PERBEZAAN PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS DAN KANAK-KANAK NORMAL

Last updated : November 19, 2018

PENGENALAN

‘Individual Disabilities Education Act’ mendefinisikan kepelbagaian kecacatan ialah kecacatan yang wujud atau hadir pada seseorang individu itu secara seiring atau bersama. Masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas ini menyebabkan kurikulum pembelajaran mereka tidak boleh digabungkan dan dimasukkan dalam program pendidikan khas sebagai suatu kecacatan seperti kanak-kanak disleksia, hiperaktif dan sindrom down kerana mereka lebih banyak kecacatan dan ketidakupayaan yang pelbagai.

Mc donell dan hardman 2003 mendefinisikan kanak-kanak pelbagai kecacatan ialah mereka yang mempunyai skil hidup yang terhad, keupayaan yang terhad dan susah untuk menyesuaikan diri dalam suasana pembelajaran seperti kanak-kanak lain.

Hunt dan Goetz 1997 pula menyatakan murid yang mempunyai ketidakupayaan yang signifikan boleh melakukan aktiviti seharian seperti mereka yang tipikal.

Ware 1987 menulis kepelbagaian kecacatan bermaksud seseorang yang mempunyai dua atau lebih kecacatan dalam sesuatu masa. Beliau juga menyatakan kanak-kanak yang mempunyai kepelbagaian kecacatan mempunyai IQ kurang dari 20 merujuk kepada WHO. Kanak-kanak tersebut memerlukan pendekatan khas untuk berkembang dan meneruskan kehidupan seharian mereka. Kanak-kanak ini juga mempunyai masalah dalam motor halus motor kasar, masalah deria dan mempunyai masalah kesihatan yang teruk.

Kanak-kanak berkeperluan khas ini mempunyai pelbagai kecacatan seperti pekak-buta, spastik-kerencatan mental, terencat akal-cerebrum palsy dan sebagainya. Kebiasaannya seseorang yang mempunyai pelbagai kecacatan akan menghadapi masalah dalam kognitifnya atau mental. Mereka sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran, mempunyai masalah pembelajaran kerana mempunyai ketidakupayaan yang pelbagai, susah untuk mengaplikasikan apa yang dilihat dan dipelajari dalam aktiviti seharian kerana kekurangan diri dan pergerakan yang terbatas.

Kepelbagaian kecacatan juga boleh ditafsirkan sebagai mempunyai kecacatan kognitif yang mendalam atau kurang upaya intelek. Sebagai contoh, kerencatan akal- buta dan kerencatan akal-masalah otot. Kanak-kanak yang mempunyai lebih daripada satu masalah seperti kelewatan perkembangan sebagai kecacatan fizikal, kognitif, komunikasi atau pertuturan, sosial, emosi dan sebagainya juga dikenali sebagai ketidakupayaan pelbagai.

Kesan daripada ketidakupayaan pelbagai ini boleh menyebabkan masalah dalam komunikasi, pembelajaran dan perkembangan lain kerana mereka memerlukan pendidikan yang berbeza daripada program pendidikan khas yang sedia ada. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan dan kerencatan akal memerlukan rancangan pengajaran yang berbeza daripada kanak-kanak berkeperluan khas yang lain. Guru perlu merancang akktiviti yang sistematik, spesifik dan efektif bagi mengatasi masalah yang dihadapi kanak-kanak yang mempunyai lebih daripada satu masalah perkembangan. Guru juga perlu menyediakan latihan yang spesifik dan berterusan bagi memastikan Pengajaran dan Pembelajaran berjalan dengan lancer untuk membantu kanak-kanak ini

Projek kaji selidik ini memerlukan individu untuk menganalisiss seorang kanak-kanak bermasalah pembelajaran kepelbagaian kecacatan iaitu dengan melibatkan soal selidik, temu bual dengan ibu bapa dan guru yang mengajar kanak-kanak tersebut, analisis dokumen-dokumen yang berkaitan dengan perubatan, rekod kesihatan dan apa juga dokumen yang berkaitan dengannya.

PERMASALAHAN KAJIAN

Antara cabaran pertama yang kami hadapi sebelum membuat kajian disekolah ialah kesukaran untuk mendapatkan surat permohonan ke sekolah. Pada mulanya, kami telah ke Jabatan Pendidikan Negeri yang berhampiran untuk mendapatkan surat tersebut. Walaubagaimanapun, pihak mereka meminta kami untuk membuat permohonan secara talian di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum mereka boleh mengeluarkan surat tersebut. Tetapi proses untuk meluluskan permohonan tersebut mengambil masa yang lama. Jadi, kami membuat keputusan untuk ke sekolah yang tidak meminta kami untuk membuat surat kebenaran tersebut untuk menjalankan kajian.

Langkah yang kedua, kami telah ke Sekolah Kebangsaan …………………….. yang terletak kira-kira 2 kilometer dari kawasan universiti untuk membuat kajian berkenaan tugasan kursus ini. Setelah sampai di perkarangan kawasan sekolah, kami telah disambut oleh pengawal keselamatan yang bertugas dan dia meminta kami untuk ke pejabat bagi berjumpa dengan PK HEM pendidikan khas. Walaubagaimnapun, kedatangan kami ke sekolah ini untuk menjalankan kajian tidak diterima kerana telah ada kumpulan yang telah membuat kajian berkenaan kursus ini di sekolah ini. Alasan ini menjadikan kami tidak dapat menjalankan kajian di sekolah ini selain kami tidak mempunyai mempunyai surat kebenaran dari JPN untuk menjalankan kajian tersebut.

Walaubagaimanapun, kami telah ke Sekolah Kebangsaan …………………….. berbekalkan surat perakuan dan kebenaran dari universiti untuk menjalankan kajian tersebut. Alhamdullilah, kami telah disambut baik dan dapat menjalankan kajian tersebut. Setelah sampai ke perkarangan sekolah, kami telah ke kelas pendidikan khas untuk berjumpa dengan Cikgu Wong selaku PK pendidikan khas. Beliau telah menyambut baik kedatangan kami dan membenarkan menjalankan kajian ini. Kami telah menjalankan kajian ini dengan menemubual 2 guru pendidikan khas dan 2 orang guru aliran perdana. Kerjasama yang diberikan oleh guru tersebut amat menggembirakan kami. Sebelum bersurai, kami telah memberikan sedikit cenderahti kepada guru-guru tersebut sebgai tanda kenangan dan perhargaan untuk mereka

Kajian telah dijalankan selama 3 hari pada 13, 27 dan 31 Oktober 2014. Tempoh kajian boleh dikatakan amat singkat. Hal ini kerana pengkaji takut kajian yang ingin dilakukan akan mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pelajar-pelajar juga perlu menghadapi peperiksaan akhir tahun pada 20 sehingga 24 Oktober 2014. Pengkaji juga mempunyai kelas pada waktu pagi pada hari selasa, rabu dan khamis yang telah mengehadkan kajian yang ingin dilakukan di sekolah.

