SUAMI ANAK EMAK, CURANG DAN MERTUA SUPPORT GILA

Last updated : February 9, 2015

Kisah benar yang saya lalui. Harap dapat dipublishkan untuk renungan smua orang agar dapat perbaiki kelemahan diri masing-masing dan menjadikan kisah ini sebagai ikhtibar. terima kasih,

Kisah benar yang saya alami :

Suami anak emak. Suami simpan betina, mertua support giler

saya merupakan seorang pelajar di ipta (sem3), berumur 23 tahun, baru berkahwin pada februari 2010 dengan jejaka berumur 25 tahun dan baru diceraikan pada bulan puasa yang lalu iaitu pada puasa pertama. bercinta 5 tahun, perkahwinan bertahan 6 bulan. sejak dari awal bercinta emak ayah mertua tak suka saya sebab katanya ”saya gemuk”. mak mertua saya haji dan hajah.
em, suami seorang yang sangat baik. tapi ibu nya suka masuk rumah saya sesuka hati dengan kunci pendua yang dia ada. jujur dari hati saya, saya tak kisah mak mertua datang ke rumah sesuka hati. masuklah bila-bila masa yang ibu nak. makanlah apa yang ada, kalau ada. dan pakailah apa sahaja yang ibu nak. tapi, janganlah sampai nak buat sportcek kat rumah saya. di ubah barang dalam rumah sesuka hati. takkan sampai bilik tidur saya suami isteri ibu nak ubah. buat pengetahuan semua, suami merupakan anak emak. emak bapak sentiasa hulur duit. dah kawen pun, mak ayah jadi banker. barang rumah kami, banyak ‘disumbangkan” oleh mak ayahnya. seperti blender, kuali, pinggan mangkok. patutlah pun bila kawen, saya masuk je umah kami, semua dah lengkap. tapi takkan lah kerana itu, saya tidak dihormati.  semua nak disportcek. termasuk almari pakaian. bila mengadu pada suami, suami cakap ”takpelah ye, yang. biar je mak ye. mak dah tua”. em, suami saya memang baik. seorang anak yang sangat baik. tapi, mungkin pada peringkat permulaan saya boleh bertenang. tapi lama kelamaan..boleh ke anda terus bertahan???? di mana peranan suami saya sebagai SUAMI..??? kanan emak, kiri isteri. saya tahu dia tersepit, tapi  tak ada org lain yang bisa mengubah situasi ini melainkan dia. tapi rumahtangga kami kian goyah kerana dia ”terlalu baik” pada emak…anak emak…
namun begitu, yang menggusarkan saya, bila kami bergaduh suami isteri, suami suka mengadu pada emak ayahnya. sedangkan itu kan hal rumah tangga. privacy suami isteri. patutnya diselesesaikan berdua tanpa campur tangan orang lain. luar dalam semua mak ayahnya wajib tahu. sedangkan pada hemah saya, nanti jap lagi bila kami berbaik suami isteri, kami boleh tidur sama, boleh ketawa ketawa. hubungan kami boleh kembali pada yang asal tapi, bagaimana pula dengan hubungan saya sebagai isteri dengan mertua???? tidak semudah tu hubungan kami boleh dijernihkan. mertua saya seorang yang cerewet. dia suka kalau menantu badan cantik, badan kecik, bertudung litup. sopan. semua tu tiada pada saya. saya tidak bertudung. seringkali dia marah saya tidak solat. bagus juga bila mertua tegur saya.benda baik. tapi alangkah malang, bila dia tidak menyadari bahawa suami saya iaitu anak nya itu langsung tak boleh mengaji. malu bukan..???sedangkan suami sayalah ketua keluarga dan sepatutnya menjadi imam dalam solat kami. saya mungkin tidak mendirikan solat 5 waktu penuh. tapi saya masih tahu solat. saya kenal erti alif, ba ta. saya masih boleh mengaji walau saya tidak seulamak itu. tapi suami, pernah saya mintak dia mengaji, langsung tak boleh. saya bukan mengutuk suami.,. tapi kenapa seteruk itu ibu mertua menghakimi saya..???
Nak dijadikan cerita, suami kenal seorang perempuan. dia cakap pada saya ”ish..abang geram betol dengan seorang perempuan ni yang. berlagak sungguh. ingat dia lawa sangat. nak act act. takpe, takpe. tengoklah dia nanti lentok kena penangan abang yang power ni”… huh. begitulah permulaan ayat nya untuk memancing kepercayaan saya. jujur, saya gembira dengan ”kejujuran” suami pada waktu itu.  mungkin silap saya juga,saya sering menjadi assistan pada suami untuk reply mesej perempuan tu. tapi jujur, ikhlas, niat saya cuma satu, mahu kekalkan ”kepercayaan” antara kami. tapi sayang…
tapi sayang… hubungan mereka semakin serius. sehinggakan kami bertengkar pada suatu hari. berpunca dari ibunya yang bercakap sesuatu tentang saya. ibunya mengadu pada suami, rumah saya bersepah…  barangan dalam peti ais tak bersusun. em, sebab dia dah datang rumah kami sportcek. huh. teruknya. sampai itu pun nak diperiksa. saya tak puas hati dengan ibu mertua ..maka alang-alang kami tengah gaduh dalam kereta, kami menuju ke rumah mertua.
