Pemikiran Kanak-Kanak Tentang “Apa Itu Puasa?”

Assalamualaikum… Tak jawab berdosa. 

Apa itu Puasa ?

Masa zaman aku kanak-kanak, aku tahu puasa itu “Menahan lapar dan dahaga”.

Itu aje.

Pemikiran-Kanak-Kanak-Tentang-Apa-Itu-Puasa

Pemikiran Kanak-Kanak

Aku tak tahu Nafsu tu benda apa. Jadi, aku tahu puasa itu tak boleh makan dan minum.

Pemikiran aku waktu itu juga, kalau kita puasa tak boleh kentut, korek hidung dan telinga.

Ahh sudah. dah la budak-budak jenis suka korek hidung.

Lepas tu ada pulak yang suka susun tahi hidung macam kereta api. 

Itu bukan aku.

apa itu-puasa

Jadi, pemahaman aku pada ketika itu “Puasa tak boleh makan,minum,korek-mengorek dan kentut

Jadi, penat lah tahan lapar dan dahaga. Dah la masa tu kecik lagi. 

Aku ni jenis jujur. Puasa kalau boleh aku nak puasa habis satu hari. Nak dapat pahala.

Jadi, terasa seksa yang amat sangat bila menahan kentut. Seksanya la hai. Sangat-sangat seksa.

Bayangkan, aku buat macam-macam cara untuk elak sebarang angin keluar. Bagaimana caranya, takkan sesekali aku ceritakan. Sadis! Korang akan menangis.

Pemikiran pada waktu itu tersangat lah cetek. Aku tak tahu macam mana aku boleh dapat info “puasa tak boleh kentut“, tapi biasalah. Budak-budak punya imaginasi, kalau orang tua cakap “tak boleh itu, tak boleh ini”, habis semua dia pikir tak boleh.

Ada pula kes, puasa “yang yang yuk!“. Minum air senyap-senyap. Curi makan. Lepas tu bajet puasa penuh satu hari. Benda ni sebenarnya, hampir semua budak buat.

Bukan aku sahaja!

Tak payah lah mak bapak back up anak lu orang dan kata “anak makcik puasa penuh“.

Dusta semua tu.

Sebab nanti, bila dia besar, baru dia bagitahu mak ayah “sebenarnya masa kecik adik ada minum air senyap-senyap”

Tapi kena tunggu lagi 10 tahun la.

 

Lama tak menulis. Sejak laptop buat hal, nak berblog pun payah. Nak taip ambil masa yang lama. Tapi, tak pe lah. Redha. Ada sesiapa nak bagi laptop free?

Boni Kacak- Menjelangnya Ramadhan.Kisah Cikgu Yang Tak Puasa.

 

14 Comments

    • hahahaha… kalau tak pun, buat2 kumur mulut, lepas tuu terminum… hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/pemikiran-kanak-kanak-tentang-apa-itu-puasa.html/trackback

PAGE TOP