PENJELASAN VIDEO COUPLE SEMINGGU

Assalamualaikum Tak jawab berdosa!

     Penat. Tapi best. Tapi hari ni banyak kali kena tegur time kerja. Aku pun nak melenting, tapi think positif. Cool. Persetankan.

     Tengok sudah video “Couple Seminggu” ? 
     Aku dulu masa couple pun macam tu.. Time anniversary siap beli kek. Tapi pelik sebab tokey kedai tu tak bagi lilin pun. Sebab dia kata “Baru setengah tahun macam mana mau bagi lilin ?” Sedih dan malu. Tapi masa tu zaman tak matang. Zaman di mana kalau orang dewasa yang matang akan pikir “Alahai dik.. Baru setengah tahun. Banyak lagi kau belum tempuh“. Sebab masa tu kita tak makan lagi asam ,garam, kunyit, kehidupan. Tapi bila sekarang pikir. Alahai malunya aku. Malu kat siapa ? Allah.
     Perkara yang sekarang aku pikir bodoh bagi aku bila dengan adanya kek tu, pergi kat kfc, then sambut, then tangkap gambar. Masa tu hanya tahu heaven, heaven, heaven. Tapi sekarang bila pikir balik, ya allah.. Orang yang tengok masa tu mesti annoy. Ya. Annoying! Malunya aku. Tapi masa tu kita tak pikir. 

     Apa lagi? Aku tak nak cerita. Malu aku bila pikir balik. Masa tu hanya pkir nak kumpul kenangan. Ya. “Dia jodoh aku”, “Dia bakal suami aku”, walhal baru setahun lebih couple. Sadis!
     Tapi sekarang semua berubah. Setelah baca buku tu, lantas berubah mendadak. Memang dia meroyan sekejap, tapi aku ada sebab nak berubah. Biar lah kawin terus. Kurang dosa. 
      Kat bawah merupakan penulisan adik puteri mengenai videonya

Assalamualaikum , Mesti tengah panas dengan verita video Puteri kan ? Hmm , sebenarnya video tu di uploadkan lama dh tapi di privatekan dan video tu takdak sapa yg view. Memang niat taknak publickan tapi masa hangout last week ramai pulak yang nk view , Mulanya kami *saya dengan ery* terima komen yang baikbaik daripada anda semua. Kami ingat benda ni akan okay, Puteri ada mintak nk private balik vid tu tapi ery tak kasi sbb dia kata semua orang suka dan dia nk download masuk note II dia. So tak jadik lah nk privatekan semula.

Puteri tahu ini semua salah Puteri buat vid mcm tu . Puteri nak mintak maaf kalau ada buat koqang rasa sakit mata ka sakit telinga ka apa. Allah uji Puteri ni bersebab. Mungkin atas apa yg dah Puteri buat selama ni. Mmg dari dulu lagi Puteri ramai haters, tapi selepas buat vid ni lagi bertambah lah kan? Malah seluruh malaysia mugkin seluruh dunia. 

Allah maha mengetahui apa yg akan berlaku disebalik semua ini. Mungkin Allah rindukan doa daripada hambanya yang bernama Syazwani :’) Allah rindukan solat taubat dari hambanya. Dia lebih tahu daripada segalanya. Puteri hanya mampu berdoa dan melihat. Korang ramai namun ? Puteri seorang diri , Nasib ada kawankawan yang sangat baik dan selalu sokong wani dari belakang . 

Puteri mohon , orang yg upload vid puteri kt youtube, tlg lah delete. Puteri baru tahu saat dan ketika ini siapa yang bergelar kawan dan bergelar musuh . Mungkin verita ini akan terus tersebar tapi, Puteri redha dengan dugaan Allah malah Puteri bersyukur diatas apa yg berlaku ini mengakibatkan Puteri selalu mendekatkan diri dengan Allah. 

SubhanaAllah, Semalam lepas tengok apa yg terjadi , Hati gelisah sangatsangat. Walaupun kawankwan, family dah ckp sabar semua tapi ttp tak okay . Lepas buat solat solat semua, baca alquran , rasa betapa tenangnya hati ni. Allah maha berkuasa .

     Pendapat aku. Jangan lah pergi maki hamun dia. Nasihat elok-elok. Dia sedang belajar macam mana kehidupan di dunia ini. Ya dia sedang belajar. Sampai masa dia akan pikir apa yang dia telah buat. Ini proses mematangkan diri. Mungkin korang geli, aku pun geli bila pikir balik zaman aku dulu, tapi kita sebagai manusia belajar dari kesilapan. 

8 Comments

  1. Selagi kita hidup , kita adalah seorang “pelajar” . Banyak lagi bende yang kita tak tau dalam dunia ni . Bukan hanya dia sorang . Jadi sama-sama belajar dari kesilapan masing-masing . Yang tukang kutuk tu pun macam tak sedar diri je .

  2. Kadang, manusia lebih suka menuduh tanpa menyelidiki. Dan tulah yang terjadi pada adik Puteri ni. Eyja pernah tengok sekali videonya, tapi tak pernah pulak bagi komen.

    Dan, bila hari ni eyja bukak balik twitter, blog dia… Ramai yang bash dia, kesian tu memang kesian kan Mal? Tapi tulah, dia baru nak kenal dunia. Wallahu’alam, tugas Allah untuk menghakiminya, bukan kita.

    Eyja puji keberanian Amal. Bukak kisah silam, haks xD Rasa nak gelak guling-guling pun ada :p Tapi amal takde upload video, so kira okaylah. Amal simpan sendiri. hahaha. Tapi serious memang lawak bila tak dapat lilin tu 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/penjelasan-video-couple-seminggu.html/trackback

PAGE TOP