Aku yakin, kebanyakan perempuan masa sekolah rendah mesti ambil mana-mana buku tahun lepas, atau buku yang baru mak beli, atau beli buku baru lepas tu tulis kat bahagian depan buku tu “My Biodata”. Buku ajaib yang penuh dengan pen warna warni siap letak sticker kartun yang beli dekat kedai buku, lepas tu hias bagi cantik. Lepas tu ada anak panah berlingkar, tulang ikan dan sebagainya, lepas tu ada love-love dan blink-blink. Macam cantik. Macam minta dipuji “Eh ni buku kau ke? Cantiknya….“, “Eh, Biodata kau cantik la“. Eh itu, eh ini..
contoh anak panah tulang ikan :p
Lepas tu pas dekat kawan-kawan, minta diorang buat biodata diorang pulak. So nanti ko boleh feeling tahu the whole life dia, which is siapa friend dia, siapa bestfriend dia, siapa musuh dia, makanan dan minuman kegemaran dia, nama mak ayah dia, tarikh lahir dia, tempat lahir dia and etc. Nasib baik budak-budak tak ada No KWSP. Agak-agak letak sekali tak?
Lepas tu nanti, tahun depannya pulak, buat lagi buku baru. Siapa yang pandai jaga buku tu, bagus la. Yang tak pandai jaga, hilang sikit, beli baru, buku lunyai sampai berbau dek kerana dihenyak-henyak dengan buku teks, tahun depannya buat buku “My Biodata” yang baru. Rasa macam satu pekerjaan bagi aku untuk isi “My Biodata” setiap tahun. Akan ada aje yang minta isi buku tu.
Dan budak perempuan jugak akan rasa bangga bila buku tu di isi oleh budak hot (perempuan) di sekolah. Rasa macam terpalit sama kecantikan budak hot tu bila dia pegang pen warna-warni dan isi butir-butir diri dia. Kebanyakal lelaki tak perangai macam ni. Tapi bila perempuan paksa diorang (lelaki) untuk isi, diorang pun isi jugak lah. Dengan muka sememeh sebab kena paksa dan percentage kejujuran isi biodata mereka bagi aku sangat kurang kalau nak dibandingkan dengan perempuan. Perempuan kalau isi buku tu, jujur sejujur-jujurnya. Siapa musuh ketat, musuh tak ketat, semua kita boleh tahu.
Bagi aku itulah zaman sekolah rendah yang best. Buku itu adalah nyawa penting selepas “My Diary”.
Lepas tu last sekali ada wish/harapan Yang panjang lebar.
Tapi selalunya ayat yang digunakan adalah “semoga dapat 5A dalam UPSR“
Betul tak?
ya allah kak ! betul sangat nii !! haish teringat zaman2 sekolah rendah dulu 🙂
haha, so sweet tengok diari perempuan masa kecil-kecil. hahaha
[nama] recently posted…Kalau Berani Mainlah Ouija
tang menara gading tu memang best.
dulu..semua dok cikgu cakap benda tu..
tak cakapu universiti. tapi tukar cakap menara gading..
[nama] recently posted…Hari-hari dapat email cinta dari Lazada.
hahhaha kenangan sungguh buku2 biodata ni. cx simpan lagi kot. buku cx pembalut pink. hahhaha!
HAHAHA . ok . senyum comel bila baca entri ni . betul la amal , ingat pula zaman kecil kecil dulu dengan segala bagai ayat dan buku kiut miut tu . rindunyaaa . haha
sweet sgt entri ni. Mmg betul pun..hehe
Eh, samalah kita.
Syaza masa sekolah rendah tu memang rajin duk minta biodata budak2 lain. Haha. Legend kot benda ni sekarang.
Rasanya kalau minta biodata orang sekarang mesti pelikkan. 😉
[nama] recently posted…Bukan Tak Ada Masa, Tak Sempat.
tepat sekali, memang ada memilikinya di zaman sekolah menengah dahulu, siap tepek foto pastu deco lawa2..selain dari buku autograf ,best memori cik amal 🙂
[nama] recently posted…Kisah Tebu
Sy abis skola tahun 1999.. smpi skarang ade lg buku “my biodata” or autograf tu…kalau dibca2 blik mmg lucu…tp tu la kngan zmn skola…lg2 ble time nk mntk bdk laki isi buku “my biodata” tu..suruh kwn pas kn sbb mlu…tp still nk suruh isi gak….mmg klakar..