Tak nak buat karangan muka surat 48(ii)“, “Cikgu tak payah lah buat muka surat bla bla bla“.

Kesah pulak aku. HaHa. Tapi, naik cuti ni turn aku pulak pening kepala, nak tanda buku budak-budak ni. Tak masuk lagi karangan budak-budak ni yang suka melalut. Lagi lah pelajar india. Memang kena bagi lebih perhatian kalau student india, sebab mereka kurang dalam bahasa melayu. Tapi kan, student india ni lah pelajar yang aku suka 🙂

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/merungut-banyak-kerja-sekolah.html/trackback

PAGE TOP