SEUTUS SURAT DARIPADA MINAH JENING

Last updated : October 28, 2013
Assalamualaikum semua.. Tak jawab berdosa
     Apa yang aku nak cerita hari ini memang benar benar terjadi.. Sumpah aku tak tipu… Kalau lu orang tanya sama wa, apa wa buat dalam kehidupan seharian wa sekarang, memang wa bantai lu cukup-cukup.
     Let me story, takpayah tanya lebih.. Kisahnya bergini… Hari-hari aku hanya pandang laptop, on9 fb dan blog. Apa yang aku buat ? Tak ada. Titik. Aku hanya duduk sahaja di atas kerusi dengan kaki yang aku kira masih sopan lagi, tapi dalam kalangan mak mak mentua mungkin pengsan jap sambil lihat blog dan fb. Apa yang aku buat ? Aku tak buat apa
     Apa yang aku buat ? Aku tetap akan jawab “Aku tak buat apa“. Please jangan tanya lebih, kang wa bantai. Hidup aku sekarang seumpama minah jening. Kenapa ? Sebab aku berangan nak siapkan esaimen, Tapi dengan bangganya esaimen tu boleh siap sendirinya walaupun aku on9 fb. Ada pula aku berangan nak menjahit. Puihh! Baru jahit 1 2, aku stop.
     Aku berangan pulak nak g belajar motor, time ni lu orang patut bangga dengan wa. Sebabnya haritu wa dah berjaya dengan jayanya pergi ke kelas untuk belajar motor yang bertahun lamanya tertangguh. Aku pergi sana dengan driver then aku stay sana 2 jam then driver aku hantar aku balik. Bila nak dekat sampai rumah, baru aku tanya, “abang, takde kelas belajar motor ke?“. Dia dengan terkejutnya pandang muka aku. Dia pandang seolah olah melihat Nora Danish ada dalam van tersebut. Mungkin keayuan aku terserlah bila aku memakai tudung sambil membawa payung. Mungkin… Sebab apa dia hantar aku balik ? Rupa-rupanya, dia ingat aku dah pergi kelas merempit tu, itu sebab dia bawa aku balik rumah. Itu merupakan 1 tragedi yang aku anggap sia-sia sangat. Terima kasih driver.
     Sesi berangan minah jening ni tak tamat lagi.. Sebab apa ? Sebab aku berangan pula ingin menjual template blog walaupun pada hakikatnya blog kau ni bukan lah dari kategori “blog menyenangkan orang ramai“.
     Tapi tidak mengapa. Aku mengharapkan angan-angan aku ini menjadi kenyataan apabila aku mulakan langkah.
Ikhlas Salam Sayam Dari,
Minah jening

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/seutus-surat-daripada-minah-jening.html/trackback

PAGE TOP