Tujuan Dan Maksud Simbol 4 Jari R4BIA

Tujuan dan apa maksud simbol 4 Jari R4BIA di laman sosial yang sebenar. Sekarang ramai yang tertanya kenapa pengguna ramai di facebook dan twitter telah menukar DP mereka kepada simbol 4 jari seperti yang tertera dibawah. Tujuan sebenar adalah untuk menunjukkan kepekaan dan prihatin terhadap krisis atau pergolakan yang berlaku di negara Mesir pada masa sekarang.
Maksud Simbol 4 Jari R4BIA, tujuan Simbol 4 Jari R4BIA, simbol 4 jari, 4 Jari R4BIA,Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan

Tujuan Simbol 4 Jari R4BIA

Tujuan Display Profile (DP) simbol #R4BIA dipakai di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan menunjukkan tanda keprihatianan terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain itu, menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih peka mengenai krisis atau pergolakan di Mesir pada ketika ini.
Maksud Simbol 4 Jari R4BIA
Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.
Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

Sumber: Tujuan Maksud Simbol 4 Jari R4BIA Di Laman Sosial Sebenar | melvister.com

Saya hanya sekadar berkongsi. Andai maklumat ini salah, minta ampun minta maaf okay.. Sumber telah diletakkan.. Ayuh sama-sama menyokong R4BIA 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/tujuan-dan-maksud-simbol-4-jari-r4bia.html/trackback

PAGE TOP