Shopping Pakaian Tradisional Di Zalora

Malaysia ni best. Pakaian tradisional macam Baju Kurung, Baju Melayu, Cheongsam, Sari dan sebagainya dah jadi kebanggaan buat Malaysia sebab kat situ kita dah nampak Malaysia ni ada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Bidayuh dan banyak lagi. Bagi aku, satu kualiti yang cukup unik buat Malaysia di mana orang-orang kita ni kaya dengan peradaban yang cukup sopan dan santun. Siapa lagi kalau bukan kita semua. Bukan je pakaian tradisional, budaya juga kita dapat lihat dari segi makanan, perayaan dan hubungan antara kaum. Bagi aku, sangat-sangat best bilamana setiap kaum kat negara ini mempunyai persalinan tersendiri bergantung kepada etnik.

Shopping Pakaian Tradisional Di Zalora

Antara pakaian tradisional yang sering menjadi kegemaran dan pilihan orang ramai khususnya perempuan sudah tentunya baju kurung. Masa raya je baju kurung mendapat permintaan yang cukup tinggi bukan sahaja daripada kaum Melayu tetapi kaum-kaum lain seperti Cina dan India pun pakai juga. Sebab baju kurung ni selesa untuk dipakai. Lagi-lagi kalau ada baju kurung moden yang telah mendapat sentuhan rekaan yang lebih segar dan semakin popular dalam kalangan kita.

Pakaian Tradisional Serba Moden

Pakaian Tradisional Zalora

Bagi aku, pereka fesyen kat Malaysia makin kreatif dalam menghasilkan pakaian tradisional. Diorang bagi sentuhan tersendiri dalam menaikkan aura persalinan tradisional seperti baju kurung moden, jubah dan kaftan. Dengan rekaan terbaru yang lebih segar macam gambar kat atas, peminat fesyen ada banyak pilihan untuk memilih baju. Rekaan yang lebih terkini juga membuatkan hijabista semakin mudah bergaya dengan pakaian dan dress Muslimah. Kauorang hanya perlu gayakan sahaja baju tradisional dengan tudung yang sesuai untuk mendapatkan penampilan Muslimah yang anggun.

Bagi aku, pereka Fesyen macam Jovian Mandagie, Hatta Dolmat, Syaiful Bahrim dan Rizalman Ibrahim adalah antara pereka fesyen kat Malaysia yang selalu menghasilkan koleksi pakaian tradisional yang cukup cun. Dan koleksi diorang boleh didapati secara online je.

Pakaian Tradisional Kaum Lelaki

Bukan perempuan je, kaum lelaki pun tak ketinggalan dalam perkembangan arus fesyen ni. Kalau malas, kauorang boleh dapatkan Baju Melayu, Baju Melayu Teluk Belanga, baju batik lelaki, jubah dan macam-macam lagi sekarang ini dengan lebih mudah dengan cara online. Lelaki sekarang pun ada banyak pilihan untuk diorang pakai malah rekaan untuk traditional Muslim wear ini pun semakin kachak dan bergaya.

shopping kat Zalora

Disebabkan zaman dah moden, teknologi pun makin canggih, sekarang kauorang boleh dapatkan koleksi pakaian tradisional terbaru melalui online je. Online sahaja ya. Budaya membeli-belah secara online sekarang dah popular. Kalau dulu nak tunggu posmen datang rumah rasanya setahun sekali, tu pun sebab raya. Paling kejam pun bila kauorang habis SPM dan berduyun-duyun surat kolej sampai rumah kauorang. Sekarang ni, kalau kauorang tak ada pakwe tapi nak feeling-feeling dapat birthday present, kau g je website Zalora, lepas tu pos kat diri sendiri. Jangan lupa buat-buat terkejut depan housemate korang bila abang Zalora sampai rumah.

P/S: Raya dah nak habis, jangan cakap abang tak payung kauorang 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/shopping-pakaian-tradisional-di-zalora.html/trackback

PAGE TOP