sampai di sana, saya cakap dengan ibu mertua tentang kebenaran hal itu. ibu berdolak dalih. takpelah. lupakan aje. pergaduhan meleret-leret sehingga ke hal betina tu. ibu mertua tanya pada suami ”azam, yang ko cari perempuan lain kenapa..??”…suami menjawab dengan lantang ”sebab azam bosan dengan dia..”  ..langtang sungguh suami saya bercakap. . dan alangkah terkejut bila mertua menjawab ”hah kau dengar tu hana kenapa laki kau ada betina lain. sebab dia bosan dengan kau.” huh.. tak ku sangka ibu mertuaku boleh mengapprove perbuatan anaknya. pergaduhan kami berlanjutan selama 2 minggu. saya di asrama belajar, suami bekerja., saling tak bertegur.
selepas itu saya disahkan mengandung. kami berbaik. dari nak bercerai,tak jadik bercarai dan kami berbaik. suami happy, tapi ada sesuatu dalam hatinya. seperti mengenangkan betina itu. malam itu saya mesej perempuan itu dengan baik. saya kata saya hamil 5 minggu dan harap janganlah dia menganggu hubungan kami. suami dapat tahu dan suami terus menangis teresak-esak. teruk sangat dia menangis. suami katakan pada saya, ”perempuan itu baik yang. hati abang ada dua yang. macam mana.”… itu yang suami beritahu, alangkah terkedu saya. tapi saya tak tahu macam mana dan kenapa saya masih boleh tenang. saya cakap pada suami… wanita itu cuma satu persinggahan je. saya akan buat yang lebih baik dan jadi yang terbaik. malam tu kami tidur, tapi penuh kehambaran.
esoknya dia bekerja. dalam 40 minit, saya call. ada call waiting. hati saya mengatakan dia sedang on call dengan wanita itu. saya biarkan. selepas 10 minit saya call lagi., masih call waiting.  saya terus call berkali-kali akhirnya dia angkat. saya tanya dia berbual dengan sapa. suami cakap ”adalah”. saya tanya siapa., suami kata ”adalahhhh”. saya tanya siapa, suami kata ‘kawan”. saya tanya kawan mana, suamai kata ”adalah”. saya ulang lagi kawan mana, suami kata ”kawanlah”. kami bergaduh dan terus bergaduh. dan akhirnya suami kata ”kau tunggu kat rumah, aku balik sekarang. aku nak setel dengan kau”.. em, saya tahu apa erti SETEL pada dia. cerai.
sampai di rumah, kami berdua duduk di atas lantai. suami kata dia dah tak ada jiwa pada saya. saya merayu. saya kata jangan lafazkan. suami berkeras mahu lafazkan. saya mntak tolong. saya cakap jgn. saya mengandung. tahun ni raya pertama kami sebagai suami isteri. tapi suami tak endahkan. dia tetap mahu lafaz. saya kehabisan usaha. kehabisan rayu. akhirnya suami melafazkan kalimah maut itu. ”abang ceraikan sayang dengan talak satu”.
berderau jantung. terkejut. namun, dah terlafaz. tak apalah. ketentuan allah. mungkin dia terlupa pada lafaz sakinah yang pernah diucapnya dulu ketika mahu mengambil saya sebgaai isteri nya yang sah. mungkin dia lupa, amanah yang diberikan kepada nya supaya tidak melakukan penganiaan dan menjaga isterinya dengan baik. mungkin saya tiada bapa. kerana itu..dia pandang lekeh pada saya. kalau saya masih berbapa, tidak akan semudah itu dia menceraikan saya…
dia memohon maaf kepada saya atas semua kesilapan yang dia lakukan di belakang saya. saya tanya apa dia buat belakang saya. suami beritahu dia pernah jumpa perempuan itu, amik anta ke ofis dan pernah pegang-pegang tangan dengan perempuan itu dan perempuan itu adalah teman wanita dia. em, memang pandai suami saya sembunyikan perhubungan mereka. dan suami mengaku, dia dah bawak balik perempuan itu jumpa mak ayah mertua kami. salah ke jika saya simpulkan bahawa, suami saya ada hubungan dengan perempuan tu, dan bawak balik prempuan tu jumpe mak ayah nya ketika saya masih isterinya yang sah..???salah kah jika saya katakan, suami telah mengkhianati perkahwinan ini..mengkhianati kepercayaan yang saya berikan kepadanya..??? juga tidak saya tak sangka ibu mertua saya sboleh memberi respon seteruk itu. patutkah dia ”approve” perbuatan suami saya yang terang teranga curang. tapi tak apa, suami taat pada ibu, mungkin ada bahagian untuknya sebagai anak yang soleh.
di sini, saya ingin menyaru kepada semua orang. kepada para isteri, saya berharap, sama2 lah kita menjaga rumahtangga dan insan yang tercinta. keluarga kita. jadikan kisah saya sebagai teladan. dan kepada para suami, si kiri ibu di kanan isteri. jadilah seorang yang matang. sekali anda melangkah ke alam perkahwinan, anda harunglah segalanya sendiri bersama suami. tak cukup makan pun, tak cukup duit pon, tanggunglah berdua. cari jalan. tapi bukan dengan meminta bantuan ibu bapa. jika pergaduhan suami isteri berlaku, anda bincang berdua. jangan suka mengadu pada ibu bapa.  ingat semua, semakin banyak orang yang terlibat dalam hal rumah tangga kita, semakin rumit masalah itu. bila dah ok, kita dan isteri boleh happy, masih tido sekatil. tapi hubungan isteri dan mertua tak semudah itu boleh dijernihkan. …
…………………………………………
Ini amal copycat daripada facebook
Bagi amal, Tiang agama punca kebahagiaan rumah tangga…

