SAYA YANG PELIK

Last updated : July 20, 2014
 

6 PERKARA PELIK TENTANG CIK AMAL :

1) CEREWET  (Kebersihan diri) :
    ✿ CEREWET ni jadi pilihan utama sebabnya korang gerenti takk tahan dengan MRS CEREWET ni . Sebagai contoh lah kan, kalau sapu tangan atau tuala yang baru basuh terjatuh atas lantai (dengan takk sengaja),even lantai tu bersih baru ditonyoh tonyoh oleh Encik Mop, amal akan pergi basuh balik . . Kalau sapu tangan atau tuala ni ditakdirkan TERJATUH bila amal baru keluarkan dia daripada mesin basuh, dengan AUTOMATIKNYA Amal tak akan guna. So amal akan tunggu baju banyak banyak dulu baru lah sapu tangan atau tuala tersebut dibasuh bersama. Sebab tu lah ibu selalu marah, baju seluar yang kadang kadang tak guna lagi pun boleh pergi basuh . . Kadang kadang baju seluar tu masih berlipat lagi tapi disebabkan terkena habuk sikit, amal letakkan beliau dalam mesin basuh . .
 
2) CEREWET  (Makanan) :
    ✿  Kalau pergi kedai atau restoran, sebagai contoh amal nak beli laksa, Amal akan cakap ” laksa nak pekat (amek kuah yang kat bawah), sayur taknak, nak telur sahaja . .  so maknanya, amal akan makan laksa kosong . . hik hokk !! kami takk suka makan sayur lah para hadirin pembaca setia semua ^.^
Tak pun, 
Order ” nasi goreng kampung “, Amal akan cakap ” nasi tak nak pedas ehh . . dan lagi satu sayur tak payah letak . . dan semestinya manusia yang catit order tu buat muka pelik dan akhirnya beliau pun mengalah dan akan berkata ” ok” . . 
 

3) MANDI AGAK LAMA

   ✿ Ni lagi satu masalah Dunia. Paling sekejap Amal mandi 20 minit ke setengah jam jugak lah. Tu baru “sekejap”. . Yang paling Lama, korang pikir lah sendiri . . Masa tu kalau keluar bilik air, Jari jari semua berkerut kerut + kedut kedut . . alah . . .mesti korang pernah kan ?? Kalau orang tanya, nape mandi lama sangat ?? JAWAPANNYA “mesti lah lama, nak sental sana sini guna sabun anti bakteria + shampoo supaya rambut ni kelihatan sihat + conditioner supaya rambut ni lembut (macam masuk dalam bakul angkat sendiri jerr) actually, Part lama tu adalah apabila amal pakai conditioner dan shampoo . . ^.^

4) TAK SUKA MAKAN SAYUR

    ✿ Korang cincang lah sayur tu kecik macam mana pun, amal tetap akan alih kan dia ..  best kan kalau tau ada perempuan perangai macam ni ?? Tapi sekarang, amal dah start makan sayur kangkung(one of my feveret) dan kobis !!  Tapi ada syaratnya jugak kalau nak makan 2 sayur ni . . 
syaratnya, sayur mestilah lembut . . kalau kangkung tu korang masak sampai lunyai pun takpe, kami suka . . kalau sayur tu kurang lembut, TOLAK TEPI, TOLAK TEPI . . 
 

5) TAKUT LIPAS 

    ✿  Kami sanggup buat ape aje untuk jauhkan diri ini daripada lipas. sebenarnya, bermulanya kisah “FOBIAKU TERHADAP LIPAS” apabila satu hari tu, kami nak halau lipas. then tiba tiba lipas tu terbang kat kami . . Masa tu kecut perut + kejang kejung 1 badan bila dapat tau lipas tu boleh terbang . . Start daripada tu la kami terus takk boleh ngam dengan lipas . . Kalau sekarang ni kami tengah pegang Handphone blackberry then ada sekor lipas terbang kat atas handphone tu, dengan AUTOMATIKNYA kami akan campak jauh jauh Handphone tu kat dinding mahupun lantai even Handphone Blackberry mahupun “I Phone 4s”Tapi korang nak tahu tak, Amal paling takut lipas dan serangga serangga yang sepupu dengannya tapi Amal paling suka ULAR . .  ^.^
6) RABUN
    ✿Malu nak bagitahu tapi itulah hakikatnya . . Kami ni sebenarnya RABUN JAUH . . Nak dekat 400 jugak lah kerabunan tu . . Tapi nak buat macam mana lah kan, dah Mata ni TERLEBIH IT sejak kecik . . Tapi kan, kami tak suka pakai cermin mata kalau bertudung . . So,Kalau dalam Kelas, kami akan pakai cermin mata tu dalam keadaan besi belah kiri kanan yang nak cangkuk kat telinga tu letak kat luar tudung (kiranya tak masuk kat dalam lah) mesti korang tak paham kan??alah macam mana ye nak buat?? Abaikan jer lah . . 
7) BERSIN MACAM KUCING

    

✿Korang pernah tengok/dengar kucing bersin tak ?? Haa !! macam tu lah Amal bersin . . Kadang kadang sedih pun ade, sebabnya Bersin kami lah paling pelik sebabnya bersin sejibik macam kucing . . Kadang kadang orang pertikai-kan, “nape ko bersin macam tu??” alahai sayang, nak buat macam mana lagi, dah tuhan jadikan aku macam tu . . Lagi lah kalau bersin depan orang . . Pernah terjadi, amal bersin dan tentu sekali bersin banyak kali kan ?? mane ade orang bersin sekali dua . . Hah !! Masa tu lah semua dok pandang . . Malu kot . . dan lepas tu, ada jugak yang gelak . . 

Tapi tak pe lah . . Tuhan dah jadikan diri ini sebaik yang mungkin .  .
Mana ada dalam dunia ni, orang PERFECT kan ??

EVEN AKU PELIK SEBAB AKU CEREWET, SUKA MANDI LAMA, TAK SUKA MAKAN SAYUR, TAKUT LIPAS, DAN BERSIN MACAM KUCING, BAGI AKU ITU LAH UNIK . . 

“Antara perempuan cantik dengan perempuan unik, orang lagi ingat yang pelik sebabnya cantik itu adalah abstrak dan tak dapat dibayangkan”

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/segmen-2-6-perkara-tentang-saya.html/trackback

PAGE TOP