TADI AKU KENA BULI

Ya. Tadi aku kena buliDengan budak sekolah. Sampai sekarang aku rasa takut. 🙁

Aku kena campak macam tu je. Aku tak sangka budak perempuan tiga orang ni kuat.. Tapi kalau setakat kuat sebagai pembuli, apa barang..

Aku betul-betul takut.

Cerita dia macam ni.

Ada pelajar perempuan nak tengok beg aku, takkan la aku nak bagi. Lepas tu main tarik-tarik beg aku. Tapi masa ni, masing-masing cool lagi. Lepas tu, kawan dia pulak tunjuk GANGSTER dan MUKA BULI, nak rampas beg aku. Masa ni aku FIGHT BACK. Terus jadi pergaduhan. Dia angin dengan aku bila aku tarik tangan dia. Dia tarik aku lepas tu campak aku

Tinggi gila dia campak aku.

Rasa macam naik roller coster.

Terus aku terbangun dan rupa-rupanya mimpi. Aku takkan cakap “siot betul”. Aku akan cakap “Fuhh. Nasib baik”.

Aku tak pernah kena buli sampai macam tu sekali.. Sekarang baru aku tahu perasaan orang kena buli.

buli-quote

Bagaimana Menangani Masalah Buli Di Sekolah

p/s: Selalu aku yang buli orang, lagi-lagi adik aku. Memang kalau kat rumah, aku paling gangster.. Haha

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/tadi-aku-kena-buli.html/trackback

PAGE TOP