ULASAN ARTIKEL KURANG PENEMPATAN GOLONGAN KURANG UPAYA DI TEMPATKAN DI SEKTOR AWAM

Last updated : November 19, 2018

KURANG PENEMPATAN GOLONGAN KURANG UPAYA DI TEMPATKAN DI SEKTOR AWAM

Abstrak: Ramai orang kurang upaya yang ingin bekerja tetapi tidak mempunyai peluang untuk bekerja kerana banyak halangan. Masyarakat masih mempertikaikan keupayaan golongan ini untuk bekerja. Satu kajian baru-baru ini yang melibatkan 26 Pihak Berkuasa Kesihatan mendapati bahawa satu pertiga dikriminasi berlaku terhadap orang kurang upaya yang mencari kerja. Orang kurang upaya menghadapi halangan dalam mencari pekerjaan, termasuk halangan secara terang-terangan dan tidak sengaja dibangkitkan oleh kebanyakan majikan. Sehingga kini, OKU masih belum dapat diterima sepenuhnya dalam pasaran pekerjaan secara terbuka terutamanya dalam sektor awam.

Kata Kunci: Pendidikan vokasional, pelajar berkeperluan khas, kemahiran kebolehkerjaan, Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan, Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.

Abstract: Many people with disabilities who want to work but do not have the opportunity to work for a lot of obstacles. People are still questioning the ability of these people to work. A recent study involving 26 Health Authority found that one-third of the prevailing discrimination against persons with disabilities who are seeking employment. People with disabilities face barriers in finding employment, including obstacles overtly and inadvertently raised by many employers. Up to now, the disabled still cannot be fully accepted in the job market is open, especially in the public sector.

Keyword: Vocational education, students with special needs, skills workability, National Vocational Training Council, Malaysian Skills Certification System.

 

Individu Orang Kurang Upaya

Orang kurang upaya (OKU) dapat dibahagikan kepada beberapa kategori, iaitu orang kurang upaya fizikal, orang kurang upaya penglihatan, orang kurang upaya mental, orang kurang upaya pendengaran dan sebagainya.

Orang kurang upaya mungkin mempunyai kecacatan fizikal, kecacatan deria, intelektual atau mental. Mereka juga mungkin mempunyai kecacatan dari lahir, atau yang diperoleh semasa mereka di zaman kanak-kanak, remaja semasa melanjutkan pelajaran atau semasa dalam pekerjaan. Kecacatan mereka mungkin mempunyai sedikit impak kepada keupayaan mereka untuk bekerja dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang melibatkan masyarakat, namun mereka memerlukan sokongan yang besar daripada ramai pihak.

            Bebagai-bagai definisi diberikan bagi menjelaskan berkaitan kecacatan. Mengikut buku Handbook of Care andTraining for Developmental Disabilities, OKU dinyatakan sebagai seseorang yang memerlukan perkhidmatan istimewa bagi membolehkan mereka hidup berdikari dalam komuniti.

Kecacatan perkembangan merangkumi berbagai-berbagai kecacatan yang bermula dari tempoh perkembangan atapun pertumbuhan manusia. Kecacatan perkembangan terdiri daripada terencat akal, kelumpuhan otak, sawan babi, kurang upaya fizikal atau anggota, kurang upaya pengihatan, kurang upaya pendengaran, kurang upaya pembelajaran (learning disabilities), masalah kelakuan yang teruk (severe behaviour problems autism) dan kurang upaya kesihatan (health impairments).

            Menurut Pertumbuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, OKU bermaksud:

Seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya ataupun sebahagian daripada keperluan biasa seserang individu dan atautidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu ekurangan sama ada daripada segi fizikal ataupun mental dan sama ada ia berlaku semenjak lahir ataupun kemudiannya.

            Definisi lain bagi OKU ialah merujuk kepada orang yang mengalami keterbatasan mobilisasinya merujuk kepada jenis kecacatannya sama ada fizikal (anggota), mental (ringan, sederhana ataupun berat), penglihatan dan pendengaran. Tujuan istilah OKU ini diketengahkan adalah bagi mengelakkan sebutan orang cacat yang bermaksud melabelkan orang itu cacat daripada semua aspek (tanpa dikategorikan).

