Nak Jadi Ikon atau Perosak bangsa???

Dunia Universiti ni memang best. Tapi atas kita sama ada nak jadi ikon atau perosak bangsa.

Kau pilih lah sendiri.

Aku memang jarang update blog. Dan aku ada banyak benda nak cerita. Biar aku taip sedikit demi sedikit.

1) Attitude.

Aku pelajar lepasan Diploma. Boleh nak buat perbandingan USM dengan Universiti tempat aku belajar dulu. Tak banyak beza, sebab dua2 tempat aku cari ilmu. Bila aku sudah terbiasa hidup 3 tahun menjadi pelajar universiti waktu dulu. Aku sudah biasa “life universiti”. Bila masuk USM, bagi aku “Apa lah sangat, U tetap U. Dua-dua pun sama”.

Kemudian bermula lah attitude “kebiasaan” “senior (aku)” dekat USM ni. Sebab aku bukan budak hingusan yang datang awal ke kelas, yang nerdy, yang pakai kad matrik sentiasa, yang tidak makan dan minum di kelas, yang itu dan yang segala-galanya.

Yang datang awal ke kelas, yang nerdy, yang pakai kad matrik sentiasa, yang tidak makan dan minum di kelas adalah waktu aku tahun 1 diploma. Masa diploma, kami kena pakai kad matrik sentiasa, kena berbaju kurung sentiasa, kalau nak berseluar, perlu pakai seluar slack yang lembik + nerd, kena pakai kad matrik sentiasa, kalau tak, memang kena saman sentiasa, kena tahan dengan pak guard depan pintu utama. Menginjak tahun kedua, tahun di mana kita lihat para mahasiswa dan mahasiswi, kakak dan abang senior punya kelakuan, kita pun terikut.

Tahun 1:

Ehh! Senior pakai seluar Jeans! Mana boleh!

Tahun 2:

Ala.. Bukannya ada apa-apa pun pakai seluar jean.”

Kalau korang dah final year, mesti boleh bezakan budak junior atau tak kan ? Jadi sekarang aku nak cerita, bila dah terbiasa “life Universiti” waktu dulu, terus terbawa-bawa sehingga ke USM. Aku ambil remeh segala hal.

Aku buat esaimen last minit (kesibukan convex, jadi alasan boleh diterima), kemudian datang lambat ke kelas, makan dan minum waktu tutorial, salah masuk dewan exam masa nak ambil test TITAS, tak datang kelas sebab ingatkan kelas tak ada dan banyak lagi.

Semua ni aku perasan sejak minggu lepas. Sebab minggu lepas adalah kemuncak “tayangan video attitude-attitude aku dipertontonkan“. Aku ditegur lecturer, aku diperhati lecturer, aku diperhati pelajar-pelajar lain. Semuanya sebab ketonjolan attitude yang agak syaitonirrojiim.

Sampai satu masa aku rasa macam “Weyh, kita ni pelajar diploma. Patut tunjuk contoh“. Tapi sebab kami ni senior alam universiti, jadi sudah terbiasa dengan attitude macam tu. Sebab dulu tak ada apa-apa. Lecturer tak perasan pun. Semua pandai cover. Semua pandai tutup lubang. Dan orang lain pun tak kata apa sebab orang lain pun buat benda yang sama. Sudah pandai cover depan pintu utama bila nak berhadapan dengan pak guard, sudah pandai cover dengan lecturer. Tak ada apa-apa. Tak kena apa-apa. Tak jadi apa-apa. So,  attitude syaitonnirojiim tu pun aku bawa sehingga ke ijazah.

Okay. nak berubah.

Aku pelajar tahun 1, si nerdy. Nak jadi nerd all the time.

Tiba-tiba rasa macam something. Cik amal, cuba pikir, kalau 500++ anak-anak yang kau pernah didik waktu dahulu kala, kemudian mereka tengok attitute kau yang sekarang, memang kau ni boleh jadi perosak bangsa.

Okay. Insaf dah.

3 Comments

  1. Kan… sebab dah ‘terbiasa’.
    Kadang-kadang tanpa kita sedar, kita diperhati.
    Tanpa kita sedar, banyak kesalahan yang kita rasa itu bukan satu kesalahan.
    Jadi nerd tak apa. Jangan tak jadi apa-apa. 😉
    [nama] recently posted…Glamour Tak Aku?My Profile

  2. emass merahsays: Reply

    Mal2…..mohon kwn2 brubahh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/nak-jadi-ikon-atau-perosak-bangsa.html/trackback

PAGE TOP