Terdapat dua blog wanita yang bercerai. Ikuti kisah beliau

Klik untuk baca

11 Comments

  1. lbh kurang cerita drama julia,mak mertua xska,sbg manusia kita xberhak utk judge owg tu bek or tidak,pangkat hj or hjh bukan brmkna ska hati ko je nk memperlekehkn owg..moga yg menanggung akn mndpt kebahagiaan yg lbh baik drp sblm nie ^__^

  2. Bagi aku, perempuan ini juga banyak salahnya. Menegakkan diri dengan sekadar huruf Quran? Ceh. Aku rasa nak muntah. Dah tahu lelaki itu tak tahu mengaji, nikah juga buat apa? Ibarat tambat kapal dengan benang. Kemudian buat cerita macam-macam. Mak mertua itu memburukkan sekalipun, salah dia juga sebab nak sangat berlakikan orang yang ada mak macam itu. Eh. Bengang aku baca bila perempuan asyik nak tuding jari pada lelaki. Hak lelaki boleh sapu empat sekali kalau dia mampu. Dah nak bising kata khianat apa.

    Payah kalau dari kecil mak ayah tak ajar agama. Sampai besar jadi bangang.

  3. Kesian dengan nasib si isteri.. Tapi apa pun permasalahan, tentu ada jalan penyelesaiannya.. Kedua2 pihak perlu memainkan peranan yang sepatutnya & bersikap jujur antara satu sama lain.. Mungkin ada silap & kekurangan pada si siteri.. Ada jugak silap dan kekurangan pada si suami.. Dua2 perlu menerima kekurangan pasangan seadanya.. Suami juga perlu lebih matang & bertanggungjawab dalam menghadapi sebarang situasi atau permasalahan. Perhubungan dalam sesebuah rumahtangga selalu jadi bertambah teruk bila ada campur tangan dari pihak ke-3.. Seeloknya selesaikan bersama pasangan. Jangan panjangkan sehingga ke pengatahuan pihak lain.. Ianya hanya mengeruhkan lagi keadaan..

  4. Anonymoussays: Reply

    Suami kan boleh kawin dua? Bagi je la. Kan lebih baik dari dia buat maksiat. Lagi pun sape suruh awak tinggal solat.mcm mana allah nak tolong.

  5. Anonymoussays: Reply

    itu nme nya suami bageng….dh tahu g222222222222222 wt pe nkh…baik kwin je

  6. Anonymoussays: Reply

    Salam…apapun saya bersimpati dgn awak…carilah tempat curahan hati di tmpt lain…sebaikmya pd ALLAH s.w.t..dr kita pilih tmpt sebegini..banyak org x faham apa yg anda alami..saya pun sprti awak..tp berbeza..saya disukai mertua..makan minum saya sentiasa ditanya kalau blik kmpg..penampilan saya jg..juga anak2..pujian sentiasa saya terima…makan pakai suami saya jg tanpa ada org gaji..tp saya masih x mengerti apa silap saya..sembahyang saya jaga..anak2 sudah pandai mengaji dan sudah naik alquran..apa silap saya…masih saya tercari2….apa pun ini nawaitu seseorg..kita tegah..kita marah..apa pun silapnya tidak kita fahami…namun..saya ingat kata2 di sebuah blog agama…suami tidak bersalah jika curang..yg pasti syurga lah tempat siisteri…

  7. ainsays: Reply

    ain pernah alami apa yang yang awak alami .. dari ain mengandung sampai ain bersalin ank meninggal 2minggu suami tinggalkan .. gara2 anak emak , dugaan kan ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/suami-anak-emak-curang-dan-mertua.html/trackback

PAGE TOP