Selain itu, pengkaji bersama 4 orang rakan yang lain mengambil masa yang lama untuk menemui SK ……………………… Hal ini kerana sekolah ini terletak jauh daripada Universiti …………………….. dan pengkaji perlu membawa kereta sendiri untuk pergi dan balik daripada sekolah tersebut yang mengambil masa 25 minit satu perjalanan tidak termasuk kesesakan lalu lintas pada waktu pagi. Jika menggunakan perkhidmatan kereta sewa atau ‘student cab’, sudah semestinya menelan kos perbelanjaan yang lebih banyak.

 

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kami menjalankan kajian kes ini adalah untuk mengesan perbezaan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak normal. Kami telah menggunakan sebaik mungkin peluang yang diberikan oleh pensyarah dan sekolah untuk menjalankan kajian ini. Dengan ini, kami dapat meningkatkan kesedaran betapa pentingnya mengenalpasti perbezaan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak normal. Sebagai bakal seorang guru pendidikan khas, amat penting bagi kami untuk mengetahui perbezaan murid berkeperluan khas dan murid normal supaya kami dapat bersedia dalam menempuhi liku-liku kehidupan sebagai seorang guru pendidikan khas yang berdedikasi pada masa hadapan.

Objektif kami menjalankan kajian ini adalah untuk mengesan perbezaan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak normal melalui aktiviti bermain yang melibatkan perkembangan fizikal, kognitif, bahasa dan sosioemosi.

Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti perbezaan kekuatan dan kelemahan murid berkeperluan khas dan murid normal. Hal ini kerana setiap murid mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri bukan sahaja untuk murid berkeperluan khas, malah untuk murid yang normal juga.

Selain daripada apa yang dibincangkan di atas, kajian ini juga dapat membantu banyak pihak seperti guru, ibu bapa, dan ramai lagi bagi mengenalpasti perbezaan minat, kecenderungan dan potensi kanak-kanak berkeperluan khas dan murid normal. Oleh itu, kajian kes ini serba sedikit dapat membantu guru dalam merancang aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak berkeperluan khas dan menyediakan langkah intervensi awal dalam menangani masalah berkeperluan khas.

 

PERSOALAN KAJIAN

  1. Apakah perbezaan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak normal

SEJARAH PERKEMBANGAN MURID

Sebelum pengesanan

Kajian ini telah dijalankan terhadap adik Danial.yang berumur 10 tahun. Sampel merupakan anak sulung daripada 2 orang adik beradik dan tinggal bersama ibu dan bapanya. Bapanya operator pengeluaran dan ibunya merupakan suri rumah. Sewaktu pertama kali melihat dan memerhatikan sampel ini disekolah, pengkaji tidak menyangka yang sampel ini adalah pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar Cerebral Palsy. Hal ini disebabkan, keadaan fizikal sampel adalah sama seperti pelajar-pelajar normal yang lain.

Menurut ibunya, segalanya adalah normal semasa ibu sampel mengandung. Dia mengatakan bahawa kesihatan ibu sampel adalah berada pada tahap yang stabil semasa mengandung. Ubat-ubatan, dadah dan rokok atau segala yang memberi kesan sampingan negatif kepada janin tidak diamalkan sehingga bersalin. Ibunya juga tidak mempunyai sebarang penyakit yang mungkin akan membahayakan kandungan.

Sejak awal kelahiran, sampel merupakan bayi yang sihat. Namun begitu, tidak sampai setahun, sampel telah mengalami demam panas. Doktor sahkan Danial menhidap Cerebral Palsy. Ketika umur sampel 3 tahun, bapa kepada Danial mengesyaki anaknya mempunyai masalah dalam pertuturan apabila sampel masih tidak boleh bercakap. Pada mulanya, bapa sampel menganggap ianya berpunca daripada Cerebral Palsy tetapi setelah melakukan pemeriksaan, sampel boleh bercakap tetapi orang lain tidak faham apa yang dipertuturkan.

Selepas pengesanan

Pada usia tiga tahun, sampel menunjukkan tanda-tanda mempunyai masalah lambat dalam pertuturan dan masalah pembelajaran kerana sampel tidak seperti kanak-kanak yang normal. Bapanya telah membawa sampel di hospital untuk didiagnostik. Setelah pemeriksaan dijalankan, Doktor ……………………..telah mengesahkan bahawa Danial mempunyai ketidakupayaan pelbagai iaitu Cerebral Palsy, masalah pembelajaran dan “Speech Delay”. Berdasarkan pemerhatian kami juga, adik Danial menunjukkan ciri-ciri individu yang menghadapi masalah tersebut.

Setelah didiagnosis, adik Danial telah mendapat pendidikan awal ketika berusia 8 tahun di Sekolah ……………………..bermula pada tahun 2011 sehingga sekarang. Di atas nasihat doktor, ibu bapanya telah membuat permohanan kepada Jabatan Pelajaran Pulau Pinang (JPPP) bagi mendapatkan peluang pendidikan yang sama dengan murid-murid khas yang lain. Pada 3 Januari 2011, sampel telah diterima bersekolah di Sekolah ……………………… Sejak itu, sampel memulakan dunia persekolahannya bersama rakan-rakan yang sealiran dengannya. Walaupun menghadapi masalah celebral palsy, sampel tidak mengalami masalah kesihatan yang lain. Oleh itu, doktor telah mencadangkan beliau ditempatkan Program Integrasi ( Pendidikan Khas).

Disamping itu, sampel juga pernah mengambil ujian pertuturan. Namun, keputusan ujian tersebut amat membimbangkan kerana dia mengalami perkembangan yang amat lambat dan kemahiran yang lemah dalam pertuturan. Sampel tidak pernah menjalani pembedahan dan tidak pernah diberi rawatan ubat. Secara keseluruhannya, perkembangan dan kesihatan fizikalnya adalah normal

LOKASI KAJIAN

Sekolah yang pengkaji pilih iaitu Sekolah Kebangsaan ……………………… Sekolah Kebangsaan …………………….. merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan ………………………

Sampai ke dalam perkarangan sekolah pengkaji dikehendaki bertemu guru besar sekolah dahulu sebelum berurusan dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu Puan Yong. Tujuan utama pengkaji dan kawan-kawan datang ke situ ialah untuk mengkaji dan membuat pemerhatian tentang mengenalpasti perbezaan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak normal.

Jenis-jenis ketidakupayaan yang terdapat di Sekolah Kebangsaan ……………………..iaitu Sindrom down, Autisma, Disleksia, ADHD, ADD, Slow Learner, ketidakupayaan fizikal dan pekak. Jumlah besar pelajar di sekolah itu iaitu seramai 41 orang pelajar. Pelajar-pelajar ini telah dihantar dan ditempatkan oleh pegawai atasan negeri. Daripada kajian ini juga pengkaji mendapati sekolah ini tidak mempunyai masalah penglihatan namun terdapat 1 orang pelajar yang mempunyai masalah pendengaran.