 

Penempatan OKU dalam Sektor Awam

Di luar negara, orang kurang upaya telah mengambil bahagian dan menyumbang dalam dunia pekerjaan di semua peringkat. Walau bagaimanapun, ramai orang kurang upaya yang ingin bekerja tetapi tidak mempunyai peluang untuk bekerja kerana banyak halangan.

Di Australia, terdapat 224 penyedia program ‘Disability Employment Services’ yang beroperasi di hampir 2000 di Australia. Program ini bertujuan untuk membantu orang kurang upaya untuk mencari kerja dalam situasi pekerjaan terbuka dan membantu majikan untuk mengambil kerja orang kurang upaya. Program ini membantu kira-kira 140,000 individu yang mempunyai kecacatan dan mengekalkan pekerjaan yang bermakna dalam pasaran buruh terbuka.

Ahli-ahli pakar yang terlibat dengan program ini terletak di seluruh negara dan tugas mereka mencari orang kurang upaya dalam menghadapi dunia pekerjaan sebenar di samping orang-orang yang tidak mempunyai kecacatan. Mereka juga mengekalkan hubungan jangka panjang dengan antara pekerja dan majikan untuk membantu memenuhi sebarang cabaran yang mungkin timbul. Kerja yang boleh dilakukan oleh individu berkeperluan khas adalah kerja separuh masa atau sepenuh masa yang sesuai dengan kemahiran dan kebolehan yang terdapat dalam diri mereka.

Ciri-ciri utama program ini adalah termasuk memastikan semua pencari kerja golongan kurang upaya boleh mengakses perkhidmatan untuk membantu mereka mendapatkan dan mengekalkan pekerjaan, memberikan bantuan yang tepat seawal yang mungkin, termasuk lepasan sekolah dan untuk memastikan peralihan berjaya untuk bekerja.

Pekerjaan adalah satu perkara yang penting dalam kehidupan seseorang individu dan tidak terkecuali golongan OKU. Masyarakat masih mempertikaikan keupayaan golongan ini untuk bekerja. Ramai yang masih tidak mempunyai pekerjaan walaupun sudah berada di sekolah sehingga berumur 19 tahun. Secara keseluruhannya, golongan ini masih bergantung pada keluarga dan belah ihsan daripada masyarakat. Ketidakupayaan golongan ini menyebabkan peluang mendapat pekerjaan terhalang ataupun tersekat.

Di sini, apa yang berbeza adalah kemudahan dan bidang latihan bagi OKU di negara maju jauh lebih baik berbanding di negara kita. Di luar negara, orang kurang upaya telah mengambil bahagian dan menyumbang dalam dunia pekerjaan di semua peringkat. Walau bagaimanapun, ramai orang kurang upaya yang ingin bekerja tetapi tidak mempunyai peluang untuk bekerja kerana banyak halangan.

Apa yang dialami oleh OKU di Malaysia tidak jauh tersasar daripada masalah di luar negara, khususnya di Amerika Syarikat. Hak untuk orang kurang upaya adalah hak untuk hidup bebas daripada diskriminasi dalam pekerjaan dan terdapat beberapa undang-undang yang telah digubal bagi memastikan majikan mematuhi undang-undang ini.

‘Americans with Disabilities Act (ADA)’ dikuatkuasakan oleh Equal Employment Opportunity Commission (EEOC) pada tahun 1990 dan seterusnya dipinda pada tahun 2008. ADA telah digubal oleh Kongres untuk menyediakan akses dan peluang yang sama rata kepada individu kurang upaya dengan menghapuskan diskriminasi kepada mereka terhadap orang yang kurang upaya dari segi fizikal dan mental.

ADA ini meliputi pelbagai bidang kerana ia berkaitan dengan kepelbagaian dan peluang pekerjaan yang sama rata; memastikan majikan tidak mendiskriminasi semasa memberi tawaran sebelum atau selepas. Ini termasuk juga dengan menghalang majikan daripada mendiskriminasi terhadap individu kurang upaya dengan menolak permohonan mereka; menghalang latihan dan memastikan pekerja tidak diganggu atau dilepaskan kerana status ketidakupayaan mereka.

Jika anda bekerja pada masa ini, ADA juga menetapkan bahawa majikan perlu membuat penginapan yang sesuai untuk memastikan tempat kerja membolehkan mereka untuk melakukan kerja dengan cara yang selamat dan berkesan. Pekerja yang mempunyai kecacatan boleh meminta untuk penginapan yang sesuai pada bila-bila masa dengan meminta pada penyelia atau pengurus HR.

