Modal RM130 Untuk Mula Perniagaan

Last updated : February 24, 2015

Sambungan daripada cerita Bertapa Susah Cari Kerja

Masa aku tengah kerja dengan Mina, ahli group yang lain gigih cari duit jugak. Dan aku terharu sebab diorang jalan kaki daripada Jeti sampailah Kota Belanda semata-mata nak cari duit dan jual semua barang-barang yang kami perlu beli. Alhamdulillah, barang yang paling susah nak jual iaitu beg USM, ada jugak yang nak beli walaupun kami rugi. Kami kena beli beg tu RM55 tapi kami jual RM30.

IMG20141206154732

Siapa yang join program ini, beg RM55 tu lah yang paling susah nak jual. Kau bayangkan, siapa je yang nak beli? penduduk kampung? Rata-rata penduduk kampung adalah nelayan. Pelancong? Kau agak, kalau nak pergi melancong, kauorang nak tak beli beg tu? Baik main scuba tak pun banana boat. Ehh tak tak! Kami sebenarnya tak ada rezeki untuk berjumpa dengan orang yang boleh beli beg tersebut dengan harga RM55++.

IMG_20141206_164254

Akhir sekali, kami perlu pulangkan balik keychainkeychain yang tak terjual. Lepas tu kira modal dan untung. Untung untuk keychain memang banyak. Thumbs up ! Terima kasih makcik sebab tolong kami.

IMG20141206170933

Macam mana duit modal RM130 Untuk Mula Perniagaan tu?

Pukul 4 lebih, kami pulang dengan gembira. Ada satu part, kami was-was. Sama ada nak bagi duit tu semua hasil jualan dan perkhidmatan atau kami perlu ambil duit modal RM130 yang kami perlu keluarkan awal-awal lagi. Bukan kami je yang was-was, hampir kesemua group. Mula-mula kata nak bagi semua, lepas tu tak jadi. Bincang punya bincang, kami ambil keputusan untuk rembat RM130 awal-awal. Tapi lepas tu, tak jadi pulak. Boleh kat lebih 5 kali duk ulang alik tang tu.

Nak bagi duit semua –> Rembat siap-siap Modal RM130 –> Nak bagi duit semua –> Rembat siap-siap Modal RM130 –> Nak bagi duit semua –> Rembat siap-siap Modal RM130 –> Nak bagi duit semua –> Rembat siap-siap Modal RM130 –> Nak bagi duit semua –> Rembat siap-siap Modal RM130

Daripada bincang depan pintu, dekat pantai, dekat meja, tepi jalan, bilik orentasi bla bla bla. Semua was-was. Sebab takut tak dapat balik RM130 tu.

IMG20141206172437

Tempat perbincangan yang entah kali ke berapa.

PROGRAM BOTTOM BILLION

Last sekali kami decide untuk bagi semua duit tu. Sebab ada orang kata kami akan dapat balik duit tu. Tapi ada je group yang ambil siap-siap duit RM130. Ada pulak mulut yang kata “Bodoh kalau tak ambil siap-siap duit modal RM130“. Kau lah yang bodoh sebenarnya. Aku join program ni untuk cari pengalaman. Batak pulak aku dengan duit tu. Kalau betul kami tak diberi RM130 tu pun, aku tak ada sakit hati. Join program tu, dapat pengalaman, dapat baju sehelai, makan minum ditanggung, dan siap tidur kat hotel lagi, cuma perlu bayar RM20 je. Yang paling best, PENGALAMAN! Tu pun bising.

IMG20141206210805

Kami kena bentang kat hadapan nama syarikat kami, visi, misi, jawatan-jawatan setiap ahli group, status jualan kami dan macam-macam lagi. Pandai-pandai lah kauorang reka. Kau kena cerita apa yang kau jual, berapa kuantiti, berapa untung, barang ambil mana, strategi-strategi yang kauorang guna, semua kena cerita kat depan nanti.

IMG20141206231953

 

IMG20141206210136

IMG20141207002826

Masa ni lah kau kekah idea nak jawab soalan 3 juri di hadapan. Juri-juri pulak, bukan calang-calang orang. Kauorang cerita pada diorang pasal bisnes kauorang, haa siappp lahh.. Diorang akan pertikai “kenapa kau buat macam tu“, “kenapa jual barang dengan harga tu?“, “Kenapa tak guna strategi lain?“, “Kenapa duit sikit sangat?“, dan banyak lagi kenapa, kenapa dan kenapa. Gagap-gagap lah kau nak jawab kat depan. Nak tipu diorang? Bukan senang! Juri-juri tu usahawan BERJAYA.

Masa ni lah kauorang tahu strategi-strategi yang group lain guna. Ada yang beli air mineral botol kecil dan beli ais, kemudian dia letak air  botol tu dalam ais, supaya air mineral tu sejuk, lepas tu jual RM2. Bernas kan idea! Banyak jugak yang diorang dapat. Beratus tuu. Ada yang buat muka kesian, ada yang kerja kat majlis kahwin. Kebetulan masa tu ada majlis perkahwinan siapa entah, diorang pun kerja kat situ. Basuh pinggan lah apa lah.

Hari ke-3:

program-bottom-billion

Tapi akhirnya, kami dapat NO 1. Walaupun, sebenarnya group lain boleh dapat No 1. Kalau diorang tak ambil siap-siap RM130 tu, mesti kami takkan dapat tempat pun. Kebanyakkan group memang rembat awal-awal duit modal. HAHA. Tapi yang bestnya, last sekali kami diberi balik RM130. Dan group mana yang ambil siap-siap duit modal tu best lah. Sebab diorang dapat duit RM130 dua kali.

PROGRAM-BOTTOM-BILLION-ENTREPRENEURSHIP-FOR-IPTA

Ramai lagi yang tak turun bergambar. Yang pasti, ianya best!

IMG20141206175330

Dear Mina, thank you so much spend time for the whole day with me. Miss the moment we search for one job to another job, from one customer to another, from one place to another place. You help me so much, thank you friend. Love you so much!

Program ini merupakan Program Bottom Billion daripada Universiti Sains Malaysia. Program ni nak tunjuk kat kami macam mana nak jadi seorang usahawan. Kami perlu beli barang-barang yang pihak USM sediakan dengan duit sendiri RM130. Kemudian bawa pulang RM430. RM430 tu termasuk sekali duit modal RM130. Kami ditinggalkan di tempat-tempat tertentu, dan fikir lah sendiri strategi-strategi untuk dapatkan duit. Tiada siapa yang bantu kami. Semua buat sendiri. Kalau kauorang semua nak Universiti kauorang buat program macam ni, tunjuk entry ini kepada pihak atasan. Mana tau di approve.

Pengalaman Join Program Keusahawanan USM (Part 1)

Bertapa Susah Cari Kerja (Part 2)

Modal RM130 Untuk Mula Perniagaan (Part 3)

 

5 Comments

Leave a Reply to Cik amal Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/modal-rm130-untuk-mula-perniagaan.html/trackback

PAGE TOP