Terdapat 11 orang guru yang mengajar aliran pendidikan khas iaitu diketuai oleh Penolong kanan Pendidikan Khas Puan Yong. Di sekolah itu juga terdapat 3 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Rata-rata guru pendidikan khas adalah daripada lulusan ijazah dan STPM. Manakala, PPM juga daripada lulusan SPM dan STPM.

            Sekolah ini juga merupakan satu-satunya sekolah Melayu dalam kawasan ……………………… Daripada buku pendaftaran murid, sekolah ini dimulakan pada 1 Ogos 1881 dengan 42 orang murid, dengan nama Sekolah …………………….., Pulau Pinang. Mereka berusia antara enam hingga dua belas tahun. Mata pelajaran yang diajar di sekolah pada masa ini ialah Bahasa Melayu dan juga bacaan al-quran.

SAMPEL KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan …………………… yang berlokasi di Pulau Pinang. Sekolah ini merupakan sekolah kebangsaan aliran biasa dan disediakan pendidikan khas. Pelajar yang diambil bersekolah di sini terdiri daripada kanak-kanak bermasalah pembelajaran seperti lembam, ‘Down Syndrom’, autisme, ‘Attention Deficit Hyperactive Disorder’ dan Attention Defict Disorders.

Pengkaji telah mengambil adik Danial yang berumur 9 tahun. Sampel mengalami ketidakupayaan pelbagai yang telah menerima pendidikan khas di SK…………………………………. selama 3 tahun sejak tahun 2012.

Sampel dilahirkan pada 25 Mei 2004 di Hospital Bersalin Pulau Pinang. Sampel merupakan anak sulung daripada 2 orang adik beradik dan tinggal bersama ibu dan bapanya. Bapanya bekerja sendiri dan ibunya merupakan suri rumah. Ibu bapa sampel sentiasa memastikan sampel mendapat tunjuk ajar dan pendidikan yang sewajarnya meskipun ia tergolong dalam kategori berkeperluan khas.

Menurut bapanya, sejak sampel bayi lagi, seluruh keluarga telah dikejutkan dengan berita bahawa sampel menghidap Cerebral Palsy. Pada usia tiga tahun, sampel menunjukkan tanda-tanda mempunyai masalah lambat dalam pertuturan dan masalah pembelajaran kerana sampel tidak seperti kanak-kanak yang normal.

 

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian merupakan satu komponen yang amat penting dalam memastikan data yang dikumpul sah digunakan. Semasa penyelidikan dilakukan, pengkaji menggunakan beberapa kaedah kajian antaranya seperti berikut:

a) Pemerhatian.

Pengumpulan data adalah tidak lengkap tanpa pemerhatian. Data yang dikumpulkan daripada pemerhatian dapat membekalkan maklumat yang boleh menambah kebolehpercayaan kepada penyelidikan yang dijalankan (Suseela 2001).

Dengan menggunakan kaedah pemerhatian, pengkaji dapat merekodkan data berdasarkan rakaman video dan gambar. Rakaman video bertindak sebagai satu cara untuk mengesahkan dan menyokong data yang didapati daripada pemerhatian dan catatan kajian (Marohaini 2001).

Kami menggunakan video, senarai semak dan rekod anekdot sebagai alat untuk membantu memperlengkapkan pemerhatian dan memberi pemahaman yang lebih mendalam untuk kami bertindak apabila membuat pemerhatian yang seterusnya.

Pemerhatian dilakukan semasa murid berkeperluan khas dan murid normal melakukan aktiviti yang dirancang oleh kami. Pemerhatian dalam konteks kajian ini membolehkan pengkaji mengenal pasti perbezaan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak normal melalui aktiviti bermain yang melibatkan perkembangan fizikal, kognitif, bahasa dan sosioemosi.

b ) Soal selidik 

Kami telah menjalankan soal selidik kepada guru pendidikan khas dan ibu bapa secara formal tentang cabaran dalam mempraktikkan pendekatan bermain untuk membantu perkembangan dan pembelajaran dalam aspek penyesuaian diri dan pendidikan. Kami juga telah menemu ramah ibu bapa pelajar bagi mengetahui lebih lanjut tentang pelajar ketika di rumah.

 

c) Senarai semak

Senarai semak adalah alat pentaksiran yang mengandungi senarai item untuk mengenal pasti perkembangan dari segi kemahiran sosial. Senarai item yang disediakan adalah untuk melihat perbezaan antara pelajar khas dengan pelajar normal dari aspek pekembangan fizikal, bahasa, sosioemosi dan kognitif.

Senarai semak ini disediakan lebih awal sebelum pemerhatian kajian penyelidikan dijalankan ke atas responden. Tingkah laku yang ingin diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas dalam bentuk ponitform bagi memudahkan kajian dijalankan oleh pihak ibubapa responden mahupun pengkaji.

Kebanyakan item yang disenaraikan di dalam senarai semak adalah berkaitan kemahiran yang penting untuk kajian penyelidikan. Item yang dipilih juga disusun mengikut peringkat-peringkat perkembangan responden.

Senarai item boleh ditandakan semasa ataupun selepas pemerhatian dijalankan oleh pengkaji. Ia dilakukan sebanyak 3 kali. Hal ini kerana senarai semak adalah suatu platform yang mudah dan praktikal kepada pengkaji untuk mendapatkan maklumat kajian daripada pemerhatian.

Responden A merupakan seorang responden yang amat sukar untuk ditafsir sikap dan tingkah lakunya sehingga kadangkala bahasa komunikasi responden tidak dapat difahami dengan betul dan jelas.

Manakala responden B, mempunyai sikap yang agak manja dan mampu mengulang semula perkataan yang disebut dengan berulang kali sehingga pengkaji dapat mendengar dan faham akan kehendak responden.

Perbezaan antara responden A dan responden B menunjukkan carta yang berbeza untuk dikaji oleh pengkaji bagi membuktikan faktor kesukaran responden untuk berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali oleh responden. Kedua-dua responden tidak saling berkomunikasi didalam kelas malah mereka kerap berselisihan faham. Melalui soal selidik yang telah dijalankan keatas keempat-empat responden tersebut, kajian mendapati terdapat beberapa item yang telah dikemukan dalam kesediaan individu itu sendiri dapat mempengaruhi tahap pencapaian pelajar pendidikan khas.

PERMAINAN

1) Senaman si Tommy – tommy

Komponen :

  1. Perkembangan fizikal
  2. Perkembangan bahasa

Objektif :

  1. Melihatkan kebolehan kanak-kanak untuk menyebut perkataan seperti kanan, kiri, depan , belakang secara berulang-ulang
  2. Boleh melakukan pergerakan mengoyangkan kaki dan tangan dengan memegang “pom-pom” mengikut pergerakan guru.

Langkah-langkah :

  1. Guru membawa murid ke kawasan yang lapang
  2. Guru tanyakan khabar dan berbual dengan murid berkenaan aktiviti yang akan dilakukan
  3. Guru memperkenalkan lagu “si tommy-tommy” kepada murid
  4. Guru menyanyikan dan menunjukkan pergerakan bersama murid
  5. Guru memberikan “pom-pom” kepada kedua-dua murid
  6. Guru memainkan lagu si tommy-tommy dan membuat pergerakan bersama-sama dengan murid
  7. Guru memberikan pujian kepada murid selepas tamat aktiviti.