Menurut Kamus Dewan Bahasa (1996), kerjaya adalah satu perjalanan ataupun kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan yang dijadikan bidang profesion ataupun pekerjaan pilihan bagi mencari nafkah. Selain itu, terdapat juga pernyataan yang mengatakan kerjaya adalah satu perbuatan yang dilakukan secara berterusan bagi menghasilkan pendapatan bagi menyara keperluan hidup seharian. Oleh kerana keperluan kerjaya penting, maka setiap insan tidak terkecuali mencari kerja yang sesuai untuk diri sendiri dan orang di bawah tanggungan.

Peranan yang dimainkan oleh setiap orang juga adalah berbeza. Oleh itu, golongan OKU juga tidak terkecuali daripada menyumbang bagi meningkatkan perubahan dalam bidang politik, ekonomi, sosial, sains dan teknologi serta teknologi maklumat. Namun begitu, berapa ramaikah di kalangan kita yang sanggup menggajikan golongan OKU ini tanpa meletakkan sebarang syarat ataupun peraturan? Kadar pengangguran yang tinggi di kalangan di kalangan lepasan sekolah dan universiti turut memberi kesan kepada golongan OKU, iaitu kesan negatif ke atas status sosial dan ekonomi serta imej diri dan penghargaan kendiri mereka.

Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Buruh melaksanakan program pendaftaran dan penempatan OKU sejak tahun 1990. Matlamat program yang dilaksanakan adalah bagi membuka peluan pekerjaan kepada OKU dan membantu golongan masyarakat yang tidak bernasib baik ni supaya berdikari dan menjalani kehidupan yang lebih sempurna.

Ini sejajar dengan dasar kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang menetapkan sekurang-kurangnya satu peratus daripada peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada OKU. Hal ini membolehkan OKU menyumbang peranan aktif dalam proses pembangunan negara, membantu mengurangkan masalah kekurangan tenaga kerja dan mendedahkan OKU dalam bidang pekerjaan yang sesuai yang disertai oleh mereka.

Sehingga kini, OKU masih belum dapat diterima sepenuhnya dalam pasaran pekerjaan secara terbuka. Majikan seolah-olah takut hendak mengambil mereka bekerja padahal mereka juga sama seperti manusia biasa, cuma kurang dalam beberapa segi sahaja. Tetapi jika dilatih dengan cara yang betul pasti mereka juga dapat melakukan pekerjaan malah menampilkan komitmen yang lebih tinggi dan tekun.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Heward (2000) mendapati, terdapat 50 peratus hingga 70 peratus golongan OKU yang tidak mempunyai pekerjaan dan ada di kalangan mereka yang menerima pendapatan yang minimum. Perkara ini berkait rapat dengan sikap sesetengah golongan masyarakat yang menunjukkan sikap prejudis dengan keupayaan golongan OKU untuk bekerja dan ketiadaan kemahiran yang diperlukan bagi bersaing dalam pasaran kerja.

Perubahan yang berlaku dalam dunia pekerjaan sangat pesat. Faktor globalisasi yang membawa kepada perubahan dalam bidang ekonomi dan teknologi mewujudkan permintaan yang tinggi bagi sesetengah kemahiran tertentu. Oleh itu, peluang penganggur mengisi kekosongan jawatan semakin sukar. Apatah lagi jika kekosongan itu menuntut kemahiran yang tidak dimiliki oleh penganggur itu. Keadaan ini turut memberi kesan kepada golongan OKU.

Dari segi pengeluaran wang, orang kurang upaya akan mengalami kos yang lebih tinggi untuk bekerja. Hal ini kerana lebih banyak usaha yang diperlukan golongan ini untuk sampai ke tempat kerja dan untuk melaksanakan kerja. Keadaan kesihatan juga boleh mnyebabkan orang kurang upaya menjadi kurang produktif, terutamanya jika persekitaran tempat kerja tidak mesra pengguna. Disebakan hal tersebut, orang kurang upaya sering ditawarkan gaji pasaran yang lebih rendah.

