viral “SUKA TENGOK KESALAHAN ORANG LAIN”

Last updated : July 18, 2014

Nak Jadi PERFECT bukan senang. Semua ada kelemahan. Habaq mai, siapa yang perfect sangat!

Yang cantik pun kentut busuk.

Jadi, senang cerita, aku pendekkan karangan, “tak semua perfect

Kita tengok kesalahan orang, memang laju. Bila dalam kumpulan, cuba listkan kelemahan dan kebaikan orang lain. For sure lah lagi banyak yang buruk. Lagi-lagi kalau dia buat satu kesilapan.

Perasaan suka tengok kesalahan orang lain. Ianya NORMAL.

Kenapa aku cakap list keburukan lagi banyak daripada kebaikan? Sebab senarai keburukan boleh dibuat dengan detail. Tersangat detail.

Sebagai contoh, kalau kebaikan, kita mungkin boleh cakap dia cantik, baik, penyayang, suka kanak-kanak blablabla tapi kalau suruh list keburukan orang “dia tu haritu satu geng dengan aku, dah la datang lambat, bila buat esaimen selalu mengelak. kerja semua nak senang. Aku lah yang kena buat semua. Buat kerja cincai sampai bergaduh dengan Abu kes salah buat esaimen. Geram aku weyh! ” 

Paham maksud aku? Tersangat detail bukan?

Bak kata Dr. Muhaya juga, “kita laju kalau list keburukan orang”.Betul Dr ! Saya pun macam tu!

Kenapa kita tak set dalam otak “Apa-apa pun yang terjadi pada orang tu, aku takkan cakap apa-apa, tapi aku akan doakan dia semoga dia dapat hidayah“.

Susah. 

Susah nak buat macam tu.

Tersangat susah.

Kenapa? 

Besar kecil biji mata, ketidaksamaan panjang kaki dan tangan, ketiadaan hidung, mulut, rambut dan tulang sumsum dan sebagainya  tiada kena mengena dengan jalan cerita.

mengumpat-TIADA-ORANG-YANG-perfect

Perhatikan betul-betul!

A buat silap.
B menasihat dan ada yang maki A.
C tengok B maki hamun A, C pun nasihat B jangan maki-maki dan ada juga C yang perli-perli perbuatan B.

D tengok ABC dan dia pun kata “A tak patut buat macam tu. Sepatutnya blablablablabla. B pulak sampai maki-maki A. Korang tak tahu, dunia ni ada turun naik. Sekarang tak kena kat korang, tapi akan datang mana tahu korang pulak yang kena. C pulak tak payah lah nak perli-perli bagai bila B maki hamun. Awak nak nasihat, nasihat je la. Tak perlu nak perli-perli. Tiap-tiap apa yang B cakap, C nak perli. Ada ke patut C cakap bla bla bla bla bla. C tak payah nak berlagak baik boleh tak??

Dan akhirnya D pun sama macam ABC. Dah jadi viral “SUKA TENGOK KESALAHAN ORANG LAIN”

Sebab tu aku cakap, SUSAH! 

Orang yang tak tergolong daripada ABCD ni, dia akan selalu tersenyum. Masa waktu ini lah dia tengok cerita Mr. Bean Facebook. Tengok golongan ABCD sambil tersenyum tapi tanpa buat apa-apa. Aku ulang balik “tanpa buat apa-apa”.

Aku tergolong daripada golongan yang mana?

Sudah semestinya golongan ABCD. Sebab aku tahu, susah kalau nak doa jee tanpa buat apa-apa…Ada je tangan dan fikiran yang hasad. Paling tidak pun, aku jadi golongan C atau D.

Sebab aku tak perfect.

Rambut terbelah pun kita bunyik, tak de rambut pun berbunyi, rambut busuk pun berbunyi, rambut ada sehelai pun ada bunyi, rambut ada 2 helai pun bunyi. 

p/s: Boleh paham jalan cerita? Korang kena baca sekurang-kurangnya 5 kali baru boleh hadam. Haha.

Bukan video sahaja viral, perangai pun boleh jadi viral. 

Video ? Dari sudut POSITIF 🙂

11 Comments

  1. saya memang senyum & diam je . kadang-kadang gelak baca kata-kata orang dewasa yang mengalahkan bebudak macam saya >.< tapi , dalam hati , saya jadi D :/ nobody perfect 🙂 we were born to be special , not to be perfect 😉

  2. Ahbang Fadhelsays: Reply

    Biar apapun.. Sama da yg nak berkelakuan baik setelah melakukan kesilapan. Atau pun tdk. Itu lah manusia era teknologi.
    Anggap media sosial satu KETUHANAN dlm gadget mereka daripada saat bangun dari tidur.

    Mati lah jiwa seseorang di kalangan kita sesama manusia tanpa gadget.
    Rosak binasa akidah kita kerna segalanya menjadi public figure utk masyarakat yg dikaangannya negative.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/viral-suka-tengok-kesalahan-orang-lain.html/trackback

PAGE TOP