PUNCA DAN KAEDAH TERBAIK RAWATAN SLE

Last updated : June 17, 2014

kaedah-terbaik-rawatan-SLE-

Kredit Gambar: Blogger Eifa

SLE atau nama penuhnya adalah Systemic Lupus Erythematosus merupakan simptom gangguan kepada sistem pertahanan badan. Badan pesakit akan mengeluarkan antibodi yang akan memusnahkan sel badannya sendiri. Seterusnya akan menjejaskan organ badan seperti buah pinggang, limpa dan jantung.

Penghidap penyakit ni sebolehnya jangan terdedah dengan cahaya matahari. Keadaan ini boleh membahayakan pesakit. Rawatan yang akan diberikan bergantung pada simptom yang dialami. Sebab, keadaan pesakit berbeza-beza.

SLE Bukan Penyakit Keturunan

Percaya atau tidak, penyakit SLE bukan sebab keturunan. Penyakit ini terjadi akibat sistem tubuh secara tiba-tiba menghasilkan antibodi yang menyerang bahagian tubuh, yang sepatutnya dilindungi.

Buat masa ini tidak ada ubat khusus untuk SLE. Sejak 40 tahun lalu, saintis belum menemui lagi kaedah rawatan terbaru untuk sakit ini. ubat-ubatan yang digunakan sekarang ialah ubat untuk rawat penyakit lain, tetapi dapat juga membantu menangani kesan sampingan akibat SLE. 

Selalunya ubat-ubat untuk penyakit SLE ini akan ada kesan sampingan seperi darah tinggi, merosakkan tulang sum-sum, risiko kanser dan sebagainya.

Kaedah Terbaik Rawatan SLE

Ada satu kaedah yang pernah dicuba oleh beberapa orang pesakit. Kaedah ini ternyata ada kesan yang positif kepada diri pesakit dan tidak memerlukan apa-apa kos, cuma bergantung kepada diri pesakit itu sendiri samada dia yakin  atau tidak dengan kaedah ini.

Sebagai orang islam, kita yakin setiap penyakit itu datang daripada Allah. Apabila Allah menjadikan ia sesuatu penyakit, tentu Allah sediakan ubat juga. Kita lah yang perlu buat kajian demi kajian untuk mencari penawarnya. Tetapi sebenarnya ada penawar terbaik Allah sediakan kepada manusia iaitu Al-quran. Itulah sebaik-baik penawar dan sebaik-baik ubat. Cuma tidak semua yakin untuk beramal dengannya. Seorang penyakit SLE perlu mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan. Itulah antibodi yang terbaik yang dapat menundukkan antibodi yang telah berpaling tadah di dalam tubuhnya. 

Pesakit perlu banyak berehat dan jangan ada tekanan perasaan. Dan jangan sesekali terdedah dengan cahaya matahari. Yang itu memang bahaya sebab penyakit boleh menyerang bila-bila masa jika pantang larang ini tidak dijaga.

Info lengkap mengenai SLE dan Penghidap penyakit SLE itu sendiri:

Aku Dan SLE

Apakah SLE?

P/S: Info mengenai Penyakit SLE ini daripada buku Stanza Cinta

15 Comments

  1. Masa student dulu, ada sorang kawan yang tak boleh kena matahari.. Zaman belajar tu tak kenal lagi nama SLE ni..Lepas balik malaysia baru tahu.. Sekarang pun surat khabar banyak share pasal topik SLE ni..
    [nama] recently posted…Pantang Larang Ketika SahurMy Profile

  2. jojohnsays: Reply

    penyakit mencuci dosa……. berdoa adalah ubat paling mujarab

  3. meksays: Reply

    trima ksih akk pasal info sle ni..sy bru tau psl sle ni pon sbb sy kne buat assignment psl sle ni..

    • Atieysays: Reply

      Boleh la…Jgn fikirkan sangat sle tu..saya pun ada sle juga 🙂

  4. Atieysays: Reply

    Jgn terlalu ingatkan kita ada sakit.Saya pun pesakit sle juga…cuaca panas saya tetap keluar juga…Jgn terlalu manja badan sangat….tetap happy setiap ari walaupun de merasa sakit di mana2 bahagian badan

  5. penyakit SLE ni boleh sembuh ker ? saya muda lagi baru 14 tahun dah kena penyakit SLE . ada harapan ker nak sembuh seperti sediakala ?

    • wallahualam dik. maaf sangat-sangat, saya memang tak boleh jawab pertanyaan adik. saya tidak tahu boleh sembuh atau tidak. adik guna kaedah yang saya bagi ni, in sha allah boleh membantu serba sedikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/punca-dan-kaedah-terbaik-rawatan-sle.html/trackback

PAGE TOP