Teacher’s Diary – Cerita seorang guru

Aku ada satu cerita yang memberi inspirasi pada kauorang untuk jadi cikgu. Kalau tengok cerita ni, mesti korang akan rasa jiwa korang untuk jadi cikgu  cuma hanya 5% sahaja, atau mungkin tak sampai.

Tajuk dia “Teacher’s diary

Aku tak pernah dengar pun pasal cerita ni. Sampai lah dalam group whatsapp, dua tiga orang bercerita pasal cerita ini. Dalam kesibukan, aku cuba luangkan masa setengah jam lebih untuk tengok cerita ni. Satu je nak cakap, cerita ni sangat sangat best.

Macam mana seorang guru diletakkan di satu perkampungan di tengah-tengah laut (rumah atas air), dan kemudian dia kena mengajar budak yang tak tahu membaca pun. Kau cuba bayangkan, bila kau sedang mengajar, tiba-tiba ada budak menjerit. Kau pun pergi lah tengok. Sekali lubang jamban tempat ko membuang tu ada kepala mayat. Mayat betul. Kau nak buat apa? Lari??? Habis tu budak-budak tu nanti macam mana?

 

cerita paling seram dalam lubang jamban

Kepala orang dalam lubang jamban.

Lepas tu pulak, masa kau tengah mengajar, sekali ada ular dalam kelas. Kau nak buat apa? Anak murid ada dalam 5 orang (anak murid sikit, sebab pendalaman), dan apa langkah pertama yang kau akan buat? Eh sekejapp! Kan sekolah ni atas air, macam mana ular ni boleh ada dalam kelas? Okay. Ada ular yang macam ni kat dunia.

tangkap ular dalam rumah

Bila ribut, sekolah pulak atas air, memang tak boleh lari kemana la. Kalau rumah yang atas tanah pun, bumbung boleh melayang, kalau rumah atas air, lagi teruk. Kau nak lari mana? Bukannya ada tempat nak sembunyi. Kiri kanan semua air.

rumah ranap kerana ribut

Tapi, itu lah hakikat yang kau kena hadapi. Anak murid akan bergantung sepenuhnya pada kau.

ukur ketinggian

Nak ukur ketinggian pun, gores kat tiang kayu.

Ada soalan matematik. Tiba-tiba buku tersebut meletakkan contoh kereta api sebagai soalan. Bila mana anak murid kau tak pernah sekali pun keluar daripada “Dunia laut” dia, kau agak, dia pernah nampak kereta api? Dia tak tahu langsung macam mana naik kereta api. Kau tahu tak apa yang cikgu dalam cerita ni buat? Dia ikat rumah tu then pasang pada boat, kemudian cikgu ni usung rumah tu pakai boat untuk explain pada anak murid dia pasal matematik. Hanya semata-mata nak ajar soalan math simple je.

rumah atas air
Kau nak jadi cikgu, memang senang. Berterabur cikgu-cikgu kat luar sana. Tapi nak jadi pendidik, jarang kita jumpa. Bila kau tengok cerita ni, kau tahu, sebenarnya kau pendidik atau cikgu.

p/s: Aku sarankan, kau tengok cerita ini. Siapa nak tengok cerita ini, pergi tengok dekat DK O pada pukul 8 malam pada 17/04/2015 (Jumaat ni)

3 Comments

  1. Memang susah nak cari pendidik.
    Kalau guru ramai sangat nak.
    Pendidik memang benar-benar menguji ketahanan metal dan fizikal.
    Memang untuk menerangi hidup orang lain.
    [nama] recently posted…Review: Serum CoolHijabMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/teachers-diary-cerita-seorang-guru.html/trackback

PAGE TOP