Selamat Hari Jadi dan Raya

Selamat hari raya semua. Dah lama aku tak update kan ? Ni first time aku tinggalkan blog selama sebulan lebih. Ya. First time. Cicah rekod. Rindu aku pada blog, hanya Allah sahaja yang tahu. Ada banyak benda aku nak tulis, tapi semuanya terbatas. Bila masuk USM ni, segala-galanya berubah. Kalau lah blog ni boleh bercakap, mesti dia kata aku ada skandal lain. Haha. Jangan risau sayang, i takkan curang. Haha

Tak banyak yang aku boleh cerita masa raya haji ni. Macam biasa, ayat gadis minta dipuji mesti akan cakap “Tadi, ittew bangun awal, ittew tolong mak masak”. Oi! Gediknya.

Aku tak macam tu. Aku takkan cakap macam tu.

Aku cuma akan cakap, “Tadi aku bangun awal, tolong ibu masak. Kesian dia. Tak banyak yang aku tolong. Cuma potong-potong sayur, basuh itu ini, kemas itu ini, tolong dia masak dan macam-macam lagi”.

Lagi gedik ayat. Haha

Okay. Kita tinggalkan gadis-gadis gedik tu kat belakang jamban, now i nak cerita pasal “Hari Raya Haji 2014”.

Ayah pergi rumah atok dulu, nak sembelih lembu. Habis je tolong ibu, dalam pukul 12 lebih, siap-siap terus pergi rumah atok. Sampai rumah atok, terus salam kaum kerabat semua sambil buat muka kesian. Ouhh. Raya Haji tak dapat duit raya ehh..

Terus ambil kunci kereta. Vrooom pergi USM. Sebab apa? Sebab nak hantar ketupat, lontong, nasi impit dan sebagainya pada member-member dan roommate yang tak balik raya. Kesian diorang.

Lepas hantar makanan tu semua, terus pergi kedai kek. Sebab hari ini juga birthday ibu dan mak lang. Serentak hari yang sama. Waktu beli kek adalah waktu paling aku benci. Sebabnya, banyak mulut, banyak idea, banyak bising. Kita orang nak decide kek apa yang nak dibeli pun ambil masa yang lama. Pekerja tu sampai bawa keluar kek dua tiga kali. Keluarkan kek, lepas tu baru pegang kat tangan dah kita orang pilih kek lain. Ada 5 mulut, 1 mulut 10 idea, mana tak gila. Sorang nak kek macam ni, sorang nak kek macam tuu. Geram betul aku. Salah aku jugak. Bila adik aku suruh yang lain-lain duduk dalam kereta, aku tak bagi. Aku suruh diorang ikut, so nanti boleh pilih kek sama-sama. Tapi tak sampai lima minit, aku yang fed up dulu. Haha.

Petang pulak, pergi Mydin dekat mana entah. Jauh la jugak. Tapi berbaloi, sebab aku beli 1 kotak besar air kotak, biskut-biskut dan macam-macam lagi tanpa guna duit aku. Haha. Untung sangat bila balik rumah.

Now, nak cakap, Happy birthday ibu.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezekii.. You are the best mom in the world. Terima kasih sebab menjadi ibu yang terbaik, ibu yang sanggup buat apa sahaja demi anak dia, sanggup layan kerena orang yang kadang-kadang memeningkan. I really love you. Love you so much!

 ibu 20140917_231604-1-1

p/s: Tak tangkap gambar pakai baju raya ke apa. Sebab tak ada feel raya bila tengok member tak balik raya.

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/selamat-hari-jadi-dan-raya.html/trackback

PAGE TOP