NIKMAT BERSYUKUR – Cik Amal

Last updated : August 9, 2014

bersyukur

     Perlu diingatkan bahawa apabila harta kita hilang seperti motorsikal, itu lah tandanya kita akan dapat motorsikal baru. sebagai contoh, kita hilang motorsikal Honda Cup C70. Tapi pada masa akan datang, kita akan dapat ganti Honda 125. Dulu masa pakai motorsikal Honda Cup, hendak hidupan enjen pun tak boleh. Tapi sekarang ni, motorsikal baru jauh lebih baik. Itulah tanda bahawa musibah yang menimpa mempunyai hikmah besar. Bahawa Allah ingin menggantikan sesuatu yang lebih baik.

     Ada juga pasangan suami isteri yang mengadu bahawa mereka telah berkahwin hampir 20 tahun, tqpi masih tidak memiliki anak. Sepatutnya, ucaplah Alhamdulillah. Apakah kita fikir dengan mempunyai anak hidup akan senang? Bayangkanlah orang lain yang mempunyai anak hidup akan senang? Bayangkanlah orang lain yang ada anak tapi hati tidak tenang. Berapa ramai anak-anak yang terlibat dengan kes lari dari rumah? Berapa ramai ibu bapa yang tertekan kerana anak terlibat dalam kes lari mengikut teman lelaki? Oleh itu, bagi mereka yang tiada anak, ucapkanlah alhamdulillah, sekurang-kurangnya tidak pening hendak fikirkan kerenah anak-anak.

petikan berdasarkan buku ‘Tuhan sedang menguji kita’ Ustaz Kazim Elias.

NIKMAT-BERSYUKUR

      Itu lah nikmat bersyukur. Memang senang untuk minta orang lain bersyukur blablabla tapi orang yang mengalami je tahu macam mana. Sama juga macam aku. dalam kata aku bersyukur, ada juga mengeluh. “kenapa badan tak naik?” “kenapa aku tak gemuk?”. Soalan-soalan ini lah yang membuat syaitonirojiim suka. Sebab kat situ kita dah tunjuk kita ni tak bersyukur.

Tips yang selalu aku titipkan dalam kehidupan (walaupun kurang memberangsangkan, aku tetap cuba):

      Jangan tanya apa yg kita tak ada / kekurangan tapi listkan apa yang kita ada / kelebihan. Bila kita listkan apa yang kita ada / kelebihan, maka senang untuk kita bersyukur.

14 Comments

  1. amy naikkan berat badan dulu dgn cara sebelum makan dan selepas mkn minum air buah2x yang berserat contohnye jus tembikai 🙂

    amalkan selalu dan jogging sikti2x.. 🙂

    alhamdulillah dari berat 37.5kg naik sampai 48kg, tp amik masa gak la..almost 1year and half untuk dpt berat badan 48kg tu:)

    yang penting konsisten 🙂
    [nama] recently posted…DIY – TUTU DRESS, NURSING FRIENDLYMy Profile

  2. mazlizasays: Reply

    Nice entry 🙂

    • sy setuju dengan akk… x adventure klu xde ujian 😀 kita pun xtau kita ni tahap mana 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/nikmat-bersyukur.html/trackback

PAGE TOP