WELCOME BACK TO SCHOOL

Assalamualaikum.. Tak jawab berdosa

     Gegel kat atas ni permulaan doodling aku. Paham? Tak paham, k bye. Aku buat sampai berjam-jam. Jadi, tiada lagi sifat angan-angan minah jening lagi..
     Teringat waktu-waktu dulu. Hari persekolahan adalah hari PEMALAS aku. Tak heaven langsung! Heaven aku bila di sekolah adalah time ‘sorokkan bulu ayam not bulu dada, duduk tegak sambil londehkan tudung sikit ke depan bagi menutup mata lalu tidur, tiru kerja sekolah kawan dan banyak lagi. 
     Tapi aku buat kerja-kerja haram ni kadang-kala jer. Bukan selalu, kalau tak, tak de maknanya pengetua wish ‘luck’ kat buku report kad aku yang pada masa itu, hanya 3 orang jer dapat sticky note macam tu. *bangga kejap. 
     Aku walaupun buat kerja-kerja macam tu, bukan nak kata apa laa.. Bebudak yang lain lagi rakus kesyaitanannya. Aku ni cuma suam suam suku jer.. Tak pernah kena panggil dengan pengetua. Kalau ada pun sebab dia nak cam muka aku yang bakal ambil spm dan memastikan aku dapat straight A.. Tapi malang, aku tak de rezeki nak dapat banyak macam tu..

Wahai adik-adik.. Sekolah laa.. ‘kakak’ nasihatkan jangan malas ke sekolah.. Sekolah itu ibarat pelita hari raya yang mampu menerangi high way. *Itu aje.

*agak skema nasihat aku

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

TrackBack URL

http://cikamal.com/welcome-back-to-school.html/trackback

PAGE TOP