Majikan pula mendiskriminasi orang kurang upaya kerana salah faham tentang keupayaan mereka, atau kerana mereka tidak mahu untuk memasukkan orang kurang upaya dalam tenaga kerja mereka. Terdapat bukti menunjukkan bahawa majikan di sektor awam dan swasta mendiskriminasi secara terbuka terhadap orang-orang kurang upaya yang mencari pekerjaan.

Sebagai contoh, satu kajian baru-baru ini yang melibatkan 26 Pihak Berkuasa Kesihatan mendapati bahawa satu pertiga dikriminasi berlaku terhadap orang kurang upaya yang mencari kerja. Majikan mendakwa mereka tidak dapat memenuhi kriteria yang diperlukan untuk kerja-kerja dalam perkhidmatan kesihatan. Kriteria ini termasuk; mengangkat pesakit dan melakukan kerja-kerja berat. Tidak semua orang kurang upaya yang mencari pekerjaan perlu diberi manfaat dalam semua perkhidmatan. Tetapi setiap perkhidmatan perlu menyediakan kemudahan supaya golongan berkeperluan khas mempunyai peluang yang lebih besar dalam mendapatkan dan mengekalkan pekerjaan mereka dalam sektor awam.

Mempunyai kemahiran yang relevan dan banyak adalah amat penting kepada mana-mana individu yang ingin mencari pekerjaan. Ia adalah penting untuk mereka yang kurang upaya kerana mereka perlu menghadapi persaingan yang besar dengan orang bukan kurang upaya dalam mencari pekerjaan. Mereka juga mungkin menghadapi halangan tambahan seperti sikap majikan yang negatif terhadap keupayaan kerja mereka.

Oleh itu, dengan adanya latihan kemahiran bagi orang-orang kurang upaya di pusat-pusat khas banyak membantu bagi memastikan orang kurang upaya juga mempunyai peluang yang sama seperti orang bukan kurang upaya. Ia juga akan membantu mengatasi masalah yang dihadapi di kebanyakan pusat khas, yang sering mempunyai kekangan sumber yang terhad seperti tenaga pengajar, membeli peralatan latihan dan alat, dan memastikan kursus pusat itu megikut peredaran semasa.

Seharusnya ramai orang kurang upaya perlu diberi manfaat daripada tempoh kerja atau latihan dalam unit pengeluaran khas, sebelum mereka mendapatkan pekerjaan di pasaran buruh terbuka. Ini membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan rutin kerja dan untuk meningkatkan keupayaan kerja mereka. Hak Orang Kurang Upaya dalam sektor pekerjaan tidak kira sama ada mereka bekerja di sektor swasta atau awam, mereka tidak patut didikriminasikan.

Tindakan tersebut perlu dielakkan bagi semua majikan di Malaysia tidak kira dalam sektor awam atau swasta dengan tidak menawarkan individu berkeperluan khas pekerjaan hanya kerana kecacatan yang dimiliki oleh seseorang itu. Majikan tidak seharusnya mengenakan kriteria yang berbeza dari segi pengambilan pekerja yang melibatkan kecacatan yang dimiliki seseorang tanpa mengira kebolehan dan kemahiran mereka.

Rumusannya, orang kurang upaya sering menghadapi halangan dalam mencari pekerjaan, termasuk halangan secara terang-terangan dan secara tidak sengaja dibangkitkan oleh majikan yang kebanyakan dari mereka mengakui yang mereka enggan mengambil orang kurang upaya. Keengganan mengambil pekerja individu kurang upaya datang dari kurangnya keyakinan dalam diri majikan kerana bagi mereka, mereka perlu menggaji pekerja yang mampu melakukan semua kerja yang disuruh.

 

Inisiatif Orang Kurang Upaya dalam Memasuki Pekerjaan Sektor Awam

Menurut Clark dan Klostoe (1995), golongan OKU perlu bersedia menerima sebarang cabaran dan menguasai sesuatu kemahiran dalam sesuatu bidang kerjaya yang ingin diceburi. Oleh itu, OKU perlu meningkatkan kualiti dan imej diri, menunjukkan sikap bertanggungjawab, sentiasa merebut peluang untuk maju, tidak mudah tersinggung dan malu. OKU juga perlu berusaha supaya sentiasa produktif, berdisiplin, mengikis, dan mengubah sikap supaya tidak sentiasa menyerah kepada takdir dan menunjukkan kemahiran dalam sesuatu bidang yang dikuasai seperti orang lain.