2 Letusan Gunung Berapi

Komponen :

  1. Perkembangan bahasa
  2. Perkembangan sosioemosi

Objektif :

  1. Murid dapat melihat tindak balas apabila bahan-bahan tersebut dimasukkan
  2. Murid dapat menceritakan berkenaan pemerhatian mereka

Langkah-langkah

  1. Guru membawa murid ke tempat aktiviti akan dijalankan dan bertanyakan khabar
  2. Guru menunjukkan model gunung berapi yang dibawa kepada pelajar
  3. Guru menerangkan aktiviti yang kan dilakukan menggunakan model tersebut
  4. Guru menunjukkan demonstrasi gunung berapi kepada murid
  5. Guru membimbing kanak-kanak untuk menghasilkan gunung berapi tersebut
  6. Guru meminta kanak-kanak memasukkan pewarna terlebih dahulu ke dalam model tersebut diikuti dengan cuka dan seterusnya sodium bikarbonat.
  7. Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan letusan yang terhasil.

HASIL KAJIAN

ASPEK SOSIAL

Teori Aktiviti/Permainan Jangkaan Data Kod/Kekerapan

/Pencapaian

Inferens Catatan
1. Perkembangan sosial Erik Erikson.

Tahap 4:

 

Industri lawan rendah diri

 

(6-11 Tahun)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2. Teori Bandura

 

Perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh melalui peniruan.

  • Letusan gunung berapi

 

Untuk melihat ketekunan pelajar dalam menjalankan eksperimen berasaskan sains.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Aktiviti Senaman Si Tommy-Tommy

 

 

 

 

Boleh melaksanakan aktiviti letusan gunung berapi bersama guru-guru dan rakan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terkejut dan seronok dengan peralihan keluar letusan gunung berapi.

 

Dapat menjalankan aktiviti dengan rasa seronok tanpa perasaan malu

Pelajar diberi peluang untuk menjalankan proses terjadinya letusan gunung berapi pada kajian kali pertama setelah ditunjukkan demonstrasi oleh guru.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Demonstrasi ditunjukkan sebanyak 2 kali. Pertama melalui tayangan video dan kali kedua demo mengenai langkah oleh guru.

Kekerapan Danial melaksanakan aktitviti sebanyak 2 kali

Menurut teori Erik Erikson pada tahap 4 ini:

Mereka akan mengembangkan perasaan industri atau rajin dan mengelakkan daripada rasa rendah diri.

 

Sekiranya kanak-kanak diberi sesuatu tugasan atau aktiviti, mereka akan melakukannya dengan penuh minat dan tekun.

 

Justeru berdasarkan pemerhatian yang dijalankan perkaitan di antara teori dan hasil yang didapati menunjukkan pelajar tersebut sangat berminat dengan aktiviti yang dirancangkan.

 

 

 

 

 

 

Danial dapat

melaksanakan aktiviti dengan baik dengan memberi respon melalui mimik muka

Faktor yang mempengaruhi keadaan tersebut:

 

Menurut teori kanak-kanak pada tahap ini mesti memahami pembelajaran atau kemahiran baru tertentu.

 

Jika keadaan ini tidak berlaku maka ini akan mewujudkan rasa rendah diri dan ketidakupayaan dalam diri kanak-kanak tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Melalui pemerhatian kami Danial meniru setiap aksi pergerakan yang ditunjukkan.

 

3. Jurnal :

Menurut Carlos Valiente et al

 

Aktiviti senaman dan letusan gunung berapi.

 

Melihat emosi dan tingkah laku pelajar sewaktu melakukan aktiviti.

 

Menunjukkan kekerapan emosi dan tingkah laku yang teruja untuk melakukan aktiviti.

 

Menurut fakta yang dikemukakan kanak-kanak dapat mengukur emosi sendiri dan mendapat garis panduan tingkah laku yang baik dengan cara yang tersendiri bagi mencapai sosioemosi yang baik.

 

 

Danial dapat mempamerkan emosi positif iaitu seronok dan teruja sewaktu melakukan aktiviti pergerakan. Danial menurut segala arahan yang diarahkan oleh kami.

Analisis Data:

Sosial merujuk kepada keupayaan seseorang untuk menjalinkan hubungan antara orang lain. Perkembangan sosial pula merujuk kepada hubungan antara kanak-kanak dalam proses belajar berhubung dengan orang di sekeliling mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Menurut Lewis 1995:Lewis & Books-Guns 1979 “Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri.

Emosi berasal daripada perkataan Greek”Emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”. Dimana ia juga ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi. Ahli psikologi secara umumnya mengelaskan emosi positif contohnya gembira, teruja, girang. Manakala emosi negatif adalah seperti marah, sedih, kecewa dan lain-lain.

Manakala sosioemosi mengandungi makna satu proses interaksi dan mengadaptasi diri dalam kalangan masyarakat. Menurut “Danial Goleman” sosioemosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal serta memberi tindak balas untuk bertindak. Contohnya interaksi yang ditunjukkan oleh Danial dan Nur sepanjang pelaksanaan aktiviti. Interaksi ini yang menunjukkan bagaimana ia memberi perubahan kepada keadaan fizikal dan emosi kedua-dua pelajar ini.

Teori Erik Erikson menekankan mengenai hubungan sosial dengan individu-individu di sekitarnya. Menurut teori Erik Erikson yang dirujuk dalam bukunya yang berjudul “Perkembangan Kanak-Kanak”, tahap psikososial kanak-kanak sewaktu umur ini menunjukkan kanak-kanak perlu menguasai kemahiran tertentu di alam persekolahan dimana kegagalan daripada tahap ini akan menimbulkan rasa rendah diri dalam diri pelajar. Berdasarkan teori pada tahap ini kanak-kanak ingin menguasai sesuatu dan ingin berjaya dalam kemahiran tersebut. Kanak-kanak akan berasa rendah diri jika dikritik. Melalui kajian yang telah dijalankan Danial menunjukkan hasil yang bertepatan dengan teori Erik Erikson di mana Danial dan Nur menunjukkan kesungguhan dalam setiap aktiviti salah satunya aktiviti gunung berapi. Kami telah melaksanakan “Teknik Scalfolding” dari segi demonstrasi sebelum memulakan aktiviti. Contohnya kami menayangkan video bagaimana terjadinya gunung berapi. Seterusnya kami menjalankan eksperimen gunung berapi secara terus mengenai proses-proses dan bahan yang digunakan. Melalui teknik ini kami mendapati Danial menunjukkan kesungguhan dan fokus serta ingin mencuba untuk menjalankan proses-proses tercetusnya gunung berapi. Danial dapat mengikut arahan yang kami berikan contohnya sewaktu ingin memasukkan bahan-bahan mengikut langkah. Sewaktu melihat kesan ke atas gunung berapi tersebut Danial menunjukkan emosi positif iaitu teruja apabila warna merah mengalir dari puncak gunung berapi. Danial boleh bekerjasama dengan kami dan rakan aliran perdananya iaitu Nur sepanjang berlakunya aktiviti.

