Assalamualaikum. Dah sebulan lebih tak menulis. Rindunya Allah sahaja yang tahu. Hari ni aku nak cerita zaman kanak-kanak nak sembahyang terawih. Semua tahu, hari-hari kita sembahyang terawih, ada ganjaran yang kita dapat. Sebagai contoh, hari semalam (terawih pertama) kita buat, maksudnya fadhilat yang kita dapat ialah “Orang Mukmin terlepas dari dosanya, bersih seperti hari ia dilahirkan oleh ibunya“.
Jadi masa aku kecik, aku pun nak “fadhilat ni”. Tapi aku jenis memilih. Contoh, aku nak dapakan fadhilat “(malam ke-16) Allah mencatat dia bebas dan selamat dari api neraka dan bebas untuk memasuki syurga“, sebab masa kecik-kecik selalu tipu, masuk api neraka. jadi aku nak selamat daripada neraka, aku pun sembahyang pada PUASA ke-16. Tak pun, aku nak fadhilat “(Hari ke-25) Allah menghapuskan seksa kubur daripadanya“, sebab takut kena rotan dalam kubur, aku pun sembahyang terawih pada PUASA ke 25.
Pada last puasa, aku pelik, kenapa nenek aku tak pergi terawih. Sebab kan last puasa, maknanya last terawih jugak lah. Lepas tu nenek aku cakap “Semalam last terawih. Malam ni dah malam raya“. Aku terdiam sejenak. Tak faham. Dan sambung main bunga api. Sebab masa tu kecik lagi. Tak faham apa.
Tapi kalau masa tu aku dah faham, mesti aku kecewa gila. HaHa. Sebabnya kalau aku nak fadhilat solat terawih malam ke 16, maksudnya aku kena sembahyang terawih puasa ke 15 lah kan? HAHAHA. Siapa faham maksud aku? Tolong lah faham… Tolong lahh. Penat aku tulis ni. Haha. Sebab kita terawih malam pertama dulu, baru esoknya puasa. Faham tak? Kah! Melepas part seksa kubur dan api neraka.
Bila aku fikir-fikir balik, sungguh tak matang zaman prasekolah, zaman sekolah rendah aku. Nenek-nenek duk pakat buat hari-hari solat terawih, yang aku terhegeh-hegeh pilih waktu-waktu tertentu je. Tapi takpe, budak lagi waktu tu. Telekung pun renyuk-renyuk lagi.
Kat bawah ni aku sediakan ganjaran dan fadhilat solat terawih. Jangan memilih malam tertentu macam aku masa kecik-kecik. Tak matang woi.
Jadual Ganjaran Solat Sunat Tarawih Selama 30 Hari
Malam ke 1
Orang Mukmin terlepas dari dosanya, bersih seperti hari ia dilahirkan oleh ibunyaMalam ke 2
Dia dan ibu bapanya (jika keduanya orang Mukmin) diampuni segala dosaMalam ke 3
Ada salah satu malaikat mengundang dari bawah ‘Arasy katanya, “Mulailah bekerja kerana Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah lalu”Malam ke 4
Baginya pahala sebanyak pahala membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-QuranMalam ke 5
Allah memberi pahala kepadanya seperti pahala orang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram, Masjidil Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjid di Al-AqsaMalam ke 6
Allah memberi pahala kepadanya seperti pahala orang yang melakukan tawaf fi Baitil Ma’mur dan memohon ampun pula untuknya semua batu-batu dan tanah liat kerasMalam ke 7
Seakan-akan dia bertemu dengan Nabi Musa AS. dan membantunya memerangi Fir’aun dan HamanMalam ke 8
Allah memberikannya seperti apa-apa yang diberikan kepada Nabi Ibrahim ASMalam ke 9
Seakan-akan dia mengerjakan ibadah Nabi Muhammad SAWMalam ke 10
Allah memberikan rezeki kepadanya kebaikan dunia dan akhiratMalam ke 11
Dia akan keluar dari dunia(mati) seperti hari dia dilahirkan dari kandungan ibunyaMalam ke 12
Dia datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang cantik seperti bulan penuh purnamaMalam ke 13
Pada hari Kiamat dia aman dan selamat daripada segala risikoMalam ke 14
Para malaikat telah datang persaksian bahawa dia sungguh-sungguh telah mengerjakan solat Tarawih dan Allah tidak akan menghisapkannya pada hari kiamat nantiMalam ke 15
Para Malaikat dan para pembawa ‘Arasy dan Kursi’ memohonkan tambahan kebaikan untuknyaMalam ke 16
Allah mencatat dia bebas dan selamat dari api neraka dan bebas untuk memasuki syurgaMalam ke 17
Dia diberi pahala sebanyak pahala para NabiMalam ke 18
Salam seorang Malaikat mengundangnya, ‘Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah redha kepadamu dan kepada kedua orang tuamu”.Malam ke 19
Allah mengangkatnya di Syurga FirdausMalam ke 20
Dia diberi pahala sebanyak pahala syuhada’ dan para solihinMalam ke 21
Allah membangunkan baginya sebuah kota di dalam syurgaMalam ke 22
Di hari Kiamat dia datangdengan keadaan aman dari segala macam rasa susah dan dukaMalam ke 23
Allah membangunkan baginya sebuah kota di dalam syurgaMalam ke 24
Baginya 24 doa yang dimakbulkan oleh AllahMalam ke 25
Allah menghapuskan seksa kubur daripadanyaMalam ke 26
Allah meningkatkan baginya pahala selama 40 tahunMalam ke 27
Di hari kiamat dia melawati (melalui) jabatan Ash-Shirath dengan muda lagi cepat laksana halilintar menyambarMalam ke 28
Allah mengangkat 1000 darjat baginya di dalam syurgaMalam ke 29
Allah SWT memberinya pahala 1000 ibadah haji yang mabrurMalam ke 30
Allah SWT berFirman, “makanlah buah-buahan syurga, mandilah dengan air Salsabil dan minumlah dari telaga Khauthar, AKU adalah Tuhanmu dan engkau adalah hambaKU. (Petikan dari Kitab Majaalis).
Kredit info Jadual Ganjaran Solat Sunat Tarawih Selama 30 Hari : Blog Darwish n Darwisyiah
TrackBack URL
http://cikamal.com/zaman-kanak-kanak-ganjaran-terawih-30-hari.html/trackback