Terbang je dari Kuala Lumpur to Singapore

Lama weyh tak berblog. Dari travel merata, praktikal kat Brunei, balik Malaysia dah pon tapi masih tak rajin nak berblog. So, bila dah buka blog ni, nak share something kat semorang. Nak cerita pasal “Terbang je dari Kuala Lumpur to Singapore”.

So, harini nak cerita pasal SINGAPURA. Korang tahu kan Singapura kecil je tetapi sangat-sangat maju dengan pembangunan yang pesat. Singapura sebelah Malaysia je. Walaupun kecil, Negara diorang ada banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Dan yang best sekali, persekitaran tempat yang bersih dan tiptop. Semorang tahu kan yang rakyat marhein Singapura dah dididik supaya tak membuang sampah merata tempat. Dengan peraturan diorang yang ketat, buang sampah sesuka hati pun payah. Sebab tu tempat diorang bersih.

Buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belom tamat tempoh. Tangan rindu nak main copcop ni. Haha

Untuk menghasut korang, aku nak ajak korang semua pergi sana. HAHA. Untuk melancong ke Singapura dari Kuala Lumpur, korang boleh guna flight je. So, tak ada la buang masa dan tenaga. Sebabnya, nanti bila dah sampai sana, banyak tempat menarik untuk dilawati. Untuk mengurangkan penat, korang fly aje. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura hanya mengambil masa satu jam dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Changi. Bila dah selamat sampai, korang boleh terus melawat tempat-tempat yang best! Penuhkan itinerary korang dengan tempat-tempat yang best.

Haaa.. bila dah sampai di sana, tempat yang wajib dilawati mesti la Merlion Park. Korang jangan terkejut pulak bila tengok ada Singa berbadan ikan yang keluarkan air melalui mulut kat situ. Tugu dengan kepala singa ni membawa maksud yang Singapura ialah Singa lautan manakala ekor ikan menggambarkan bahawa Singapura asalnya hanyalah sebuah perkampungan nelayan sebelum jadi semoden sekarang. Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat di Merlion Park ni cuma jangan lupa snap gambar banyak-banyak nanti boleh balik tunjuk kat orang kampung.

Dekat Bandar Singapura ada tempat yang melibatkan 3 etnik. Sebagai contoh, tiga tempat etnik utama seperti Chinatown, Little India dan Arab Street. Masing-masing menunjukkan budaya kehidupan yang berbeza-beza di sini. Apabila dah sampai tempat tu, korang digalakkan teroka tempat tu dengan jalan kaki je and makesure korang try semua makanan tradisional, shopping dan menikmati warna kehidupan jalanan harian dekat situ semaksima mungkin. Best kot dapat rasa seperti berada di China, India dan Arab dalam masa sehari.

Kalau ada niat nak shopping tu, korang boleh singgah Orchard Road. Bak kata ‘orang putih’ shop till you drop along Orchard Road. Orchard Road ni lima kilometer weyhh. Kat area situ, banyak kedai, hotel dan restoran yang membuatkan duit dan masa habis macam tu je.. Kalau korang tak sempat nak cari barang waktu siang, korang jangan risau sebab korang boleh sambung shopping waktu malam. Haaa jangan tak tahu Orchard Road ni sentiasa meriah siang dan malam.

Kalau yang ada anak,  boleh lah pergi Marine Life Park. Dalam Marine Life Park ni ada dua lagi attraction yang korang kena pegi iaitu S.E.A Aquarium dan Adventure Cove Waterpark. Di S.E.A Aquarium ni pelbagai species ikan dan hidup laut di tempatkan di sana. Aktiviti dalam Adventure Cove Waterpark pula termasuk thrilling water slide, immersive experience dan semestinya fun for kids. Kat setiap attraction ada menyediakan segala jenis stall makanan. Hanya sediakan uwang aje.

Lagi satu tempat yang menjadi sebutan orang ramai tak kira kecil atau dewasa semestinya USS, atau nama panjang dia Universal Studio Singapore. Ingat korang je ke ada nama panjang dan nama pendek Haha. Kat USS ni ada banyak aktiviti yang menarik bagi setiap golongan. Aku yang tua bangka pon suka bila dapat masuk show kanak-kanak. Banyak laaa karekter kartun favorite yang berkeliaran kat sana nanti seperti Cookie Monster, Popye, Elmo, Minion, Shrek dan Big Bird. Kalau korang nak feeling feeling Megan Fox tu, jangan lepaskan peluang bergambar dengan Optimus Prime. Yang mana peminat Fast & Furious tu korang jangan bersedih dulu sebab Abang Torreto pon hado tau. Korang yang suka aktiviti yang boleh terkeluar jantung tu boleh laa cuba Battlestar Galactica atau Enchanted Airways. Eh banyak lagi la rides yang best-best. Korang patut cuba.

So apa tunggu lagi! korang cepat laa set date, book tiket dan jom fly from Kuala Lumpur to Singapore. Dijamin sempurna percutian korang nanti. Rajin-rajin laa cari tiket tambang murah lagi berbaloi. Badan tak penat nak travel jauh. Boleh simpan tenaga untuk aktiviti kat sana nanti. Korang yang mana rasa-rasa duit tabung dah cukup tu jangan tunggu lagi takut termimpi-mimpi pulak.

1 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/terbang-je-dari-kuala-lumpur-to-singapore.html/trackback

PAGE TOP