Tiada Azam 2015 Tapi Ada Kawan

Sebenarnya, daripada dulu sampai sekarang, ada satu azam yang aku nak capai masa tahun baru, but in the end, impian tu tak tercapai. Impian untuk dapat berat badan normal.

Start facebook keluarkan notis macam kat atas, aku terus tak boleh upload gambar. Urm, aku tak ada lah sampai muram durjana, cuma aku tak makan 7 hari je.

Tapi sekarang aku positif. (Positif lah sangat)

Apa yang aku ada sekarang, aku akan guna sebaiknya. Kekurangan aku, aku hanya perlu terima. Kalau rajin, berusaha. Tapi aku tak nak cuba dah untuk gemuk. Lastly, aku yang penat.

Sebenarnya aku nak cerita azam aku tahun ni, tapi dah lambat 19 hari. So mood tahun baru aku sudah tiada. Memandangkan tahun baru adalah minggu exam. Mood aku hanya pada buku akaun, sastera, kimia, kejuruteraan, sains politik dan macam macam lagi. Jadi aku memang terlupa nak list azam 2015/2016 kat buku 555.

Sekarang aku nak cerita pasal hidup. Aku nak bagitau korang, kau hidup bukan seorang. Itu fakta. Aku dapat rasa satu nikmat bila ada orang ambil berat pasal aku. Aku ada ibu dan ayah, aku ada adik-adik, aku ada kawan-kawan. Aku ada kawan yang akan membebel bila aku letak handphone merata-rata, kawan yang akan ingatkan aku effect nya panadol dan ubat batuk bila aku ambil sesuka hati masa exam, kawan yang akan cakap “Jum makan“, kawan yang sebut “Hye Cik Amal!”, kawan yang tegur salah aku bila teori yang aku explain salah.

Tiada Azam Tapi Ada Group Study

Makanan adalah benda wajib yang perlu ada masa discussion dijalankan.

IMG-20150102-WA0005

IMG-20150102-WA0013

IMG-20150103-WA0003

IMG-20150103-WA0004

Untuk Mengurangkan Stress

Kami sambut tahun baru dengan celebrate birthday Atul, Peja dan Ceda.

IMG-20150102-WA0023

IMG-20150102-WA0026

IMG-20150102-WA0034

IMG-20150102-WA0039

IMG-20150102-WA0082

Cara Kurangkan Stress:

Bagi duit. Beli bahan. Dan main terjah je masak

Ada tukang masak, tukang bawa peralatan, tukang cuci pinggan magkuk. Alhamdulillah, semua sedap.

Yang second part main masak-masak tu paling superb! Sos Pasta macam Italy! Yummy!

IMG-20150114-WA0016

IMG-20150114-WA0027

IMG-20150114-WA0030

IMG-20150114-WA0000

IMG-20150114-WA0034

Satu je aku nak cakap. Aku happy. Gambar kat atas ni gambar masa Study Week. Rasanya dah sebulan otak aku tepu dengan ayat-ayat dalam buku. Waktu cuti sem ni pun maybe tepu jugak. Sebab aku nak study.

p/s: Sorry busy lately. 🙁

11 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/tiada-azam-2015-tapi-ada-kawan.html/trackback

PAGE TOP