Siapa Fobia Lipas? Ya, Kita makhluk Katsaridaphobia.

Aku tahu, lipas tu kecik, dan dia tak boleh mengunyah kulit kita dan sebagainya tapi bagi aku lipas tetap lipas. Dia lagi scary dari ular dan monyet. Serious! Dan dia lagi kejam kalau dia berjalan ke arah kita dengan sesungut + bentuk badan dia macam tu. Aku dapat rasakan yang dia akan gigit belakang badan aku. Dan bagi aku, dia akan bertukar jadi babi kalau dia terbang. Kau perlu faham imaginasi orang mengidap Katsaridaphobia. Dan aku tak faham bila ada manusia seronok bercerita dan menyenaraikan “10 fakta menarik mengenai lipas“. Siap buat kek bentuk lipas. The hell.

Kalau aku nampak badan dia dalam jarak penglihatan aku, aku akan pastikan dia diluar radius 100m supaya aku rasa nyawa aku selamat. Perlu dalam term radius! Dan kalau kurang dari itu, aku still nampak cool, di hadapan rakan-rakan *ouhh bajet* but the whole time and every single second dan anak second, aku akan rasa nyawa aku betul-betul lipas tu dah ambil.

Aku selalu mengharapkan orang disekeliling ni faham mahkluk Katsaridaphobia. Tolong faham mereka. Kau perlu berada dalam situasi mereka. And  people yang menghidap Katsaridaphobia ini, bukan diorang nak pun. Aku sangat taknak. Sangat penat. Bayangkan, nampak susuk tubuh dia dari jarak 100 meter pun aku rasa kejang belakang badan dan aku akan tahan nafas untuk beberapa tika + jantung aku berdegup kencang sampai sejuk badan. Dan dia betul-betul meletihkan. Percaya lah.

Tapi orang tak faham.

Bagi mereka, haiwan ni boleh dipijak dengan kaki lalu mati dan tamat cerita. Bagi mereka, bodoh kerana mengabdikan diri dengan gangguan emosi terhadap haiwan ini for the whole life. Aku tahu haiwan tu kecil, tapi kau kena faham, kami ni unik dan istimewa. Kami adalah manusia-manusia yang tak boleh terima haiwan sebegitu dalam minda kami.

No.

I said No!

Aku sangat sedih kalau orang buat bodoh dan tak tolong aku halau lipas tu. Tahu tak, sebenarnya aku nak nangis tpi aku tahan  je. Sebab nanti kau malu nak keluar dengan orang penghidap Katsaridaphobia. Benda ni tak lawak doe. Bagi aku, lipas ni macam babi hutan yang serang kita bila kita sesat dalam hutan dan nak cari jalan keluar. Kita dah la sesat, lepas tu kena kejar dengan babi hutan lagi.

Aku buat post ni, nak bagi hangpa faham perasaan kami. Terima Kasih.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/siapa-fobia-lipas-ya-kita-makhluk-katsaridaphobia.html/trackback

PAGE TOP