Manakala melalui Teori Bandura ia menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak diperoleh melalui peniruan. Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak akan meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya pada orang lain dan melakukan gerak balas. Kanak-kanak ini akan meluahkan emosinya bergantung kepada tahap pembelajarannya. Pendekatan dan strategi pengajaran bermain merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berdasarkan prinsip belajar melalui bermain. Tambahan pula melalui kajian jurnal Albert Bandura dalam teori pembelajaran sosialnya menyatakan bahawa pembelajaran tingkah laku seseorang itu adalah melalui pemerhatian dan peniruan. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak. Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanak-kanak ke tahap optimum. Sebelum memulakan aktiviti senaman kami telah menayangkan video mengenai langkah-langkah pergerakan asas. Kami juga menggunakan teknik scalfolding iaitu dengan menyoal bahagian-bahagian kaki dan tangan. Kami turut menggunakan alat bantu mengajar iaitu “pom pom” untuk menarik minat Danial dan Nur. Apabila diberi “pom pom” Danial sangat seronok dan menghayunkan “pom pom” sewaktu pergerakan dilakukan. Sebagai contoh melalui pemerhatian dalam aktiviti senaman Si Tommy-Tommy Danial menunjukkan kesungguhan sewaktu menjalankan aktiviti. Danial dengan penuh semangat membuat pergerakan asas yang melibatkan motor kasar walaupun dia sebenarnya mempunyai masalah “Celebral Palsy”. Dia benar-benar mahu melakukan aktiviti tersebut walaupun pergerakannya agak lambat. Pada mulanya Danial cuba untuk memahami langkah-langkah pergerakan anggota badan yang dilakukan oleh guru-guru. Setelah itu, Danial meniru pergerakan yang sama seperti dalam video yang ditayangkan. Aktiviti senaman Si Tommy ini dilakukan untuk menterjemahkan emosi kanak-kanak sewaktu melaksanakan aktiviti. Ternyata Danial menunjukkan emosi positif sewaktu melaksanakan peniruan.

Melalui kajian tambahan dari jurnal yang dirujuk terdapat tokoh iaitu Carlos Valiente et al yang mengatakan bahawa kajian perkembangan emosi ini sangat penting kerana emosi merupakan komponen penting dalam kemahiran sosial mereka. Hal ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan kerana melalui kajian ini kami dapat melihat perkembangan emosi yang disertakan dengan tingkah laku yang positif. Contohnya Danial dan Nur yang dapat melaksanakan aktiviti dengan penghasilan emosi yang baik setelah mendapat bimbingan dari kami sewaktu melakukan aktiviti.

 ASPEK KOGNITIF:

TEORI AKTIVITI/PERMAINAN DATA FREQUENCY INFERENCE CATATAN
Teori Jean Piaget

 

1. Peringkat 4 (peringkat operasi formal)

 

2Peringkat kanak-kanak (11 tahun ke atas)

Gunung berapi

 

1. Membina pemahaman tentang cara proses menghasilkan gunung berapi

 

2. Dapat berfikir secara rasional iaitu dapat menyusun langkah dan mengategorikan objek dengan baik

1. Dapat mengecam warna

 

2. Dapat mengecam bau

 

3. dapat mengenal pasti jenis bahan yang digunakan

 

4. Dapat melakukan aktiviti mengikut turutan proses yang betul tetapi memerlukan bimbingan

 

Mengulangi langkah-langkah menghasilkan letusan gunung berapi sangat kerap. Berdasarkan teori Jean Piaget terdapat struktur logik iaitu cara kanak-kanak menguruskan atau menyelesaikan masalah

 

Menurut pemerhatian yang dibuat Danial mampu mengenalpasti bahan, mengimbas apa yang telah diajar dan melakukan aktiviti gunung berapi mengikut turutan yang betul. Perbezaan antara adik Danial dengan adik Junidah iaitu pelajar normal tidak begitu ketara.

 

1. Cuba untuk mengulangi atau meniru perbuatan kami untuk menghasikan letusan gunung berapi

 

Teori Lev Vygotsky

 

1. Perancah (Scalffolding)

Gunung berapi

 

1. Membina fokus kepada objektif dan langkah penyelesaian

2. Memberi minat kepada permainan yang diberikan

1 Dapat menghasilkan letusan gunung berapi setelah diberi bimbingan Melakukan aktiviti berulang kali sehingga memberi kepuasan kepada diri Berdasarkan teori Vygotsy melalui konsep perancah (scalffolding) iaitu kanak-kanak memerlukan bimbingan dan sokongan dalam melakukan aktiviti.

 

 

Menurut pemerhatian yang dibuat Danial dapat melakukan aktiviti ini dengan baik

setelah diberi tunjuk ajar terlebih dahulu daripada kami. Kesimpulannya, Danial memerlukan bimbingan dalam setiap aktiviti. Berbeza dengan pelajar normal adik Nur yng dapat melakukan aktiviti tanpa bimbingan dan di bawah perhatian kami.

1. Memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menghasilkan letusan gunung berapi

Analisis Data:

Kebolehan kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, dan mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Kanak-kanak yang baru lahir bukan sahaja berkembang dari segi fizikal sahaja malah berkembang dari segi kognitif mereka. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada asasnya adalah perkembangan dari segi keupayaan berfikir, belajar dan menyelesaikan masalah. Realitinya kanak-kanak mula belajar sejak dilahirkan ke dunia hingga melalui pelbagai tahap kehidupan dimana perkembangan ini semakin kompleks seiring dengan kematangan yang dicapai oleh mereka. Kemajuan kognitif boleh berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi atau bermain dengan sesuatu perkara yang tersedia disekeliling mereka. Kanak-kanak bermain dengan bahan yang tersedia dan merupakan pengalaman hidup yang nyata.

Berdasarkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget terdapat struktur-struktur logik atau skema dalam perkembangan kita semenjak alam kanak-kanak. Struktur logik ini menerangkan bagaimana kanak-kanak mengurus objek dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Kelakuan dan cara berfikir mereka menentukan struktur logik ini bagi menentukan bagaimana mereka menyelesaikan sesuatu masalah. Struktur logik boleh diukur dalam aktiviti gunung berapi seperti membuat sebutan, mengimbas dan mengaplikasikan.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat Danial boleh mengenal pasti jenis-jenis bahan yang digunakan dan mampu membezakan objek sama ada lembut atau keras serta membuatkan pengelasan objek hidup dengan bukan hidup seperti daun yang terdapat pada permukaan gunung berapi. Semasa aktiviti gunung berapi juga Danial dapat memasukkan bahan ke dalam gunung berapi mengikut turutan proses. Disini terdapat unsur imbasan kognitif adik Danial selepas melihat tunjuk ajar daripada kami. Manakala adik Nur menghasilkan letusan gunung berapi tanpa menerima bantuan daripada kami.

