Tak Tunjuk Sayang

Ayah kerja ikut shift. 22 tahun yang lepas, shift dia macam ni : Hari ni pagi, esok shif malam, lusa pulak cuti. Macam tu la rutin kerja dia. Tempat kerja dia pulak dekat bandar. Bila dia kerja malam, dia sanggup balik rumah semata-mata nak check ibu pasang ke tak ubat nyamuk. Bila ibu terlupa, dia sendiri akan cucuh ubat nyamuk. Sebab dia takut anak dia kena ketip nyamuk. Lepas tu nanti, cepat-cepat dia balik ke tempat kerja.

Masa aku darjah 2, ada seorang mamat ni baling slipar getah terkena kepala aku. Hang bayangkan selipar getah! Dah la berat, aku pulak kecik. Menangis tak ada bunyi aku masa tu. Memang betul tak ada bunyi. Sebab aku menangis senyap-senyap. Nak balik tu, aku pun tahan air mata. Aku tak nak ayah tahu. Lastly, ayah perasan jugak. Cis! Kantoi! Ayah apa lagi dia pun angin satu badan sebab ada orang buat anak dia.

Sebab tu aku tak pernah cerita apa-apa pada ayah. Kalau kau buli aku, kalau kau hina aku, kau pukul aku, tarik seluar aku sampai terkoyak waktu sukan sekolah, aku takkan cerita pun pada ayah. Bagi aku, ayah jenis “protect his daughter“. Sebab tu sekarang aku tak pernah cerita itu ini pada family. For me, buang masa.

Korang boleh kira dengan jari berapa kali aku telefon mak ayah aku. Masa aku belajar dekat UPSI dulu, jarang aku kol diorang. Ayah selalu perli-perli aku tak pernah kol dia. Bila dia kol, aku pulak off phone. Tapi memang betul pun. Aku tak tahu apa masalah aku. Aku bukan jenis kol mak, lepas tu cerita “tadi pagi ada accident kucing langgar bas USM“, lepas tu kol pulak ayah aku, cerita pulak pasal “aku bergaduh dengan kawan sebab kawan tarik seluar aku”. Semua tu nonsense! Aku takkan cerita sebesar-besar alam atau sekecil-kecil isu sekalipun. Dan aku pelik, bila aku balik rumah, adik aku yang study UITM Arau, selalu kol ayah aku. Dan soalannya sama, “Dah makan ke belum?

Masa zaman jahiliah aku bercinta kepit sana sini, pergi KL hujung minggu, rilex tak bagitahu mak ayah aku. Tetiba masa aku pergi I-City dengan kawan-kawan aku, then upload gambar dekat FB, tetiba ibu komen “Pergi tak cakap pun dengan ibu“. Masa tu baru aku terfikir, “Ouhh, kena cakap ke?”

Dan masa naik cuti midsem, sekali pun aku tak kol. Dan aku pelik, ayah pun tak kol aku. Masa tu aku sibuk dengan Convex. Bila aku tak busy pun aku tak kol, kalau busy, lagi lah kan? Satu hari, nak dijadikan cerita, hari pertama Convex dan dalam kesibukan tu, aku “sagat” kereta waja. Habis calar kereta tu. Lepas tu kunci kereta pulak hilang. Kereta pulak berbunyi alarm. Bising! Dah la depan DTSP. Kunci hilang dan aku tak tahu macam mana nak berhentikan bunyi tu. Nasib baik da selesai majlis Konvokesyen masa tu. Tahu apa aku buat? Aku cari ayah.

Dan hari tersebut baru aku rasa macam ‘something’. Ayah penat kerja. Kalau balik kerja, nampak muka dia yang letih. Tapi bila aku buat masalah, dia datang USM, untuk betulkan kereta. Kemudian, dia pergi seberang balik sebab nak cari bateri kereta. Kemudian dia datang balik USM dan betulkan kereta tu semula. Dan apa yang menyedihkan aku bila ayah nak balik, ayah minta maaf kat aku sebab dia marah (macam nak tengking) aku.

Bila dia balik, menangis aku dalam kereta. Sebab aku rasa “pengorbanan” tu. Aku tak tahu macam mana nak explain, tapi aku rasa sakit sangat. Sakit sebab aku tak kol diorang, tapi bila aku kol, aku menyusahkan diorang.

Aku tak tahu, kenapa sampai sekarang, aku bukan jenis yang tunjuk “rasa sayang” kepada family aku. Aku tak tahu kenapa, tapi yang pasti, aku tak wish birthday adik aku, aku tak cakap aku sayang adik aku, aku bukan seorang yang express my feeling toward my family. Tapi satu je aku nak cakap, aku sayang walaupun tak tunjuk.

P/S: Ini coretan setahun yang lepas. Tersimpan dalam draf bersama cerita-cerita lain. Lepas setahun, mungkin ada sedikit perubahan pada aku. Kut lah. Tapi yang pasti, aku masih sayang mereka. Dan aku dah tak rasa malu nak cium mak aku.

Nasihat aku, bangga lah dengan diri sendiri bila setiap kali nak pergi mana, mesti buat laporan pada mak ayah. Selagi masa itu ada. Selagi mak ayah ada. Jangan jadi macam aku, yang baru usaha nak berubah.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/tak-tunjuk-sayang.html/trackback

PAGE TOP