Golongan OKU juga perlu bersikap lebih berani dan terbuka dalam pemikiran bagi menerima cabaran baru jika mereka ingin meraih kejayaan. Bidang kerjaya yang diceburi juga lebih luas iaitu melibatkan semua golongan masyarakat dan tidak hanya tertumpu kepada sesuatu kumpulan minoriti sahaja. Sikap ingin bersama-sama rakan senasib perlu dikikis. Mereka perlu berfikiran terbuka dan tidak takut menghadapi setiap cabaran. Keupayaan dan kebolehan fizikal dan intelek perlu difikirkan bagi menjamin individu yang mampu menguasai bidang yang diceburi.

Walaupun secara umumnya, sikap masyarakat pada OKU positif, namun ada juga segelintir individu memandang rendah akan hal ini. Bagi mereka, masyarakat di luar sana lebih bersimpati dengan mereka dan disebabkan hal itu, mereka akan diberi pengecualian daam kebanyakan kerja disebabkan faktor ketidakupayaan yang dimiliki mereka.

Individu kurang upaya perlu sedar akan takrifan hilang keupayaan yang ada pada diri. Jika seseorang itu mempunyai satu kecacatan seperti kecacatan fizikal atau mental yang boleh menghadkan individu tersebut untuk bekerja, terdapat rekod atau sejarah kemerosotan yang mengehadkan kebolehan diri untuk melakukan kerja, orang berkeperluan khas tidak perlu mendedahkannya secara lisan atau secara bertulis ketidaupayaan yang terdapt dalam diri.

Orang kurang upaya yang ingin mencari pekerjaan juga tidak perlu untuk menggariskan apa-apa kecacatan dalam surat atau pada resume. Ia merupakan satu cara yang terbaik untuk membolehkan seseorang itu untuk memulakan sesi perbualan dalam bilik temuduga dengan pembicaraan mengenai topik kecacatan yang ada pada semua panel penemuduga.

Sebagai contoh, individu yang ingin mencari pekerjaan perlu mengabaikan soalan mengenai ‘Adakah anda sedang mengambil ubat-ubatan?’ atau ‘Adakah anda sedang mengambil bahagian dalam mana-mana terapi?’ Hal ini kerana soalan-soalan sedemikian mengehadkan kebolehan OKU dalam memenuhi keperluan kerja yang digariskan. Majikan juga akan beranggapan bahawa ia akan memberi kesan kepada keselamatan pekerja lain dan ia juga boleh menghalang keupayaan OKU untuk melaksanakan tugas.

Pendekatan terbaik yang boleh dilakukan oleh OKU dalam sesi temuduga adalah dengan membincangkan semua keperluan kerja yang diperlukan semasa majikan mereka mengambil mereka bekerja. Majikan mempunyai hak untuk bertanya apa-apa soalan yang berkaitan dengan keupayaan seseorang itu dalam melaksanakan tugas dan sebaik-baiknya mereka perlu bersungguh-sungguh mempertahankan baki keupayaan yang masih boleh digunakan dalam dalam melaksanakan sesuatu tugas itu.

Tiap-tiap majikan adalah berbeza dan individu yang ingin mencari pekerjaan perlu bersedia untuk mendedahkan kecacatan yang ada pada diri. Dalam membincangkan kecacatan yang ada, individu perlu yakin dalam meletakkan diri sebagai calon yang berdaya maju jika mereka memenuhi keperluan pendidikan dan kemahiran kerja.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan jika seseorang membuat keputusan untuk mendedahkan ketidakupayaan semasa temuduga. Pertama, individu yang ingin mencari pekeraan perlu membuat penyelidikan mengenai syarikat tersebut kerana terdapat perbezaan dalam penilaian majikan terhadap golongan orang kurang upaya. Adakah mereka mengupah ramai orang yang kurang upaya? Adakah mereka menggalakkan kepelbagaian dan penyertaan di tempat kerja? Cuba cari seseorang yang bekerja di dalam syarikat tersebut yang boleh memberi gambaran mengenai budaya kerja mereka.