Mengikut Piaget kanak-kanak adalah aktif dan mereka akan memperkembangkan kognitif mereka dengan pengalaman baru. Perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berterusan, bergerak dari satu tahap ke tahap seterusnya. Pada setiap tahap kanak-kanak mendapat pengalaman dari sesuatu yang baru, pengalaman ini akan disimpan sebagai maklumat yang akan digunakan sebagai asas kepada kemajuan tahap seterusnya. Perkembangan kognitif adalah berbeza antara seorang kanak-kanak dengan yang lain. Piaget menekankan dua elemen penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi terjadi apabila kanak-kanak menyepadukan maklumat baru ke dalam pemikiran dan kelakuan yang sedia ada. Kemudian, ia akan cuba menyimpan maklumat yang baru diterima itu untuk dia gunakan kemudiannya.

Melalui pemerhatian, adik Danial mampu memberikan memberi tumpuan semasa kami memberi demostrasi dan hasilnya Danial dapat mengaplikasikan apa yang baru dipelajarinya. Keadaan ini sama dengan pelajar normal adik Nur. Akomodasi berlaku apabila bayi mengakomodasikan struktur logik sedia ada untuk menerima maklumat yang baru dipelajari. Perkembangan kognitif merujuk kepada cara kanak-kanak berfikir, membuat keputusan dan memahami dunia di sekeliling mereka. Berdasarkan soalan yang telah kami ajukan seperti ‘apa yang awak Nampak?, apa yang awak bau?, apa warna ini? dan lain-lain, adik Danial dapat menjawab sebahagiannya. Piaget menekankan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui pengalaman dan memori dimana kedua-duanya adalah asas penting bagi perkembangan seterusnya. Proses kognitif adalah penting bagi kehidupan kanak-kanak kerana kanak-kanak belajar menyesuaikan diri melalui proses tersebut. Proses asimilasi dan akomodasi berlaku apabila kanak-kanak menerima maklumat baru dan cuba memadankannya kepada maklumat yang telah sedia ada.

Lev Semenovich Vygotsky (1988) menekankan aspek kognitif seperti pemerhatian, memori dan kesedaran adalah lahir dari interaksi sosial manusia. Teori beliau merujuk kepada Budaya, Vygotsky melihat bahasa sebagai alat budaya dalam pengurusan cara individu berfikir. Genetik, interaksi dengan yang lain akan meningkatkan keupayaan individu untuk berfikir dari aras bawah ke aras tertinggi. Ini dapat dilihat dalam perkembangan kanak-kanak di mana melibatkan tahap stabil, krisis dan tahap transformasi. Perkembangan individu boleh tersembunyi atau berkurangan pada ketiga-tiga tahap ini. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, adik Danial dapat beinteraksi dengan rakan-rakannya yang lain di dalam aktiviti menari dan interaksi sosial ini mendorong adik Danial untuk becakap dan melakukan aktivi menari seperti pelajar normal iaitu adik Nur.

ASPEK FIZIKAL:

TEORI AKTIVITI/PERMAINAN DATA FREQUENCY INFERENCE CATATAN
Teori perkembangan kanak Erikson (1950) dan Piaget (1980) menekankan keupayaan yang berbeza boleh dilakukan kanak-kanak pada tahap yang berlainan Gunung berapi

  1. Menghasilkan larva gunung berapi mengikut langkah yang diajarkan
Pemerhatian yang dibuat Danial menunjukkan:

1)      mengambil masa yang lama untuk menghasilkan larva tersebut

2)      Teragak-agak untuk memasukkan setiap bahan ke dalam model

Danial berminat lagi untuk membuat larva gunung berapi walaupun selepas pemerhatian Berdasarkan teori Jean Piaget dan Erikson menunjukkan setiap kebolehan individu adalah berbeza disebabkan ketidakupayaan yang dihadapi

 

Berminat untuk membuat aktiviti walaupun teragak-agak

 

Teori Lev Vygotsky

Perancah (Scalffolding)

Gunung berapi dan senaman si tommy-tommy

  1. Membina fokus kepada langkah yang ditunjukkan oleh guru

 

Pemerhatian menunjukkan Danial :

1)      Boleh menghasilkan larva dengan bantuan guru

2)      Meniru pergerakan guru semasa melakukan senaman

Danial boleh melakukan pergerakan yang berbeza mengikut lagu sama walaupun tersalah arahan

 

Berdasarkan teori Vygotsy melalui konsep perancah (scalffolding) iaitu kanak-kanak memerlukan bimbingan dan sokongan dalam melakukan aktiviti.

 

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat Danial boleh melakukan setiap aktiviti sekiranya diberikan bimbingan

 

Memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dalam setiap aktiviti yang dijalankan
Menurut Doherty dan Brennan (2008), pendidikan fizikal adalah proses pendidikan yang berlaku melalui pengalaman dalam pelbagai situasi Gunung berapi

1)      Melihatkan kemahiran motor halus menggunakan koordinasi mata dan tangan

Pemerhatian menunjukkan:

1)       Danial tidak dapat memasukkan bahan ke dalam model

2)      Danial tidak memegang “pom-pom” dengan cara yang betul

Seanjang aktiviti dijalankan Kurikulum High Scope yang diasaskan oleh David. Weikart mengatakan kanak-kanak perlu belajar melaui aktiviti yang dirancang
Menurut Purkey dan Smith (1983), persekitaran kelas memainkan peranan penting Aktiviti:

  1. Gajah menari
  2. Senaman Si tommy-tommy
Pemerhatian menunjukkan :

  1. Kedua-dua murid tidak dapat membuat aktiviti “Gajah Menari”
Pergerakan kedua-dua pelajar terbatas Menurut Eleweke (2002), ruang yang terhad akan mengganggu keselesaan pelajar yang menganggu proses pengajaran dan pembelajaran Murid memerlukan ruang yang luas untuk membolehkan mereka membuat aktiviti dengan sempurna dan dapat melihat perkembangan fizikal mereka

Soal Selidik:

Ibu bapa/penjaga

Maklumat mengenai Danial yang telah kami perolehi hasil daripada penjelasan yang dikemukakan oleh penjaganya. Nama ayah kepada Danial adalah …………………………… Ayahnya merupakan seorang operator pengeluaran. Manakala nama ibunya adalah Nor ……………………………. Ibunya tidak bekerja. Beralamat di Blok…………………………………. , Pulau Pinang.

Danial pada mulanya normal dan sihat seperti kanak-kanak biasa pada waktu bayi. Namun selepas setahun dia mengalami demam panas yang berlarutan. Sejak di awal usia 3 Tahun dia mula menunjukkan tanda-tanda tidak boleh bercakap. Pada mulanya saya fikir dia hanya mempunyai masalah celebral palsi tetapi rupa=rupanya dia juga mempunyai masalah” speech delay”.

