PENDAPATAN BLOG UNTUK 3 TAHUN

Diam tak diam, dah 3 tahun berblog. Daripada guna blogspot sampai lah guna hosting sendiri. Daripada penulisan jenis budak-budak sampai lah matang. Mula-mula aku buat blog sebab duit. Serius tak tipu, tapi duit yang aku dapat adalah 4 sen je. Nak capai 10 sen pun payah. Kau bayangkan, 4 sen jeh! Lepas tu aku fed up, aku pun malas berblog sebab duit. Sebab bagi aku, aku bukan sesiapa, dan aku takkan dapat capai RM100 pun.

Tapi aku silap, kalau kau ada usaha, 1 ribu sebulan pun kau boleh capai. Aku join macam-macam contest dan giveaway. Aku ada dapat baju (lupa berapa helai), dapat topup, duit dan dapat macam-macam lagi. Serius best! Kau cuma kena rajin je. Aku ingat lagi, paling banyak duit yang aku boleh dapat ialah RM50. Masuk contest blog paling cantik (Bukan blog yang macam sekarang). Tapi bila keputusan diumumkan dan aku dapat no 1, ada bunyi-bunyi tak sedap macam kat bawah ni.

blogger penipu

Cuba tengok ayat Jaafar Onn. Serius sedih.. Dah la masa tu praktikal kat terengganu. Okay abaikan.

Bila dah 3 tahun berblog, rasa macam nak kira pendapatan yang aku dapat setakat ini. Rasa macam rugi tak catit dalam buku 555. 🙁

buat duit dengan blog

Email rasmi aku baru dibuat pada tahun 2014, dan serius sedih tak ada rekod pendapatan blog pada tahun 2012 dan 2013. Yang aku ingat pada tahun 2013, duit paling masyuk yang pernah aku dapat adalah RM150 sedebuk (Duit 8share). Yang lain repeat RM50 macam kat atas ni. Gambar kat atas ni aku skrol paling bawah sekali. RM50 yang pertama adalah pada bulan 3 tahun 2014. Kalau tengok total email daripada maybank adalah sebanyak 32. So 32 darab RM50 dah berapa?

beratus duit duduk rumah

Aku tahu, korang mesti keluar phone then bukak kalkulator kan? 😉 Tapi bulan paling bahagia adalah bulan 10 tahun lepas. Tak pernah seumur hidup aku, dalam sebulan boleh dapat sebanyak RM500. Cer tengok gambar atas yang aku buat kotak merah tu.

duit-duit dengan menaip

Gambar atas ni gambar untuk tahun 2015 punya. Sikit je kan berbanding bulan 10 tahun lepas.

Tapi sebenarnya duit kat atas ni duit masuk dan duit keluar. Keluar pun kat member-member aku jugak. Pendapatan melalui pengiklanan di blog, paid review, nuffnang dan 8 share sangat-sangatlah sikit. Memandangkan aku tak aktif dengan blog sekarang disebabkan kesibukan di USM, jadi pendapatan hanya lepas duit topup.

Tapi alhamdulillah, aku tetap bersyukur. At least dengan blog, ada juga pendapatan untuk diri sendiri dan juga orang lain. Paling-paling pun dapat bantu orang lain sikit-sikit pun tak pe. Tapi aku tetap sedih, 2012 dan 2013 punya pendapatan tak dapat direkod. Ada kat email mana pun aku tak tahu. Dah la pendapat sendiri pulak tu. Sebab masa tu aku strungle habis-habisan untuk blog.

Bila aku buat entry ni, baru aku tahu erti bersyukur, sebab aku selalu mengeluh blogger lain punya pendapatan sangat-sangat masyuk dengan hanya iklankan di blog sahaja. Tapi tak pe, rezekii masing-masing.

*Gambar dan hasil penulisan adalah hak milik saya. Sebarang penciplakan adalah dilarang sama sekali.* Miaw

11 Comments

  1. Assalamualaikum..
    Tahniah..
    Eira tak pernah dapat duit sepanjang berblogging ni..
    Pernah 2 @ 3 kali je menang giveaway..
    Harap2 rezeki awak bertambah lepas ni..

  2. Alhamdulillah. saya pun ada la setaun sekali nak dapat merasa duit dari berblogging ni. nak jugak belajar teknik bagi lagi mantap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/pendapatan-blog-untuk-3-tahun.html/trackback

PAGE TOP