Pengalaman Join Program Keusahawanan USM

Last updated : February 14, 2015

Kalau kat USM, pointer bukan perkara pertama, pointer kau tinggi-tinggi tak ada guna. Tapi diorang nak tengok kau aktif atau tak kat USM. Masa aku masuk USM dulu, kami awal-awal sudah diberitahu, kau orang dapat pointer 3.0 umpama dapat 4 FLAT. Dan yang paling best, PTPTN tak perlu bayar bila kau pointer 3.66 dan ke atas kalau tak silap aku. Tapi yang pasti bawah 3.7. Tapi….. Nak dapat 3.66 tu macam…………………..

Okay abaikan.

kopitiam pulau pangkor

Sekarang aku nak cerita Pengalaman Join Program Keusahawanan USM. RM 20 untuk 3 hari 2 malam, dapat T-Shirt dan makan minum semua ditanggung. Satu je aku nak cakap, best. 2 bas daripada student USM yang terdiri daripada USM Kejuruteraan dan USM Induk. Sampai je Pulau Pangkor, tengok-tengok ada student daripada Universiti lain seperti UPM, UKM, UM, UTEM, UMK, UUM dan UPNM.

Aku takpayah la cerita rentetan-rentetan peristiwa. Kalau tak, sampai esok tak habis. Aku ceritakan aktiviti-aktivitinya terus okay.

Hari 1:

Sesi suai kenal antara Universiti. Macam biasa lah. Aktiviti nya “Cari saiz kasut yang sama“, “Cari saiz baju yang sama“, “Percaya kawan“. Ada lagi, tapi aku lupa. Haha. “Percaya kawan” tu contohnya kau buat bulatan, then nanti kau diri tengah-tengah bulatan dan nanti keraskan badan. Nanti akan ada seorang ahli tolak kau. Masa tu kau kena redha diorang sambut kau. Lagi satu macam kat bawah:

sakit-diangkat-seperti-konsert

Aku kena angkat. Tapi perempuan lah yang angkat. Aku kena bagitau jugak, yang perempuan yang angkat-angkat aku, nanti hampa semua p bagi tau pak aku yang lelaki-lelaki universiti angkat-angkat aku kat Pulau Pangkor, tak pasai-pasai, pak aku hambat guna penyapu. Masa kena angkat, best mula-mula je, lepas tu sakit leher 2-3 hari. Siyes tak nak dah.

Malamnya, ada sesi taklimat untuk keesokan hari. Setiap group ada 7-8 orang mix universiti. Kami perlu keluarkan duit poket sendiri dan perlu beli barang-barang yang telah disediakan pihak USM sebanyak RM130 dan perlu bawa pulang duit sebanyak RM430.

Setiap group akan dilepaskan keesokkan hari di 5 tempat yang berbeza. 5 Kut. Aku lupa. Haha. Antara tempat yang yang aku ingat adalah Jeti Pulau Pangkor, Pangkor Town, Kota Belanda, Coral Bay, Pasir Bogak. Group kami dapat kat Jeti. Jeti tu tempat orang paling ramai. Sebab pelancong keluar masuk. Masa ni aku bersyukur gila. Sebab kami dapat kat Jeti. Tempat yang ramai orang, jadi nak jual barang-barang tu senang lah. Tapi….

Sebelum tu aku perkenalkan dulu ahli kumpulan aku Mina (UUM), Shahrul (USM Kejut), Aili, Farihah (UM), Mi (USM), Faiza (USM Kejut), Azmi (UPNM)

Hari ke-2:

IMG_20141206_081632

Gambar kat atas ni mesti korang tak nampak kan? Okay takpe. Aku akan cerita jugak. Kat atas ni senarai barang yang kami perlu beli sebelum aktiviti hari ke-2 bermula. Barang-barang tersebut seperti :

Beg- Rm55

T-shirt hitam – Rm10

T-Shirt Putih –  RM5 X 2 Helai

T-Shirt berwarna – RM10

Magnet Peti Ais – RM18 X 6

Air Mineral Kecil – Rm1.50 X 10 botol

Makanan Kering – RM 12

_____________________________________

Total : RM130

Awal-awal pagi tu, kami naik Van Pink pergi Jeti. Sampai Jeti, kami start bahagi-bahagi barang. Dan kemudian cari customer. Tapi, sorang customer pun tak ada yang beli. Kau bayangkan T-shirt kat kedai sana jual RM5 je, tapi disebabkan kami perlu beli T-Shirt tu RM10 dan disebabkan nak untung lagi, kami perlu jual RM10++. Mahai!!!

Pulak tu, yang kat Jeti tu bukan group aku je, tapi banyak group. Mula-mula memang lah orang layan, tapi dah kalau berlungguk pakai baju kuning dah macam Digi aku tengok. Sampaikan Customer tengok kita orang dari jauh dah kata “tak nak! tak nak! Tak nak!” Hahahaa

Disebabkan kami perlu fikir strategi untuk dapatkan duit sebanyak RM430, jadi aku pun pergi kedai yang ada kat jeti tu. Kalau korang pergi Pulau Pangkor dan nampak makcik (berdiri 4 daripada kiri), dia memang baik. Dia percaya kat kami dan sanggup bagi barang-barang yang ada kat kedai dia untuk kami jual. Dia hanya ambil duit modal barang je. Bayangkan, keychain tu semua berapa sen je 🙁 Jangan terkejut, kami jual banyak keychain dan dapat duit RM100++ tau. Alhamdulillah.

