Orientasi USM 2014/2015

Last updated : October 18, 2014

1/9/2014 (Orientasi USM 2014/2015): Hari yang aku paling tunggu-tunggu. Setelah setahun lebih aku menganggur. Acctually tak ada lah menganggur sangat. Ada jugak aku kerja. Kerja jadi seorang cikgu. Tapi, perasaan ingin sambung belajar tu terlalu kuat. Aku rindu esaimen, aku rindu stress exam, aku rindu submit esaimen last minit. Aku rindu semua tu.

Bila dapat masuk USM, aku tersangatlah happy. Rasa macam nak kumpul banyak-banyak kenangan time ni. Sebab nanti bila dah kawin, tak tahu bila dapat sambung belajar. Masa tu tak boleh nak gila-gila masa orentasi. Tak boleh nak selfie banyak-banyak masa tu. Ye la.. Mana tau, masa nak sambung belajar tu aku dah kawin, dah ada anak, mesti malu nak selfie bagai. Haha *Berangan.

Masa orentasi ni jugak lah aku baru tahu ramai budak UPSI masuk USM. Satu desa dengan aku pulak tuu. Dan nak dijadikan cerita, ada sorang mamat ni daripada UPSI. Masa kat UPSI dulu nama dia memang famous. FAHMY. Aku pernah dengar nama dia, tapi tak pernah tau pasal dia ni. Bagi aku tak penting pun ambil tau pasal dia. Aku pelik sebab budak-budak UPSI selalu sebut nama dia. Maybe sebab dia “Assistant” Dr. Mahani Razali. Budak-budak ni pulak kata dia Hensem bagai.

Satu hari, masa buat banner, dia tanya aku “kau budak upsi?” Memang pelik, macam mana dia tau aku UPSI. Aku tak kenal dia langsung. Aku tanya budak-budak ni, siapa mamat tu, diorang tanya aku balik “Kau tak kenal dia ke?? Dia tu kan Fahmy. Yang selalu tolong Dr. Mahani tu”. Laa.. Dia ke Fahmy yang budak-budak ni selalu cerita. Serius aku tak tahu. Aku bagitahu member baik aku masa kat UPSI, aku pulak yang kena balik…  “Kau ni bangang lah mal. Fahmy yang famous tu pun kau tak kenal”. Dah kena bangang sekali. Haha.

Masa orentasi jugak lah jadual pack. Kena bangun pagi-pagi pukul 4.45 dan boleh tidur antara pukul 2-3 pagi. Yang paling aku respect, PPSL kita orang. Diorang ni lah yang jaga kami semasa orentasi. Diorang kena tidur lepas kami tidur, kena bangun sebelum kami bangun. Boleh kira dengan jari, berapa jam diorang boleh tidur.

Masa orentasi ni jugak, diorang sambut birthday student yang lahir bulan 9. Walaupun aku tak sambut dengan family masa birthday aku, tapi dapat jugak rasa kek.

ppsl-indah-kembara

perarakan-indah-kembara

Masa ni minggu terakhir, berarak masuk padang. Nak lawan cheers dengan desa-desa lain.

kenangan orentasi

Abang yang pakai baju putih tu serius lawak. Dia g cat mata kartun kat banner tu sebijik macam modelling pakai eye liner. tebal gila. Hahaha. Dia kata dia tak reti warna. Aku tahan gelak je, sebab hormat dia. Kalau tak dah lama aku guling-guling kat situ. comel gila kartun tu. Haha

buat-banner

Ni baru bajet-bajet nak lukis banner.

Orang lain dah start lukis, kami still lagi men-design

buat-banner-cantik

Banner yang hampir siap.

group-indah-kembara

Ini lah group indah kembara yang krik krik masa mula-mula buat cheers kat DTSP.

Kami sikit, sebab tu krik krik.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/orientasi-usm-20142015.html/trackback

PAGE TOP