ROMBONGAN KE CAMERON HIGHLAND

Assalamualaikum… Tak jawab dosa! hehe

21/6/2014 Bersamaan dengan hari Sabtu. Aku pergi rombongan bersama-sama pelajar Pendidikan Khas. Aku dah tamat Kontrak jadi cikgu diorang tapi aku join jugak rombongan ni. Dijemput, siapa tak nak kan 😀

Pukul 5 pagi aku dah siap-siap. Motif? Sebab tak boleh tidur. Awal gila aku mandi dan bersiap-siap.

Nak dekat pukul 7, aku pun ambil kunci kereta, ingat nak blah daripada rumah, tiba-tiba ayah suruh aku hantar gemuk pergi sekolah.

Dah lah dia tak mandi lagi.

Memang aku angin betul.

Lepas hantar gemuk, aku ambil kazen aku kat rumah makngah aku. Disebabkan ada 2 tempat kosong, aku pun ajak kazen sekali.

Dalam bas, aku duduk sebelah Teo. Tapi sekejap je. Teo ni cina, Disebabkan dia nak jadi pengasuh tak bergaji anak kepada salah seorang cikgu ni, aku suruh dia duduk belakang.

Bising budak tu.

Stress.

Dah la aku tak tidur lagi.

Sampai je Cameron Highland terus pergi Ladang Lavender. Tahun lepas aku g dengan family, ingatkan nak singgah, tapi tak ada rezeki. Kali ni rezeki aku dapat jejak ladang ni 😀
cameron-highland-lavender-park ladang-lavender-cameron-highland cameron-highland

Besar lagi anak murid daripada cikgu. HaHa

Bila aku taip entry ni, baru aku perasan, aku bukannya tengok pun pokok lavender tuuu 🙁 Aku sibuk dengan kamera. Ala!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

**************************************************************

Selepas melawat Lavender Park, kami semua terus pergi ke hotel. Letak sahaja barang terus makan tengah hari. 

Selepas makan, kami semua diberi masa untuk solat dan mandi. Sebelah petang, kami semua pergi ke MARDI. 

*Ayat macam karangan. Geli aku. Haha

cameron-highland-mardi

anak-murid-kacau-cikgu

mardi-cameron-highland

Wan dan adiknya, So cute! 

Wan kata, aku bini dia. Haha

Balik je Mardi, terus pergi Night market. Sampai nak tercabut kaki woi! Serius nak menangis.

Jalan sakan sampai sakit kaki aku. Masa tu berdoa je, harap dapat bertahan, Dah la nak balik hotel, sampai tingkat 4. Menggigil kaki aku sebab penat. Bukan sebab sejuk. Cuaca kat sana tak sejuk sangat.

**************************************************

Esoknya, pagi-pagi lagi selepas sarapan kami pergi ke Ladang strawberry.

hotel-brincahang-cameron-highland

Lepas ladang strawberry, Ladang Teh Boh Sungai Palas. 

ladang-teh-cameron-highland

Muka aku tak boleh blah bila marah. Geram aku bila suruh pelajar tangkap gambar. Hahaboh-teh-cameron-highland

teh-boh-bukit-palas

Lepas balik je Ladang Teh, terus pergi kebun sayur. Sempat lah jugak aku beli sayur–sayur kat sini.

Sampai sekolah, malam. Masa tu penat hanya Allah je tahu.  Aku seronok dengan budak-budak ni. Walaupun kadang-kadang tu, diorang ni cakap main lepas je, buat perangai yang bikin aku geram, tapi sekarang aku rasa rindu sangat dengan diorang ni 🙁

SENARAI HOTEL DI CAMERON HIGHLANDS

12 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/rombongan-ke-cameron-highland.html/trackback

PAGE TOP