Assalamualaikum… Tak jawab dosa!
Rasa macam dah lama tak menaip. Rasa macam semacam je. Rasa rindu.
Walaupun, kita selalu cakap sorang-sorang dengan blog ni, tapi tak pe lah. Kita redha.
Mukadimah gedik.
Khamis 2 minggu lepas (Baru hari ni nak cerita), Pendidikan khas sekolah tempat aku kerja ada buat Terapi Bowling dekat Mega Mega Cineplex, Megamall Pinang. Aku yang merupakan GSTT (Guru Sandaran Tidak terlatih) pun mengambil kesempatan untuk main bowling sekali. Kah Kah Kah !
Guru-guru, pelajar-pelajar dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) pun main bowling.
Seorang guru mahupun PPM perlu bersama-sama 3/4 orang pelajar dan main bersama-sama mereka.
Ini geng aku. Tahirah, Amira, Aku dan Athirah.
Jangan konfius cikgu dengan anak murid ehh.
Aku ajar dia main bowling dengan betul. Tapi bola aku pun masuk longkang 🙁
]
Tengok! Penuh bola saje. Tapi semua bola-bola ni kena tarik dengan longkang.
Cikgu Kalah!! Kah3
Kebaikan Terapi Bowling Terhadap Kanak-kanak/pelajar Pendidikan Khas :
1. Dapat meningkatkan kemahiran motor halus (jari-jari) kanak-kanak.
Kebanyakkan pelajar yang main ni, diorang main campak je boling ni. Korang bayangkan, campak bola jaring kat kawan, macam tu la cara diorang baling bola bowling ni. Dentam dentum bunyi! Nasib baik lantai tu kukuh, kalau tak, bankrup pusat bowling tuu.
2. Dapat meningkatkan kemahiran bahasa mereka.
Ini secara tidak langsung, effect. Kalau korang tak percaya, lepas habis je terapi bowling ni, komperm dengan ceramah “Cerita percutian saya ke pusat bowling selama 7 hari 6 malam”. Agak-agak, banyak tak cerita diorang ?
3. Seronok!
Percaya lah ! Diorang ni seronok… Seronok naik bas sama-sama dengan cikgu, seronok baling bola bowling, seronok main dengan cikgu.
p/s: Serius nak tergelak ada budak campak bola, lepas tu abang bowling tu la yang kena ambil bola bila bola tu stop dekat tengah-tengah lane.
waalaikummusalam cik amal 🙂 alhamdulillah tentu mereka berasa seronok dgn aktiviti seperti ini,semoga aktiviti ini dapat di teruskan ya demi kebaikan mereka ♥
Memang seronok bermain dengan mereka yang istimewa. Suka tengok gelagar diorang yang mencuit hati.
[nama] recently posted…Pengalaman Medical Check Up Di Hospital Muar
sila banyak berlatih lagi ya cikgu. hehe..
[nama] recently posted…7 Powerbank Murah dan berkualiti di Lazada Malaysia.
hehe, bereh 😀
Beruntung sangat diajari permainan bowling,hingga saat ini sekalipun saya belum pernah bermain bowling.
[nama] recently posted…Menghindarkan Duplicate Meta Menggunakan Noindex Tag-Meta
takpe, nanti try sekali… bukan apa, just saje-saje je 😀
Ohhh, cik amal ni cikgu rupenye. 😀 Selamat Hari Guru cik amal
[nama] recently posted…[Video] Penggunaan Monopod Yang Betul
hehe.. terima kasih 😀
Seronok plak baca cikgu mengajar anak murid main boling. Teruskan nilai2 murni ni ye cikgu. 🙂
[nama] recently posted…Diet Atkins Kaedah Menguruskan Badan Paling Berkesan
aamiiinnn … thanks