Kedua, cuba kaji dengan lebih dekat tentang keperluan pekerjaan yang dikehendaki dan menentukan sama ada ketidakupayaan yang dimiliki boleh menghalang atau tidak daripada melakukan pekerjaan. Jika seseorang itu tidak dapat mengangkat barang-barang yang berat, misalnya, dan ini telah disenaraikan sebagai salah satu syarat pekerjaan, seharusnya individu yang mempunyai ketidakupayaan perlu mendedahkan hal tersebut semasa temuduga.

Individu yang mempunyai ketidakupayaan dan bakal ditemuduga perlu memberitahu berapa banyak ketidakupayaan yang ada kepada panel penemuduga. Mereka mungkin mempunyai kecacatan yang tidak dapat dilihat dengan jelas. Oleh kerana itu mereka perlu mendedahkannya. Jika perlu menggariskan batasan yang ada, tidak perlu masuk ke dalam butir-butir seperti ubat-ubatan yang perlu ambil semasa mengisi borang permohonan pekerjaan.

Perlu diingatkan bahawa individu yang mempunyai ketidakupayaan perlu memberi tumpuan kepada kebolehan yang mereka miliki. Walaupun mereka telah memilih untuk mendedahkan ketidakupayaan mereka, ia masih terbaik untuk meminimumkan sebahagian daripada perbincangan dan menyerlahkan keupayaan yang ada pada diri untuk melakukan pekerjaan tersebut. Mereka seharusnya mengalihkan perhatian penemuduga terhadap ketidakupayaan yang dimiliki ke arah kemahiran dan pengalaman yang ada pada diri mereka.

KESIMPULAN

Ketidakupayaan yang dimiliki samada fizikal dan atau mental, individu tetap mempunyai hak untuk kesaksamaan, keadilan, menghormati dan memahami di tempat kerja. Pencari kerja yang kurang upaya layak mendapat layanan yang adil ketika memohon pekerjaan, kenaikan pangkat dan gaji.

Persediaan temuduga adalah satu tugas yang perlu dititikberatkan dan kadang-kadang sukar untuk memohon kerja. Sama ada baru pertama kali mengambil bahagian dalam temuduga atau yang kesepuluh, kesediaan tetap penting dalam proses mencari pekerjaan. Bagi mereka yang ingin melibatkan diri dalam temuduga, individu kurang upaya perlu bersedia dengan soalan-soalan temu bual standard dan perlu memahami bagaimana untuk berbincang tentang ketidakupayaan yang ada dalam sesi temu bual.

Majikan boleh mengambil peranan yang lebih besar dalam memperoleh dan memusatkan maklumat dan kepakaran yang diperlukan untuk lebih memahami ketidakupayaan dan menghargai kebolehan pekerja bekeperluan khas. Mereka juga boleh mewujudkan prosedur seluruh syarikat, polisi, dan mekanisme untuk meletakkan kurang tanggungjawab dan beban kepada pekerja yang mempunyai ketidakupayaan tertentu.

Persepsi majikan adalah satu halangan besar untuk mengambil pekerja kurang upaya. Majikan yang mengambil individu yang berkeperluan khas dalam sektor awam boleh membantu mengurangkan masalah yang sukar dikawal seperti kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan OKU.

Majikan perlu lebih terbuka kepada pengambilan pekerja dan mengekalkan pekerja yang kurang upaya. Hasilnya, mungkin tempat kerja yang ada lebih sejagat, pendekatan yang lebih fleksibel untuk mengekalkan pekerja mahir dan mengambil pekerja-pekerja baru, peluang untuk meningkatkan produktiviti dan memanfaatkan bakat yang belum diterokai, dan memberi lebih tumpuan kepada kemahiran kerja dan prestasi dan bukannya takut menghadapi masalah sekirannya mengambil pekerja dari golongan yang kurang upaya.

 

Ini merupakan ulasan artikel saya mengenai Kurangnya Penempatan Golongan Kurang Upaya Di Tempatkan Di Sektor Awam. Anda inginkan ulasan artikel ini sebagai rujukan ? Oleh itu, saya berhasrat untuk memberikan “Ulasan artikel penuh” (termasuk rujukan) kepada anda sebagai rujukan dengan berbayarJika hendak ulasan artikel ini, hanya berharga rm10. Sila contact saya di 017-7271556.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/ulasan-artikel-kurang-penempatan-golongan-kurang-upaya-di-tempatkan-di-sektor-awam.html/trackback

PAGE TOP