Perasaan saya ketika mulanya mendapat tahu hal yang sedemikian adalah terkejut. Ibu mana yang tidak terkejut apabila disahkan oleh doktor bahawa anak saya masalah kurang upaya. Justeru pada mulanya saya berasa sedih namun saya sudah mulai untuk dapat menerima hakikat takdir.

Penerimaan Danial dalam kalangan ahli keluarga tidak mempunyai masalah sama sekali. Hal ini kerana kami menerima Danial seadanya kata penjaga Danial. Tetapi kadangkala masyarakat agak memandang serong terhadap Danial. Ramai masyarakat yang beranngapan pelajar pendidikan khas lembab dan tidak normal seperti macam kanak-kanak lain.

Penjaga Danial tidak menghantar Danial ke pusat rawatan dan jagaan lain. Apabila ditanya mengenai sikap yang ditunjukkan oleh Danial sewaktu dirumah penjaganya mereka mengemukakan bahawa Danial mahu bercakap tetapi dia sedikit pelat. Dia hanya mampu untuk bercakap dan membunyikan suku kata yang hujung.

Pendapat saya mengenai guru-guru pendidikan khas adalah sangat bagus. Hal ini kerana guru-guru sering menceritakan setiap perkembangan Danial sepanjan berada di sekolah. Program yang diajar dan dianjurkan oleh Sekolah…………………………………. ini sangat menarik dan bermakna. Dimana pihak sekolah sering melibatkan pelajar-pelajar ini dalam setiap aktiviti.

Dalam menjaga Danial saya banyak memperuntukkan masa terhadapnya. Di awalnya saya adalah seorang yang bekerja namun disebabkan hal yang demikian telah berlaku saya telah meletakkan jawatan. Sebelum ini saya bekerja sebagai juruteknik di salah sebuah kilang katanya. Oleh hal yang demikian saya dapat merasakan yang ekonomi kami sedikit terjejas kerana hanya bergantung pada suami. Tambahan pula Danial juga mempunyai seorang adik. Diakui memamg tertekan kerana kadang penat dan tidak mempunyai privasi diri. Begitulahhasil yang kami dapat berdasar soalan kaji selidik ini.

Guru

            Berdasarkan kaedah kajian kami yang kedua, kami telah menyediakan soalan soal selidik untuk dijawab oleh beberapa orang responden dari Sekolah Kebangsaan…………………………………yang terdiri daripada salah seorang guru pendidikan khas dan penjaga kepada Danial. Tujuan soal selidik ini diberikan adalah untuk mengetahui sejarah perkembangan dan cabaran oleh penjaga serta guru dalam kehidupan seharian pelajar yang dikaji. Intrumen soal selidik ini merupakan kaedah yang mudah kerana membolehkan seseorang responden itu mengemukakan pendapat dan pandangan sendiri.

            Menurut soal selidik yang telah diberikan kami telah mengumpul maklumat dan merekodkan data-data mengenai responden. Maklumat responden pertama ialah Hamidiah. Merupakan salah seorang guru yang mengajar Pendidikan Khas. Cikgu Hamidiah merupakan guru lepasan Institut Pendidikan Guru. Berusia 47 tahun dan berbangsa Melayu. Cikgu Hamidiah telah berkhidmat dalam arus pendidikan khas adalah selama 20 tahun. Dalam tempoh perkhidmatannya selama 20 Tahun ini banyak cabaran dan pengalaman yang ditimba.

             Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara optimum. Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai (Yasmin, 2000;Khatijah & Yasmin 2006). Apabila ditanya mengenai aktiviti pengajaran yang dilakukan sepanjang proses pengajaran bersama murid-murid khas beliau dengan tegasnya menyatakan bahawa cara pengajaran beliau adalah dengan memberi tumpuan secara individu. Hal ini kerana menurut beliau seseorang pelajar khas itu lebih mudah untuk menerima sesuatu pengajaran apabila guru secara terus mengajar dan memberi penjelasan di hadapannya. Contohnya beliau akan pergi kepada seorang pelajar sehingga ke pelajar yang lain bagi memastikan mereka tidak berasa ketinggalan dalam suatu subjek pengajaran. Selain itu, beliau juga turut mengaplikasikan kaedah belajar sambil bermain bagi memudahkan proses pengajaran dan menarik minat pelajar.

            Setiap pengajaran pasti akan menghadapi kekangan-kekangan tertentu. Antara masalah yang dihadapi oleh beliau semasa mengajar murid pendidikan khas adalah tahap pemahaman sesetengah pelajar adalah ditahap yang rendah. Apabila diajar mereka sukar untuk memahami. Selain itu, mereka juga mempunyai masalah untuk memberikan tumpuan pada pengajaran dan pembelajaran. Bahkan terdapat segelintir pelajar yang langsung tidak boleh berkomunikasi apabila diajak untuk berbual. Tambahan pula terdapat sesetengah pelajar yang sering bermain dalam kelas tatkala guru sedang mengajar di hadapan. Namun perkara ini memang lumrah malah merupakan cabaran yang perlu ditempuhi oleh seorang guru yang bergelar “guru pendidikan khas”. Menurut kajian guru perlu berusaha mencuba teknik pengajaran yang baru agar dapat mencapai objektif pengajaran-pembelajaran. Teknik pengajaran yang membolehkan pelajar mengikuti sesuatu pelajaran dengan mudah serta menyeronokkan merupakan teknik yang sangat diharapkan oleh pelajar. Kepelbagaian teknik pengajaran ini boleh memberikan kesan yang positif dalam diri pelajar. Abdul Karim Desa (1994), juga berpendapat bahawa kepelbagaian kaedah pengajaran guru boleh member kesan positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

            Antara pengalaman saya ialah pernah digigit dan dipukul kerana tidak memberikan perhatian terhadap salah seorang pelajar sewaktu dalam kelas. Ragam murid sewaktu aktiviti pengajaran sedang dijalankan adalah tidak dapat diramal. Emosi pelajar –pelajar ini sukar diduga. Kadang-kala pelajar ini menunjukkan emosi yang stabil sehingga pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Tetapi pada suatu keadaan mereka boleh bertindak sesuatu yang diluar jangkaan. Mereka kadang kala menunjukkan sikap suka memberontak semata-mata inginkan perhatian.

            Antara situasi paling hebat yang pernah beliau hadapi ialah pada beberapa tahun dahulu. Dimana terdapat murid yang mengamuk di dalam kelas sehingga menganggu pelajar lain. Hal ini menyebabkan proses pembelajaran terganggu. Pada mulanya beliau memenangkan pelajar yang bertindak agresif tersebut kerana khuatir dia akan melakukan sesuatu tindakan diluar jangkaan. Beliau akan mengasingkan pelajar tersebut selama beberapa minit supaya pelajar tersebut dapat menenangkan diri.