IMG_20141206_165431

Semuanya gara-gara aku pass keychain tu semua pada ahli group aku yang lain untuk diorang jual. Dan aku tak bagitau harga keychain yang sebenar. Dan diorang jual keychain tu RM10 untuk 3 unit tak pun 4 Unit. Diorang tak tahu yang keychain tu aku ambil harga modal dan tersangat-sangat murah. Korang pun mesti tak percaya ianya murah. Haha.

Kenapa aku pass keychain-keychain tu semua pada ahli yang lain? Sebab aku dengan Mina (UUM) nak buat beberapa perkhidmatan seperti tolong tangkap gambar, cari kerja di restoren atau apa-apa pun tak pe lah. Janji dapat duit. Tapi satu je lah, korang kena tebal muka. Sebab pada ketika itu, korang nak tak nak dah macam “mengemis”, walaupun bukan pengemis. Korang kena paham, aku ada letak Apostrophes ().

balai bomba pulau pangkor

Tempat pertama yang aku singgah adalah Balai Bomba. Malu aku direject hidup-hidup. Hahaha. Dah la aku tebalkan muka, cakap lemah lembut, mesti korang tak kenal Amal yang macam tu. Aku kata nak mop lantai, Diorang kata “Ada group lain dah buat dah tadi“, aku kata nak lap semua tingkap kat situ, diorang kata “Tadi ada group dah buat. Kalau tak percaya, cuba awak tengok, bersih tempat ni“. Tapi memang bersih pun tempat tu. Lepas tu, aku guna nama ayah aku, sebab ayah kerja Bomba, pun tak berkesan. Last sekali, keluar daripada Balai Bomba Pulau Pangkor dengan perasaan malu, bukan sedih tau! Tapi malu. Tapi tak pe lah, aku dah usaha.

Kemudian aku jalan sampai “Pangkor Town”. Terjumpa Mat Salleh! Miawww! Miaww!! Hahaha. Tapi dengan isterinya. Alaaaa…  =.=”

IMG_20141206_104424

Tapi tak dilayan. Sebab diorang kesuntukan masa. Yang pegang udang tu Tourism Guide diorang. Aku tak reti speaking. Gagap-gagap nak cakap. Mina yang cakap dengan mat salleh tu. Mula-mula direject oleh Tourism Guide diorang. Haha. Sebab diorang nak kena balik, so tak ada masa nak dengar apa yang kami cakap. Tapi, mat salleh ni baik, dia bagi kami peluang untuk cakap. Mina kata nak buat perkhidmatan tangkap gambar. Dengan kata lain, “Tolong tangkapkan gambar“. Aku tahu ianya agak merepek, tapi kami betul-betul kena bawak pulang duit RM430. Nak taknak kena buat benda merepek ni jugak. Akhirnya, snap beberapa keping gambar dan dapat RM10. Hahahaha Berjaya dapat duit.

Ouuhh Lupa! Kami buat perkhidmatan “Tolong orang“. Tolong apa? Tolong angkatkan kerusi roda masuk dalam bonet kereta. Dapat RM2.

 Now, total duit = RM12 (Pagi sampai tengah hari)

Bila kau join program ni baru kau tahu bertapa seksa nak cari RM1. Percaya lah cakap aku, ianya SEKSA. Kau bayangkan, daripada pagi sampai tengah hari, baru dapat RM12. Itu pun sebab kesian. Kesian kat kita orang, kena dapatkan RM430. Dan percaya lah, yang bagi RM10 dan RM2 pada kami ni pun, aku rasa sebab kasihan pada kami. Kau kena buat macam-macam cara untuk dapatkan duit walaupun RM1.

program-bottom-billion-usm

program-USM

program keusahawanan

Kalau korang join program ni, buat lah macam-macam mana cara sekalipun, jual pelampung ke, jual air ke, jual beruk ke, lantak lah, janji kau boleh dapat RM430. Macam mana kau nak jual, itu idea kau sendiri. Nak jual sambil bentang kain macam dekat kaki lima ke, kau nak menari tarian zapin tepi pantai ke, kau nak buat Program Maharaja Lawak dekat Jeti ke, itu terpulang pada kau orang. Tapi satu je aku nak cakap, nak dapat 0.50 Sen Pun susah, melainkan kau mengemis.

p/s: Aku stop sampai sini dahulu, ada lagi Part 2, sebab kalau cerita A-Z dalam satu entry, serius loading lama sebab banyak gambar. Second part ada cerita pasal aku tebalkan muka cari kerja kat sebuah Kafe. Mesti nak gelak tengok aku pakai apron.

Pengalaman Join Program Keusahawanan USM (Part 1)

Bertapa Susah Cari Kerja (Part 2)

Modal RM130 Untuk Mula Perniagaan (Part 3)

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/pengalaman-join-program-keusahawanan-usm.html/trackback

PAGE TOP