Perhimpunan Kasih GAZA Bandar Perda

Last updated : August 12, 2014

Aku dapat tahu daripada laman web McDonald’s boycott goes one step further with prank video yang McD tempat tinggal aku, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau pinang tutup. Aku nak g rumah Tok Kiah lalu depan ni pun, aku nampak McD ni jadi macam kat bawah.

McD-Pulau-Pinang-tutup

boikot-mcd-perda-bukit-mertajam-pineng

perhimpunan-dihadapan-McD-Perda

perhimpunan-boikot-barangan-israel

Aku tak tahu sama ada pihak McD sendiri yang pasang stipe tape tu atau tak sebab kat hadapan McD ni ada buat Flashmob dengan sepanduk bagai. Kalau diorang sendiri yang pasang, mesti diorang takut orang yang menyokong ni akan rosakkan barang ke apa. Tapi tadi, bila aku nak balik rumah Tok Kiah, aku tengok, xde pape yang berlaku.

Disebabkan aku pergi rumah Tok Kiah, jadi tak tahu apa yang berlaku. Aku rasa, diorang still behave sebab tak nampak pecah-pecah ke apa. Cuba tengok entry bawah ni, siap buat peringatan bagi ahli konvoi dan flashmob supaya menunjukkan akhlak islam.

SaveGaza: Sertai FlashMob di Hadapan McD Bandar Perda

Pada Ahad 10 Ogos 2014 jam 5 pm selepas solat asar SAMM Pulau Pinang akan menganjurkan Flashmob di hadapan McD Perda kempen kesedaran memboikot produk Yahudi. Semua lapisan masyarakat tak kira …

Perhimpunan Kasih GAZA Bandar Perda

Beberapa meter daripada McD Bandar Perda ni ada sebuah masjid. Diorang berkampung kat situ siap buat kutipan duit bagi sesiapa yang ingin menderma(tabung palestin).

Ada yang kata Pihak McDonald pasang stripe tape tu sebab masjid yang dekat-dekat situ ada buat Perhimpunan Kasih Gaza.

masjid-bandar-perda

perhimpunan-kasih-gaza

IMG_20140810_191041

IMG_20140810_191033

Kena tutup sebab tudung tak elok. Haha.

p/s: Ada kelebihan dan kekurangan buat aktiviti-aktiviti macam ni. Bagi aku, kita ambil yang positif (bak kata Dr Muhaya). Harap-harap, banyak kutipan duit yang diorang dapat hasil ‘Flashmob’ di Bandar Perda.. Aamiin…

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/perhimpunan-kasih-gaza-bandar-perda.html/trackback

PAGE TOP