            Dari segi interaksi diantara pelajar di dalam kelas mereka tidak mempunyai masalah yang serius. Mereka boleh bergaul sesama sendiri. Malahan ada segelintir pelajar yang apabila ditanya mereka sendiri menjawab bahawa mereka mempunyai kawan baik di dalam kelas. Justeru hal ini membuktikan mereka mampu bergaul seperti pelajar lain. Menurut Cikgu Hamidiah, Danial merupakan seorang pelajar yang boleh diharap. Danial tidak mempunyai banyak kerenah dan dia sering menunjukkan minat untuk belajar. Namun perkembangan bahasanya adalah lemah tetapi dia sentiasa menunjukkan sikap berusaha untuk berkata-kata walaupun percakapannya lambat.

PANDANGAN GURU DAN IBU BAPA

Ibu bapa:

Setiap anak istimewa yang dilahirkan adalah anugerah Tuhan yang paling berharga dan merupakan ahli syurga yang dikurniakan Tuhan kepada sesebuah keluarga. Apa yang perlu dititikberatkan ibu dan bapa ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Namun begitu, sudah tentu timbul pelbagai isu dan cabaran berkaitan penjagaan anak-anak ini serta implikasi yang timbul selepas kelahiran anak istimewa ini.

            Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak istimewa (cerebral palsy, hemiplagia, speech delay), ibu kepada Danial berkongsi pengalaman mendalami perasaan ibu bapa yang dikurniakan anak-anak seperti ini. Mengikut ibu ini, biarpun melalui fasa-fasa yang berbeza, sebagai ibu pasti pada mulanya berasa terkejut apabila diberitahu bahawa anak mereka mengalami masalah kurang upaya. Ada yang tidak dapat menerima keadaan anak mereka di samping perasaan bersalah dan marah. Namun akhirnya redha dengan kurniaan itu.

            Tambahnya lagi, persepsi masyarakat terhadap keluarga yang mempunyai anak istimewa juga berbeza. Mereka dilihat sebagai abiliti (beban) dan bukan sebagai aset. Terdapat sebilangan kecil masyarakat yang masih lagi berpandangan golongan ini tidak perlu dibantu atau berbuat apa-apa kerana mereka cacat.

            Selain itu, masa yang lebih banyak perlu diperuntukkan oleh ibu bapa dan keluarga untuk melakukan penjagaan terhadap anak-anak istimewa berbanding aktiviti rumah tangga dan sosial yang lain. Pada masa yang sama, ada ibu bapa yang terpaksa berhenti kerja untuk menguruskan mereka. Impak kepada pekerjaan keluarga apabila mereka terpaksa membahagi masa antara tugas penjagaan dan pekerjaan mereka, sama ada terpaksa berhenti kerja atau menghalang mereka untuk menerima tawaran bekerja yang baik.

            Apabila perkara ini terjadi, keadaan kewangan atau ekonomi keluarga turut terjejas memandangkan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk rawatan, penjagaan dan pendidikan anak-anak khas ini.

            Kesan daripada masalah ini, tekanan psikologi yang dialami oleh penjaga yang seringkali dikaitkan dengan kepenatan yang tidak terhingga, kehilangan atau ketiadaan privasi diri, sentiasa berada dalam kebimbangan dan keresahan mahupun perasaan malu, sedih kecewa, sakit hati dan gelisah.

 

Guru :

Berdasarkan soal selidik yang kami telah lakukan, bagi guru tersebut, menjadi guru pendidikan khas adalah sesuatu yang amat berbeza dan mencabar kepada sesiapa yang menyandang jawatan tersebut. Bagi beliau, tugas tersebut mempunyai 1001 macam cerita dan terlalu berat untuk dipikul jika guru masih belum menguasai tahap kesabaran yang tinggi.

Di Malaysia, kerajaan menyediakan banyak sekolah khas untuk memberi pendidikan bagi mereka yang dalam kategori anak istimewa. Ramai di antara mereka ini mencatat kejayaan cemerlang dalam bidang akademik sama seperti pelajar yang normal. Ada di antara mereka yang Berjaya dalam kerjaya profesional masing-masing seperti dalam bidang undang-undang, ekonomi dan juga akademik.

Menurut Jamila K. A Mohamed, 2006, pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Ia dirancang secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperuan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.

Menjadi guru pendidikan khas adalah sesuatu yang berbeza dan mencabar berbanding menjadi guru biasa. Menurut cikgu Hamidah dari Sekolah Rendah…………………………………., kehidupan sebagai guru pendidikan khas sangat mencabar kerana pelbagai karenah murid yang berbeza terpaksa mereka hadapi.

Cabaran yang paling besar yang perlu dihadapi ialah murid-murid sendiri melakukan pelbagai aksi ataupun sikap untuk menunjukkan sikap memberontak, marah, sedih dan sebagainya. Terdapat juga murid yang membuat perangai disebabkan inginkan perhatian. Ia telah dialami oleh cikgu Hamidah sendiri yang telah digigit dan dipukul kerana tidak memberikan perhatian kepada seorang pelajar. Disebabkan kerenah yang pelbagai, guru perlu menggunakan segala kepakaran mereka samaada memujuk, menyelesaikan masalah dan sebagainya.

Seterusnya ialah cabaran daripada ibubapa apabila meletakkan harapan yang tinggi terhadap guru untuk mengubah anak mereka. Apabila wujudnya kesedaran ibu bapa terhadap masalah pembelajaran anak-anak mereka, mereka akan menghantar anak mereka ke sekolah. Mereka akan mula mengharapkan perubahan terhadap anak mereka sedangkan guru hanya mendidika semasa murid di sekolah sahaja. Tetapi dengan rasa tanggungjawab dan ikhlas dalam menjalankan tugas, guru pendidikan khas merasakan mereka mampu membawa perubahan kepada anak-anak istimewa ini.

Dalam pada itu, cikgu Hamidah juga turut mengakui bahawa mendidik pelajar kelas pendidikan khas bukan sahaja memerlukan kesabaran tetapi perlu pendekatan kreatif dan kritis dalam pembelajaran. Katanya, ini kerana setiap pelajar pendidikan khas di dalam sebuah kelas memerlukan kaedah pengajaran tersendiri.

Ini merupakan kajian saya untuk melihat perbezaan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak normal. Anda inginkan kajian ini sebagai rujukan ? Oleh itu, saya berhasrat untuk memberikan “kajian penuh” (kecuali gambar sampel dan gambar-gambar tertentu akan dibuang dari kajian yang akan diberikan atas tujuan keselamatan) kepada anda sebagai rujukan dengan berbayarSaya tidak pertontonkan semua bahagian kajian. Kajian di atas hanya untuk tontonan.  Jika hendak kajian penuh ini, hanya berharga rm60. Kajian penuh akan diberikan  termasuk lampiran.. Sekian terima kasih. Sila contact saya di 017-7271556.

Tesis lain, Kajian Penuh Lain, Contoh Kajian Kes lain

Kajian kes ke atas masalah cara memegang pensel dalam kalangan kanak-kanak 4 tahun

Penggunaan Boneka Dalam Membantu Perkembangan Bahasa  Awal Kanak-Kanak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/perbezaan-perkembangan-dan-pembelajaran-kanak-kanak-berkeperluan-khas-dan-kanak-kanak-normal.html/trackback

PAGE TOP